Mendengar pintu ditolak kuat, menyentakkan Husna. Kelopak mata terus meluas. Lelaki itu betul-betul nak masuk ke? Dia fikir Lanun tidak berani untuk melangkah ke dalam rumah dan biarkan mereka berdua-duaan. Malang sekali, dia mungkin lupa. Si Lanun itu seorang yang pantang dicabar.

Sebaik sahaja Husna berpaling ke pintu, terus matanya membeliak tatkala melihat separuh kaki kanan Lanun sudah jejak ke lantai rumah.

"Okay! Okay! Saya bangun!" Cepat-cepat Husna bangun daripada pembaringan.

Tahu pun cuak. Ingat betul-betul nak ajak kahwin free tadi. Sengaja dia mengacah-acah ingin masuk ke dalam, padahal Lanun sendiri tahu apa padahnya jika dia berdua-duaan dengan wanita. Sebelum ada yang ketiga datang berbisik, lebih baik mengelak. Dia masih manusia biasa, tak semestinya iman di dada ini kuat selama-lamanya. Kaki kanan yang sudah separuh jejak ke dalam rumah diundurkan semula.

"Nasib baik kau dah bangun. Baru ingat nak jerit panggil tok kadi."

Husna tayang muka cemberut. Kacau betullah, nak tidur pun tak senang!

Pandangan beralih ke arah Lanun yang masih berdiri di hadapan pintu. Buat sejenak, Husna terpaku. Sempat menilik pemakaian lelaki itu buat beberapa saat, berbaju T shirt hitam berlengan pendek, dikenakan bersama seluar cargo berwarna hijau tua. Di dahinya terikat bandana merah, menghalang rambut hadapan yang agak sedikit panjang daripada mengena dahinya. Baru kali ini, dia nampak Lanun tidak mengenakan penutup sebelah mata. Malang sekali, ia digantikan pula dengan cermin mata hitam.

Ish, kenapa agaknya dia suka tutup mata? Pasti ada kecacatan yang cuba disembunyikan. 

Stail lelaki itu nampak biasa sahaja sebenarnya. 

Tetapi entah mengapa, dimata Husna nampak luar biasa apabila Lanun yang menggayakannya. Handsome pulak.

Astaghfirullah hal azim!

Husna geleng kepala. Menghentikan lamunan sendiri.

"Awak nak apa kejut saya pagi-pagi ni?" Soal Husna, dingin. Masih geram tentang hal tadi.

"Aku nak keluar sekejap. Mungkin malam nanti baru balik. Sebab itu aku kejut kau bangun. Nanti tercari-cari macam orang hilang suami pula."

Eeii! Husna buat mimik muka geli. Perasan sungguh si Mr.Pirate ni!

"Siapa yang akan cari awak? Jangan nak perasanlah. Lagi bagus kalau awak tiada disini. Buat sakit hati saya sahaja." Husna menjeling.

Sedangkan bibir Lanun tersenyum sinis. Yalah tu. Kalau aku dengar ada orang kampung cakap kau tercari-carikan aku nanti, siaplah! Bisik hatinya.

"Ikut suka hati kaulah nak cakap apa? Kalau nak makan, pergi cari Orkid. Tidak pun, kalau tak jumpa Orkid cari adik aku. Arjuna, Rajuna atau Ratna. Mereka selalu lepak di pondok berhampiran bot sana. Cakap sahaja kau lapar, nanti mereka beri kau makan."

"Awak ingat saya pengemis ke nak main minta makanan dekat orang?"

"Aku sendiri yang arahkan mereka untuk bagi kau makan. Jadi tiada istilah kau mengemis makanan daripada orang. Nak harapkan kau masak sendiri, terbakar dapur aku nanti."

"Saya pandai masaklah!" Tekan Husna. Melebih pula mamat ni. Walaupun  ada Mak Timah dirumah menyediakan hidangan, tetapi sekali sekala ada juga yang dia masak sendiri. Cuma masakannya tidaklah sehebat Master Cheff, setakat Cheff baru nak naik sahaja.

Kira pandai guna dapur lah juga,kan?

"Aku tak cakap pun yang kau tak pandai masak. Cuma dekat sini bukan guna dapur gas. Kena nyalakan api sendiri guna arang. Karang kalau api tu besar macam mana? Kau juga yang panik nanti." Ujar Lanun.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now