Siapalah dia ingin persoalkan tindakan majikannya? Mungkin mereka lebih tahu cara terbaik untuk bertindak. 

"Lagipun, saya nikan ibu kepada Husna. Bukankah seorang ibu, ada satu perasaan yang kuat terhadap anak dia? Hati saya sekarang kuat mengatakan yang Husna dalam keadaan selamat." Sambung Datin Khadijah.  Ya, itulah yang dia dengar daripada buah mulut rakan-rakannya yang sudah bergelar ibu. Kata mereka, setiap ibu memiliki satu naluri yang kuat terhadap anak-anaknya. Dan, dia juga mungkin tak terkecuali bukan? Walaupun perasaan itu cuma dibuat-buat.

"Tapi Datin... kita tak boleh percayakan pada perasaan hati sahaja. Tak semestinya semua yang kita rasa ni betul." Ujar Mak Timah, dia juga ada pengalaman menjadi seorang ibu.

"Mak Timah bukannya mak kepada anak saya, jadi Mak Timah takkan dapat rasa apa yang saya rasa. Daripada Mak Timah asyik risaukan pasal Husna, apakah Mak Timah fokus pada kerja seperti biasa? Saya bukannya apa, inikan hak rumahtangga saya dam suami. Jadi... saya tak rasa Mak Timah perlu masuk campur. Maaflah kalau ia kedengaran kasar tapi saya cuma nak ingatkan yang..." anak mata Datin Khadijah merenung ke dalam mata berkaca Mak Timah dengan penuh sinis.

Dia menghela satu nafas sebelum mulut kembali terbuka. Bersama satu senyuman penuh lakonan beraja dibibir. Seolah-olah sedang mengejek orang tua tak sedar diri dihadapannya sekarang.

"Mak Timah cuma orang gaji sahaja." Sambung Datin Khadijah, lembut tetapi berbisa. Buatkan Mak Timah terus terdiam apabila menyedari status dirinya bukan siapa-siapa di dalam rumah agam ini.

Entah mengapa dia perlu terasa pedih dengan kata-kata Datin Khadijah.  Rasa seperti dihina dalam diam. Tapi, tak mungkinlah majikannya hendak merendahkan dirinya pula. Dia cuba untuk berfikiran positif. Mungkin ada benarnya juga, sebagai orang gaji, dia tak sepatutnya masuk campur dalam hal masalah majikan.

Mak Timah tunduk kepala ke bawah. Sedar bahawa dia sudah melepasi limit sebagai orang bawahan.

"Maaf, Datin. Saya tak ada niat untuk masuk campur. Husna itu dah serupa anak saya. Jadi perasaan ibu itu terbawa-bawa." Keluh Mak Timah.

Datin Khadijah buat-buat tersenyum.

"Tak mengapa, saya faham. Err... boleh tak Mak Timah tinggalkan saya dengan Dato sekejap? Ada perkara yang kami nak bincangkan. Berdua." Tekan Datin Khadijah dihujung ayat. Cukup untuk Mak Timah faham bahawa dia mahukan privasi.

Mak Timah angguk kepala. Seraya dia bangun dari sofa. "Kalau macam itu, Mak Timah ke dapur dulu ya."

Usai meminta diri untuk pergi, Mak Timah langsung pergi ke dapur. Meninggalkan Dato Idris dan Datin Khadijah sahaja diruang tamu.

Sebaik saja hilang susuk tubuh orang tua itu apabila melepasi pintu dapur, Datin Khadijah pun memusing badan menghadap suaminya. Lantas sebelah tangan Dato Idris yang berada diatas paha itu diraih dengan lembut bersama satu senyuman penuh makna.

Melihat Dato Idris tunduk menikus daripada tadi, lalu tangan suaminya digoyang-goyang dengan perlahan. Cukup untuk menarik perhatian Dato Idris menoleh kearah dia.

"Macam mana tentang hal yang kita bincangkan sebelum ni? Abang dah ada jawapan?" Soal Datin Khadijah, tidak sabar-sabar ingin tahu. Wajah suaminya ditatap bersama segaris senyuman. Dia pasti Dato Idris faham apa yang dimaksudkan. 

Tentang apalagi jika bukan jawatan tinggi di hotel Paredise itu?

"Betul ke Dijah nak ambil alih?" Soalan berbalas soalan.

Tatkala Datin Khadijah sudah mengeluh. Dah berbuih mulut ulang cakap ayat yang sama. Tetapi suaminya seolah-olah berat mahu melepaskan amanah itu kepada dia.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now