BAB 1

1.3K 58 1
                                    

"ISTERI aku mana?!"

"Aku nak Eshal, isteri aku mana, Fathi? Kau sorok dia daripada aku buat apa?!" Jerit Farel kepada abang kembarnya.

"Angah, bawa mengucap...aku minta maaf sangat-sangat" ujar Fathi. Sayu sahaja nadanya menerpa ke pendengaran Farel ketika itu.

"Tolonglah...bawa aku pada Eshal. Aku nak jumpa dia" Farel merayu kesedihan. Air matanya tidak berhenti mengalir membasahi pipinya. Dikuatkan hatinya juga untuk bangun daripada pembaringannya walaupun badan masih berasa lemah.

Tidak disangka makan malam itu merupakan  makan malam terakhir untuk Farel dan juga isterinya, Eshal apabila kereta yang dipandu oleh Farel dirempuh dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

Kemalangan itu telah pun meragut nyawa isterinya yang tercinta.

Farel menggenggam erat kepalanya yang telah dibalut dengan kain kasa, jeritan Eshal masih jelas di telinganya. Ingatan Farel tentang kejadian pahit itu samar-samar di mindanya.

Cuma yang jelas hanyalah keadaan isterinya yang berlumuran darah di bahagian dada dan perut akibat serpihan kaca yang menimpa isterinya.

Keadaan Farel yang tersangkut kaki kanannya tidak dapat menggerakkan tubuh lebih dekat kepada Eshal.

"Allah.... Allahuakbar..." Farel menunduk sambil menekan kuat kepalanya sehingga kain kasa yang tadi putih mula kelihatan berdarah semula.

"Allahuakbar!" Jerit Farel lagi. Hatinya pedih tak terkata, tiada ungkapan yang dapat diluahkan ketika itu. 7 hari dirinya ditidurkan dan selama itulah Eshal sudah kembali menghadap Ilahi.

"Maafkan abang, sayang....maafkan abang" esakan tangisan Farel hanya dibiarkan oleh Fathi. Kesedihan adik kembarnya itu dapat dirasakan terus pada Fathi, tetapi dirinya cuba untuk kuat demi Farel yang seperti sudah hilang panduan hidupnya.

"Allah sayang Eshal. Terima takdir Allah, ngah. Allah tahu kau kuat" Fathi memeluk erat tubuh Farel. Perlahan bahu Farel digosok cuba menenangkan adiknya yang masih rapuh itu.

"Aku tak kuat...aku tak kuat tanpa Eshal..." Farel menggenggam erat baju tshirt yang dipakai pada tubuh Fathi.

"Abang, kuat demi anak-anak kita ye?"

Terus Farel menoleh ke kanannya, Eshal yang serba putih itu dipandang tak lepas. Senyuman isterinya begitu manis sekali ketika itu.

"Sayang...sayang, balik pada abang ye? Boleh kan?" Farel memandang isterinya yang berdiri di tepi dinding wadnya. Hanya gelengan yang diterima oleh Farel.

"Sayang jangan pergi...sayang...sayang!"

"Sayang!" Terbuka luas mata Farel ketika itu. Nafasnya laju seperti baru sahaja berlari pecut. Mimpi itu lagi.

"Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim" Farel duduk perlahan di atas katil empuknya. Wajahnya diraup perlahan.

Mata dikerling pula pada jam di sebelah rak katilnya. 5 pagi.

Mungkin ini cara Allah menjemputnya untuk tahajud. Bersangka baik dengan ketentuan-Nya.

Farel beralih daripada katil dan terus menuju ke bilik airnya. Wuduk perlu diambil terlebih dahulu sebelum bertemu dan mengadu pada Pencipta tentang rindunya pada arwah Eshal yang telah pergi 2 tahun yang lalu.

Setiap solat, setiap sedekah pasti akan diselitkan juga nama isteri tercinta, Eshal Dhamirah.

- - -

     AWAL pagi lagi, Farel sudah berada di dapur bagi menyediakan sarapan pagi untuk anak kembarnya, Falique Arman dan Falisha Aulia. Lagi-lagi ini merupakan hari pertama persekolahan bagi mereka di tadika.

Dr. Crush: Her Savior (OG)Where stories live. Discover now