Zaim cuma diam.

"Dan nasib baik juga anak saya pantas bertindak. Kalau dia tak ada malam itu, pasti Husna juga dah tiada! Awak sendiri tahu cuaca pada malam itu, macam manakan?!"

Dia mengangguk. Ya, dia tahu. Cuma sengaja diabaikan kerana mata sudah ditutupi dengan duit.

"Saya punyalah tertanya-tanya kenapa anak saya tu tak terus sahaja bawa balik Husna ke sini, rupa-rupanya ada orang yang cuba nak bunuh dia. Apa gaji disini tak cukup lagi untuk tampung hidup kamu?!"

"Cu... cukup, Tan Sri."

"Dah tu? Kenapa sanggup buat kerja terkutuk seperti itu?! Siapa yang upah kamu? Banyak sangat ke duit yang dia beri?!" Soal Tan Sri Raqib bertubi-tubi. Nafasnya turun naik sama mengikut dada yang berombak.

Perlahan-lahan Zaim mengangkat wajah memandang Tan Sri Raqib dengan muka pucat. Air liur ditelan, kesat. Jantungnya berdebar dengan kuat.

"Datin Khadijah yang upah saya. Dan dia juga... yang tolak Cik Husna jatuh daripada bot."

Semerta, Tan Sri Raqib terdiam. Mata terbeliak, satu lagi kejutan buatkan jantungnya rasa dicengkam. Sukar untuk percaya, tetapi... takkanlah Zaim masih lagi mahu berbohong pada waktu begini?

Tapi kenapa?

Bukankah Datin Khadijah itu emak tiri kepada Husna? Tegar sungguh hatinya menolak Husna jatuh daripada bot. Biarpun Husna itu bukanlah datang daripada darah dagingnya, dia tetap tiada hak memperlakukan Husna seperti binatang! Bahkan, dengan binatang juga, sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, tidak boleh berkelaluan kejam.

Ya Tuhan,

Dia benar-benar kematian kata.

"Ta... Tapi kenapa? Husna tu..." kepala Tan Sri Raqib tergeleng-geleng.  Sungguh, otaknya tak mampu memproses apa-apa tika ini. Tiba-tiba dia teringatkan Dato Idris, apalah reaksi rakannya jika tahu isteri sendiri berniat untuk membunuh anaknya?

Ah, tak mampu hendak bayangkan.

"Saya kena beritahu dia!"

"Tunggu, Tan Sri!" Halang Zaim. Pantas dia menekan tangan Tan Sri Raqib yang ingin menarik ganggang telefon seakan mahu menghubungi seseorang. Semerta, perbuatannya terhenti. Pandangan penuh tanda tanya jelas terpapar diwajah orang tua itu. Zaim menggeleng berkali-kali. 

"Tolong jangan beritahu Dato lagi. Kalau dia tahu, tentu Datin Khadijah juga akan tahu yang saya bocorkan rahsia. Mati saya nanti!"

"Habis? Kamu nak saya diamkan sahaja huh?!"

"Pasti ada cara lain. Tan Sri tak boleh bertindak melulu macam ini. Kalau beritahu sekarang pun, tak mungkin Datin Khadijah itu tiada rancangan lain untuk tutup kesalahannya." Ujar Zaim.

Tan Sri Raqib terdiam. Nyatanya kata Zaim ada benar juga. Tapi sampai bila mereka mahu menutup mulut? Dia harus fikirkan solusinya.











                     "WAH, cantiknya pemandangan dekat sini!" Sebaik sahaja bot yang dipandu oleh Lanun berhenti ditengah-tengah air laut, terus Husna bangkit daripada tempat duduk lalu berlari ke hadapan untuk melihatnya dengan lebih dekat. Seluruh langit bertukar oren bercampur kemerah-merahan, susunan awan yang terlihat kecil itu tak ubah seperti sebuah lukisan. Manakala jauh nun disana ada bukit, dan apabila dia mendongak ke langit, kelihatan sekumpulan burung camar berterbangan membentuk V menuju ke bukit itu. Mungkin disitulah sarang mereka.

Angin pun sepoi-sepoi saja menyapa kulit wajahnya. Air laut juga tampak tenang, tidak bergelora. Matahari yang separuh tenggelam ke dasar lautan itu nampak lebar dan besar. Dia tak pernah menatap pemandangan seindah ini. Selalunya matahari itu nampak kecil dimata kasarnya dan jauh semasa dia berdiri di darat.

MR PIRATEOù les histoires vivent. Découvrez maintenant