"Please, Bozo. Saya cuma nak balik. Kalau betullah awak tak suka kehadiran saya ke kampung ni, biarlah saya pergi. Selepas ini awak tak perlu tengok muka saya lagi, dan saya pun tak perlu jumpa anjing yang..." buat sejenak Husna menghentikan kata. Memandang muka Bozo yang jelas mahu menggigit kulitnya sekarang. Bengis betul. Kalau dia kata anjing gila, mengamuk pula si Bozo nanti.

Grrrr...

Bozo mengancing gigi. Air liur menitis-nitis dari celahan bibirnya.

"Comel macam awak lagi." Sambung Husna. Menyengih menampakkan gigi. Namun, pujiannya tetap sahaja gagal menambat hati anjing itu.  Tanpa semena-mena, Bozo menerpa ke arahnya dengan laju. Mata Husna membuntang. Besar.

Matilah aku!

"Mak!!!" Lintang-pukang Husna melarikan diri. Tidak pasal-pasal kena maraton mala-malam buta.  Dan tatkala dia menoleh sekejap ke belakang, hampir terjojol keluar biji mata Husna melihat jarak Bozo yang semakin dekat. Bahkan, Anjing itu tak berhenti menyalak dengan kuat. Seolah-olah memberi arahan supaya Husna memberhentikan lariannya.

Heh, memang tidaklah!

Kalau dia berhenti, sah-sah punggungnya bakal disambar gigi taring anjing itu. Tak pasal-pasal ada yang kena tidur mengiring selama sebulan!

"Ya Allah, selamatkanlah aku! Kenapa dalam banyak-banyak binatang dalam dunia ni, anjing juga yang dia bela! Kot iya pun untuk jaga bot, carilah yang jinak sedikit! Ini tidak, tuan anjing dengan anjing sama sahaja perangai!" Bebel Husna dalam lariannya. Nafas sudah termengah-mengah. Perut senak yang amat. Dia sudah penat untuk berlari. Manakala si Bozo pula masih bersungguh-sungguh mengejar dia dibelakang.

Bagaimana sekarang? Takkan hendak lari keliling pantai ini sahaja sampai ke subuh? Sesaat pandangan beralih ke arah bot yang ditarget tadi. Ya. Dia perlu naik terus ke atas bot, hidupkan enjin dan terus memandu pergi daripada sini.

Husna angguk kepala.  Kaki terus melencong laju ke arah bot yang berada ditengah-tengah pigiran pantai.  Namun entah dimana silapnya, dia tidak sengaja menyelit kaki sendiri sehingga tersembam jatuh ke pasir.

"Aduh!" Husna mengaduh sakit. Dia tunduk ke bawah. Alamak! Selipar sebelah kanan dicapai. Waktu-waktu begini jugalah ia nak tercabut! Husna ketap bibir. Tatkala melihat jarak Bozo yang semakin menghampirinya. Dia tiada masa untuk membetulkan tali selipar itu semula.

Lantas Husna terus bangun daripada pasir. Sebelah selipar yang tercabut itu dibuang sahaja ke tepi sebelum dia menyambung larian semula. Sampai sahaja di bot, Husna terus panjat naik ke atas. Tali sauh yang berat baginya ditarik-tarik dengan sepenuh tenaga.

"Ergh, beratnya! Macam mana lelaki tu boleh angkat?" Berkerut muka Husna saat menarik tali sauh itu naik ke atas bot. Sedikit demi sedikit, hingga akhirnya dia berjaya. Terduduk dia bersama sauh itu di atas bot. Punya penat.

Fuh!

Cukup. Dia tiada masa untuk berehat. Langsung Husna bangun menuju ke arah tempat pemandu. Menghidupkan enjin bot. Seketika dia toleh ke belakang, memandang Bozo yang terhegeh-hegeh cuba mendapatkannya.

Bibir Husna menyenget sinis.

Padan muka tak dapat tangkap aku!

"Selamat tinggal, Bozo! Jagalah tuan kau tu baik-baik, aku pergi dulu hahaha!" Tak tunggu lama, minyak terus ditekan sehingga bot yang dinaikinya meluncur pergi menjauhi perkampungan itu. Dari jauh dia masih boleh lihat Bozo yang ke hulu ke hilir serupa anjing hilang anak. Dan adakala ia menyalak berkali-kali serupa menyuruh Husna untuk kembali ke sana semula. Malang sekali, dia takkan jejak ke situ lagi. 'Apa pun yang berlaku, aku takkan datang ke kampung itu lagi.' Omel Husna.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now