"Endak mungkinlah ayah ko endak suka sama Lanun. Kalo semua orang disini suka sama dia, apatah lagi ayah ko!"

Husna menggeleng. "Ayah saya bukan macam yang awak fikir, Orkid. Tambah pula dengan isteri kesayangan dia tu. Saya risau, kalau mak tiri saya hasut dia yang bukan-bukan tentang Lanun."

"Kenapa pula dia mau buat begitu?" Kening Orkid berkerut. Agak terkejut. Bukankah sepatutnya orang tua Husna harus gembira bila dapat tahu anak mereka telah dilamar?

Husna tunduk kepala ke bawah. Ada keluhan kecil kedengaran sebelum dia kembali bersuara.

"Sebab dulu, saya pernah halang ayah saya daripada berkahwin dengan dia. Siapa aje yang boleh terima kalau ayah kita nak kahwin dengan orang lainkan? Selepas arwah mak meninggal pulak tu! Sebab itulah saya tak setuju masa mereka nak kahwin. Tapi waktu tu ayah saya memang mati-matian cintakan dia, jadi semua plan saya tak berjaya dan akhirnya mereka kahwin juga."

Husna jeda disitu. Ada senyuman kelat muncul dibibirnya.  Cuma sekejap.

"Jadi... macam mana kalau mak tiri saya buat perkara yang sama pada saya bila dia dapat tahu semua ni?" Soal Husna. Dia memandang Orkid. Tak tahulah sama ada dia yang overthingking, atau perkara itu tak mustahil terjadi nanti.  Datin Khadijah itu boleh buat apa-apa saja diluar jangkaannya. Kalau anak tiri pun sanggup ditolak ke laut, bagaimana pula dengan Lanun?

Perempuan tua itu... memang tak suka lihat dia gembira.

"Haish, jangan fikir begitu bah. Lanun tu kalo sudah sayang, endak ada siapa pun bulih halang. Kalo mak tiri ko berani buat begitu, satu kampung ini akan serang dia! Ko tunggu sija kami datang dengan bot beramai-ramai!" Kata Orkid, siap mengugut lagi. Dia sudahlah teringin nak makan nasi minyak, ini sahaja pulang yang ada!

Tanpa sedar, kata-katanya buatkan Husna meletuskan tawa. Orkid ni, memang tak reti nak serius. Terus hilang overthinking sebentar tadi. Kini, Husna kembali tersenyum senang.

"Sayang betul semua orang dekat sini dengan Lanun ya?"

"Sudah tentulah. Daripada moyang sampailah ke Lanun, semua orang sayang! Keluarga dia dah banyak bantu orang disini. Jadi, apa-apa yang berkaitan Lanun, kami akan ambil tahu juga! Sebab itulah bila kami dapat tahu dia lamar ko, kami semua gembira. Sebab kami tau Lanun juga akan bahagia dengan pilihannya." Ujar Orkid.

Kepala Husna terangguk-angguk faham.

"Tapi, sekarang ko mau kahwin sama Lanun. Jadi... ko pun kami akan ambil berat juga. Kalo ada sesiapa yang endak suka kau kahwin dengan dia, ini Orkid ada!" Dia menepuk-nepuk dada dengan begitu angkuh. Kononnya akan turun padang jika ada yang berani menganggu  hubungan Husna dan Lanun.

"Sa sendiri akan campak dia ke laut! Orang yang endak suka lihat manusia lain gembira, endak layak untuk hidup." Katanya lagi.

Husna tersenyum lebar. Sedar-sedar sahaja mereka berdua sudah tiba di hadapan rumah. Sempat Husna mengintai ke arah pintu yang masih tertutup, bermakna Lanun masih lagi belum pulang.

Kemudian, dia memusing tubuh menghadap Orkid. "Terima kasih sudi teman saya hari ni, Orkid. Esok kalau Mak cik Lily nak bantuan lagi, ajaklah saya lagi. Seronok juga buat benda baru macam tadi."

"Bulih bah, ko endak bilang pun pasti sa akan ajak ko juga. Apa-apa pun, tahniah kerana sudah dilamar. Nanti kalo sudah ada tarikh, jangan lupa jemput sa datang."

"Ish, lambat lagilah! Walaupun saya terima, belum tentu lagi..."

"Haip, jangan bilang yang bukan-bukan. Ko dan Lanun sudah ditakdirkan bersama. Tiada siapa yang boleh mengubahnya.  Percayalah, Lanun akan pertahankan cintanya demi ko. Dan ko juga kena pertahankan dia. Faham?" Tekan Orkid. Baginya, Husna dan Lanun selayaknya bersama. Kalau boleh, biarlah dua pasangan itu kekal hingga ke syurga. Jangan ada yang lain!

MR PIRATEΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα