Tan Sri Raqib mengeluh. Mata dipejam sesaat. Tahulah banyak duit, tetapi tak bermakna duit itu akan kekal sampai ke akhir hayat.

"Papa tahulah kamu tu ada berjuta simpanan dalam akaun bank. Tapi sampai bilalah sangat duit tu akan bertahan? Nak tak nak, kamu kena kerja untuk pastikan duit tu sentiasa masuk."

Raf cuma diam. Menunduk, bermain dengan jari-jemarinya.

"Sampai bila nak hidup dekat kampung tu? Memang tak salah nak hidup bersederhana tapi kamu kena fikir juga yang suatu hari nanti anak dan isteri kamu juga mahukan kehidupan yang selesa. Mula-mula mungkin dia terima, tapi lama-kelamaan dia pun terfikir nak ada tempat tinggal yang lebih baik. Kamu tak boleh nak heret anak dara orang sama-sama rasa susah macam ni." Ujar Tan Sri Raqib. Dia melepaskan satu nafas, kemudian kembali berbicara.

"Papa faham yang kamu tak nak ambil resort ni semula sebab takut terlalu sibuk dan terabai tanggungjawab. Tapi, semuanya dah berubah sekarang Raf. Kamu tak perlu uruskan semuanya sendirian lagi. Nathan juga tolong uruskan Ocean Empire di KL , adik beradik kamu yang lain pun dah besar jadi Raf tak perlu jaga mereka lagi." Katanya.

"Dan lagi satu, papa dah tua. Nak rehat. Kamu nak sampai papa terbaring atas katil hospital, dengan gas oksigen kat mulut sambil menaip keyboard baru nak ambil alih huh?" Soal Tan Sri Raqib. 

Raf mengeluh perlahan. Sampai ke situ pula papa ni. Dia tidaklah sekejam itu...

"Tengoklah macam mana nanti." Gumam Raf. Itu sahaja jawapannya untuk sepanjang bebelan Tan Sri Raqib sebentar tadi.

Kepala Tan Sri Raqib tergeleng-geleng. Habis air liurnya bercakap, itu sahaja yang di respon? Baik dia taip dalam WhatsApp sahaja kalau begini. Ibarat tulis panjang lebar, dan yang dibalas cuma 'K'.

"Jadi siapa perempuan yang bakal menjadi menantu papa tu? Siapa nama dia? Orang kampung situ juga ke?" Soal Tan Sri Raqib, berbalik kepada topik yang awal tadi. Dia hampir lupa tentang itu.

"Raf takkan beritahu selagi dia tak beri jawapan lagi. Nanti tak pasal-pasal papa letak harapan tinggi pula." Ujar Raf. Kalau boleh, dia tidak mahu Tan Sri Raqib kecewa jika dapat tahu lamarannya ditolak. Semalam pun, dia berdebar sebenarnya apabila Husna meminta untuk berikan masa.

Semalaman tidurnya terganggu dek kerana memikirkan jawapan yang bakal keluar daripada bibir wanita itu. Lagi berdebar daripada tunggu keputusan SPM!

"Lah? Kenapa pula sampai macam itu?" Kening Tan Sri Raqib berkerut.

"Sebab dia ingat Raf cuma lelaki biasa yang tak ada apa-apa selain rumah kecil itu sahaja. Dia perlukan masa untuk buat keputusan demi kehidupan dia juga."

"Kenapa tak beritahu sahaja yang Raf tu sebenarnya berduit? Kalau dia tahu, pasti dia takkan teragak-agak."

Sekonyong-konyong bibir Raf menyenget.

"Kalau begitu, dia bukan cintakan Raf. Tapi dia cintakan duit yang Raf ada. Raf nak... dia ikhlas cintakan Raf seadanya. Dan dia akan tahu, keikhlasan dia akan terbalas selepas kahwin nanti." Ujar Raf, Tiba-tiba wajah Husna terbayang difikirkannya, buatkan bibir automatik mengukir senyuman melebar. 'Terimalah aku, Husna... aku janji, kau tak akan rasa menyesal walaupun sedikit', Bisik hatinya.

Tan Sri Raqib mengangguk faham. Jika itulah cara Raf menguji keikhlasan cinta wanitanya, maka dia cuma mampu menyokong.

"Ikut kamulah, Raf... tapi kalau dia tolak, jangan menangis pula. Tak semestinya dia tolak tanda tak cinta, tapi adakala perempuan cuma mahukan kehidupan yang lebih baik. Tapi andai kata dia terima juga Raf dalam keadaan sekarang, bermakna... dia memang satu dalam sejuta wanita yang paling baik dalam dunia ni." Ujar Tan Sri Raqib.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now