"Cakap saja. Kenapa? Abang nak dengar!" Desak Dato Idris. 

Sekali lagi Datin Khadijah mengeluh. Telefon yang disorokkan ke belakang tubuh tadi dikeluarkan semula.

"Abang tengoklah sendiri." Telefon dihulurkan dengan muka penuh pasrah.

Tak tunggu lama, Dato Idris mengambilnya. Terbuka sahaja skrin, terpapar jelas gambar Husna bersama seorang lelaki di atas bot.  Matanya membuntang. Terkejut bukan kepalang.

"Husna?!" Jerit Dato Idris.  Jantungnya berdegup dengan laju. Ya Tuhan, anak aku masih hidup!

"Ma... mana Dijah dapat gambar ni? Dia dekat mana?!" Terus pandangannya terhala ke arah Datin Khadijah.

"Kawan Dijah yang ambil gambar tu. Dia kata Husna jual buah kelapa dekat sana. Itulah yang Dijah takut nak beritahu abang. Entah-entah, selama ni... Husna ikut lelaki itu? Kalau dia dah tahu selamat, kenapa tak terus balik ke resort, kan?"

"Apa maksud, Dijah?" Dato Idris kurang faham. Keningnya berkerut.

"Ish, abang tengoklah gambar tu betul-betul..." jarinya menunjuk ke arah gambar itu.

"Tak nampak ke mereka tengah buat apa? Tengah buat sesuatu yang tak senonoh! Sudahlah bertudung, selepas itu bercium dekat tempat terbuka macam itu. Bercinta pula dengan lelaki miskin...  ya Tuhan, ini kalau pihak media nampak, apalah yang mereka akan cakap?" Datin Khadijah buat-buat memicit kepala.

Tatkala Dato Idris terdiam seribu kata. Gambar itu ditenung lama. Memang benar, dia nampak Husna sedang bercium dengan lelaki miskin itu.

"Entah-entah semua ni rancangan, Husna?" Datin Khadijah bersuara lagi, menarik perhatian suaminya kembali.

"Dia memang dah rancang untuk lari duduk bersama lelaki itu. Yalah, masa itukan kita tengah bergaduh dengan dia. Jadi sebab itulah dia buat-buat jatuh daripada bot. Supaya lelaki itu datang ambil dia dan bawa lari! Senang mereka nak bercinta. Kalau tak, macam mana lelaki itu boleh ada tepat pada masanya Husna hilang? Betul tak, bang?"

Dato Idris tidak punya jawapan. Kelu lidahnya saat ini. Apa yang Datin Khadijah katakan tidak kedengaran mustahil ditelinganya. 

"Kita punyalah risaukan dia, tapi dia boleh pula berseronok dengan lelaki tu. Sampai hati dia buat abang macam ni. Selepas itu menyusahkan semua orang!" Sambung Datin Khadijah lagi. Sengaja mahu menabur minyak, agar hati orang tua itu  makin panas.

Bibir Dato Idris mengetap. Geram. Kepalanya tertunduk memandang telefon yang dipegang. Jika benarlah Husna sanggup larikan diri semata-mata kerana jantan ini...

Dia takkan maafkan. Perbuatan Husna, harus dihukum.

"Abang rasa kita patut booking tiket flight ke Sabah dengan segera. Kita patut bawa Husna balik. Abang tak boleh biarkan dia terus bersama dengan lelaki pulau ni." Katanya dengan suara bergetar, jelas sedang menahan perasaan amarah di dada.

Datin Khadijah mengoyak senyuman.

"Nanti Dijah cari flight tiket ke sana."












                      
                    HUSNA menarik nafas dalam-dalam sambil mata dipejam. Kedua belah tangannya elok memeluk lutut, menghadap ke arah pemandangan pulau Muhang yang sentiasa disinari keindahan merah bercampur jingga. Dia rasa tenang disini. Dengan angin laut yang menyapa kulit wajahnya buatkan dia lebih nyaman.

Bolehkah selamanya dia mahu disini?
Jauh daripada segala masalah yang sentiasa menganggu fikiran.

"Nah, air kelapa." Buah kelapa disua ke arah Husna yang duduk di hadapan bot. Dia melabuh punggung disisi. Sama-sama menebarkan anak mata ke hadapan sana. Mengamati ciptaan yang Maha Esa.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now