" Diorang ni tak reti baca ke ? Ni kan Liga Boxing Woman, yang pergi tunjuk hero dah kenapa ? Datangnya bertiga sahaja, memeylah! " Gumam Zahra perlahan.

Liga Boxing Woman. Sudah hampir sebulan Zahra bersama dengan mereka. Sama-sama mengasah bakat yang terpendam.

Awal-awalnya Zahra tidak tahu keberadaan Boxing ini. Dari luar nampak muram, namun langkah sahaja kaki ke dalam, beribu-ribu perempuan sedang berlatih dan beradu tenaga.

Daus dan kawan-kawannya melarikan diri. Tidak sanggup mereka ingin berterusan dipukul dan ditumbuk. Salah timing ni!

Fafa sebagai ketua kelab ini akan memastikan sesiapa yang menjadi ahlinya akan diselamatkan walaupun apa pun keadaan.

" Ehem! Zahra minta diri dulu ye ? Anak Zahra kejap lagi balik. " Semua mata menoleh kearah Zahra.

" What?! Zahra dah kahwin ?! " Soal Mya. Zahra tersengih. Lupa nak bagi tahu status dirinya.

****

Puan Has membaringkan tubuhnya dengan perlahan. Alhamdulillah sudah hampir seminggu dia berubat dikampung.

Kelibat Luf yang merenungnya dipandang lembut. Semasa perjalanan pulang, Syaf telah pun bercerita berkenaan dengan dirinya sebelum ini.

Azka telah menghilangkan diri, kehidupan Zahra menjadi huru hara apabila dia menjadi ayah dan dia juga menjadi ibu. Kesalan dalam diri Puan Has sangat besar. Lagi-lagi pada menantunya.

Bagaimana kehidupan Zahra tanpa Azka? Begitu terukkah dia membuang Azka? Tohmahan yang dilemparkan pada Azka sangat menyakitkan hati menantunya sehingga Azka meninggalkan Zahra.

" Allah.." keluh Puan Has.

" Pa! paaa! " Luf mengemam bibirnya. Sukar untuk dia menyebut namun budak itu tidak lepas ingin mencuba.

Zahra melangkah masuk, matanya terpandangkan raut wajah Puan Has yang kelihatan penat. Luf dipangkuan Syaf diambil lalu dicium.

" Kak, ada benda aku nak bagitahu kau ni. " Zahra memandang adiknya. Firash yang baru muncul meletakkan air diatas meja.

" Sebenarnya..."

****

Azka melepaskan lelahnya. Tangannya yang sudah terkena peluru ditutup dengan kain hitam yang dijadikan sebagai headband. Dia meniarap dah memerhati langkah kaki yang mula memasuki ruangan bilik.

Ad yang sudah tidak sedarkan diri dipandang. Berat juga budak kecik ini. Tiba-tiba sahaja rumah mereka dimasuki, Azka dalam keadaan tidak bersedia dan terus diserang.

Dia mengeluarkan pisau yang terselit ditepi kakinya. Kini dia berada dibawah katil memerhatikan pergerakkan orang-orang yang tidak dikenalinya itu.

" Angkat katil tu! Aku tahu dia ada dekat bawah katil tu! " Azka sudah bersedia.

Zap!

" Argh!!! " Jerit lelaki itu yang mula mengeletar saat mukanya ditusuk pisau. Azka menendang lelaki itu dan tidak semena-mena belakang Azka dipukul oleh besi.

Pisau ditangannya terlepas. Lelaki itu bertindak pantas lalu menekup mulut Azka. Azka disuntikkan ubat tidur dan tubuh itu rebah!

" Nyah! Susahnya nak lawan dia! Habis calar-calar muka aku! " Rungut lelaki itu. Mahu tidaknya, bertarung dengan Azka sahaja sudah hampir 2 jam. Ditambah pulak dengan lelaki kecil itu dengan kepantasan bukan main susah nak jatuhkan mereka.

" Weh! Budak ni nak bawa tak? " Mata mereka melorot kearah Ad yang sudah tidak sedarkan diri.

" Tak payahlah! Si perempuan tu nak si Tuan Muda ni je.. budak ni dia tak cakap pun nak. " Mereka beredar dan membawa Azka keluar dari kawasan itu.

CDTM 2Where stories live. Discover now