BAB 36

496 41 12
                                    

Terasa sakit dibahagian kepala. Berdenyut-denyut sehingga bawa ke mata. Pandangannya kabur dan berbalam. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali.

Ad berdehem beberapa kali. Tekaknya terasa haus sehinggakan terasa kering. Dia cuba menggerakkan tangannya namun terasa sakit.

" Ady ? " Ad mengalihkan pandangan kearah suara itu. Matanya tertancap pada mata Ayyan yang mulai merah.

" Weh Yan! " Suara serak itu cuba bersuara. Ayyan seakan-akan mengerti langsung mengambil segelas air lalu disuapkan ke mulut Ad.

" Terima kasih. " Lega rasanya tekak Ad.

Ayyan melabuhkan punggungnya ditepi Ad. Dia merenung muka Ad yang hitam manis.

" Azka mana ? " soalan pertama Ad setelah dia tersedar.

" Kau tanya mana Azka ?! Apa yang kau buat dekat rumah ?! " Leo melangkah masuk tiba-tiba. Ad yang tidak mengerti apa-apa merenung kearah Leo.

" Weh Leo! Ad baru sedar do! Kau boleh tak bagi otak dia berfikir dulu baru kau nak tanya? Otak kau mana? Cicir? " Dengus Ayyan.

" Weh Ad! Azka hilang, dah seminggu kau tak sedarkan diri. Apa yang jadi sebelum kau tak sedarkan diri? " Shah pula masuk melangkah perlahan menuju ke katil Ad.

" Time tu aku tengah siapkan makanan untuk Azka. Dia kata badan dia rasa tak sedap. Azka masa tu tengah baring tapi tiba-tiba pintu kena tendang, kami tak sempat nak buat apa-apa aku kena tembak. Mujur terkena lengan. " Cerita Ad.

" Azka pula time tu tak sempat nak bertindak, tahu-tahu je kepala dia kena pukul tapi dia still bertahan, aku pulak nak capai pistol tapi tahu-tahu kaki aku kena tembak. "

Ayyan, Shah dan Leo berpandangan. Masa awal-awal mereka sampai ke rumah, alangkah terkejutnya melihat pintu yang terbuka, keadaan rumah menjadi tunggang-langgang. Dan mereka mendapati sekujur tubuh yang kaku tidak bergerak. Ad pengsan !

Leo mendengus perlahan. Hatinya risau setelah mencari Azka namun masih tidak jumpa. Tuan Muda hilang! Apa yang patut dia lakukan ? Sebagai orang kanan Tuan Muda ini adalah dikira gagal. Leo boleh dikenakan hukuman mati oleh Keluarga Mation kerana tidak melindungi Tuan Muda. 

" Mana kita nak cari Azka ? " Leo mengeluh perlahan. 

" Aku rasa dah tiba masanya untuk kita semua berkumpul. Kita tak boleh biarkan Azka hilang macam tu..dan, kita kena bagitahu Zahra. " Shah menepuk bahu Leo perlahan. Kehilangan Azka membuatkan mereka telah gagal melindungi Tuan Muda. 

Ayyan melemparkan senyum kepada Ad. Dia tahu Ad pasti menyesal sebab tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Dalam hal ini, tiada siapa yang bersalah. Mereka semua dalam keadaan tidak bersedia. 

****

Zahra terlopong melihat bandar yang sesak dengan beribu-ribu manusia yang berpakaian separuh bogel. Mujur anaknya tidak mengikut kalau tidak kesucian anaknya sudah tercemar dek manusia berkulit gelap disini. 

" Olá senhora Zahra!  " Zahra menoleh kesebelah kirinya. Fury tersenyum manis melihat Puan Muda yang terlopong melihatnya. 

" Awak ? Siapa ? " Zahra pelik. 

" Zahra, kenalkan ini Kumpulan Black Bloode. Terdiri daripada Fury, Adam dan Yoyo. Dia ahli Hayders. " Kitten yang muncul dari belakang Zahra memperkenalkan orang-orang Mation. 

" Now, kita gerak ke Jet peribadi. " Zahra mengangguk. 

Mereka semua bergerak. Muncul seorang demi seorang mengikuti langkah Zahra. Kitten, Mimo, Luna dan Nuna. Mereka semua berjalan menuju ke lapangan Mation. 

CDTM 2حيث تعيش القصص. اكتشف الآن