'I tengah bercuti dekat pulau Semporna.  Then I nampak Perempuan tu. Dia bukan anak you ke? Husna, kan? Kenapa dia jual buah kelapa?'

Bibir Datin Khadijah mengetap. Telefon digenggam kuat. Nampaknya tekaan Tan Sri Raqib itu benar. Ada orang yang telah selamatkan Husna dahulu. Tapi kenapa? Kenapa orang itu perlu masuk campur?!

Siapa dia?

Kemudian Datin Khadijah menekan satu gambar. Menampakkan Husna dan seorang lelaki berpakaian biasa sama-sama berdiri di atas bot, tubuh yang tinggi lampai itu sedang membongkok sedikit sehingga paras wajahnya terlindung disebalik kepala Husna.

Tak jelas.

Dari pandangannya, nampak seperti mereka sedang bercumbuan. Tapi takkan Husna seorang yang menjaga maruah mahu buat perkara tak senonoh seperti itu?

"Siapa lelaki ni? Kenapa dia nampak mesra dengan Husna?" Soal Datin Khadijah kepada dirinya sendiri.

Kepala menggeleng.

"Tak boleh jadi ni. Kalau Idris tahu, mahunya dia terbang ke Sabah sekarang juga untuk cari perempuan ni. Dan dah sah-sah si Husna akan cerita apa yang berlaku pada dia! Macam mana kalau aku kena cerai? Macam mana kalau jawatan aku dapat dekat Husna semula? Tak, tak boleh!" Kepalanya semakin serabut. Belum apa-apa lagi, dia sudah terbayang malapetaka yang bakal berlaku jika Husna balik ke darat semula.

Dia perlu buat sesuatu.

Sesuatu yang lebih gila daripada sebelum ini! Dan yang pasti, Husna tak boleh merampas jawatannya semula. Selamanya hotel Paredise itu milik dia.

Gambar itu ditenung buat kali kedua. Namun, lebih fokus pada lelaki yang sedang menunduk itu. Dalam masa yang sama, otak ligat memproses rancangan jahat.

"Dijah..."

Panggilan Dato Idris buatkan Datin Khadijah tersentak. Cepat-cepat dia menyembunyikan telefon ke belakang tubuh saat suaminya kembali melabuh punggung di sebelah.

"Nah, air teh." Katanya sambil menghulurkan secawan teh yang masih berasap.

"

Terima kasih, bang." Ucap Datin Khadijah, lantas cawan itu dicapai. Dititup-tiup dahulu sehingga airnya sedikit suam, barulah dia menghirup dengan perlahan. Sedikit sahaja sebelum ditaruh ke atas meja.

"Dijah tengok apa tadi? Abang tengok sampai berkerut muka?" Soal Dato Idris, sempat dia menangkap riak wajah isterinya semasa menuju ke ruang tamu tadi. Tertanya juga apa yang sedang dilihat.

Datin Khadijah tersenyum kekok. Aduh, apa dia nak jawab?

"Err..." kepala menunduk ke bawah. Macamlah disitu dia boleh dapat jawapan. Dan tak sampai beberapa saat, dia kembali mengangkat wajah. Tika ini, riak penuh bersalah dipaparkan. Ada senyuman jahat yang disembunyikan. 

"Rasa bersalah pula Dijah nak beritahu abang..." keluhnya. Buatkan Dato Idris makin tertanya-tanya. 

"Kenapa ni?"

Datin Khadijah melepaskan satu nafas. Berat sekali bunyinya.

"Tak bolehlah. Dijah tak nak lukakan hati abang. Abang dahlah tak sihat sekarang, kalah abang tahu..."

"Dijah." Tekan Dato Idris.  Bahu isterinya ditarik pusing menghadapnya. Muka tegang. Paling tak suka apabila seseorang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now