Dikala mereka sanggup ketepikan nama gah Ocean Resort semata-mata untuk menyelamatkan nyawa seseorang, namun keluarga sendiri pula yang membantah. Boleh pening kepala dibuatnya.

"But why?" Tan Sri Raqib menyoal, dia betul-betul inginkan penjelasan yang lebih kukuh. 

"Husna tu anak aku. Takkanlah disebabkan anak aku, kau nak nama Resort kau ni melingkup, Raqib? Kita dah usahakan benda ni dah lama. Kau yang paling banyak bersusah payah bangunkan tempat ni, jadi aku tak nak disebabkan Husna seorang... impian kau nak bangunkan resort ni hilang begitu sahaja." Ujar Dato Idris.

Bahkan Tan Sri Raqib menggeleng kepala tidak setuju. "Siapa kata aku akan hilang impian bangunkan tempat ni? Bukan kita penentu sama ada Resort ni akan jatuh atau tidak disebabkan berita Kehilangan Husna. Kalau benar sekalipun akan terjejas, kau cuma perlu tahu bahawa Allah tu maha kuasa. Maha penyayang. DIA takkan sesekali biarkan hamba-Nya rasa pasrah dengan kesungguhan sebelum ini..."

"Aku tahu semua itu. Tapi macam yang Dijah katakan, lebih baik arahkan staff yang bawa bot untuk turun cari Husna sekali lagi. Aku yakin sangat, dia ada berdekatan dengan tempat ni. Tak perlu tergesa-gesa sampai nak libatkan polis."
Balas Dato Idris lagi.

Membuatkan Tan Sri Raqib terus terdiam. Sekilas pandangannya teralih ke sisi, memandang Nathan. Manalah tahu jika anak lelakinya ada pendapat lain.  Namun, anak Nathan juga buntu hendak menyokong yang mana satu. Dan akhirnya, dia cuma jongket bahu. Berserah kepada bapanya sahaja untuk mempertimbangkan keputusan. 

Tan Sri Raqib mengeluh panjang. Sebelah tangan sudah naik memicit kepala. Berdenyut kepala setiap kali memikirkan hal ini.

Patutkah dia mengeluarkan arahan sekali lagi kepada pemandu bot untuk membuat rondaan disekitar pulau Semporna? Tatkala teringat tentang bot, tanpa semena-mena bayangan wajah anak sulungnya terbayang difikiran. Baru dia sedar seharian kelibat Raf langsung tidak kelihatan di Resort. Selalunya dia akan singgah sebentar ke sini walaupun sekejap.

Pelik.

Mengapa hari ini dia tidak datang? Hendak kata sibuk, apalah sangat kerja yang ada dikampung tersorok itu sehingga tiada masa hendak menjenguk Ocean Resort.

Tangan yang tadinya memicit kepala kembali dijatuhkan ke bawah. Wajah-wajah yang berada di dalam bilik perjumpaan itu dipandang penuh serius.

"Saya tak boleh harapkan staff Ocean Resort untuk keliling seluruh pulau ni, nyawa mereka tetap anggungjawab saya untuk jaga. Biar yang dah sebati dengan pulau ni sahaja untuk mengelilinya."

"Maksud papa? Papa nak tunggu Raf balik ke sini juga?" Nathan menyoal.

Tan Sri Raqib mengangguk.

"Rafael seorang aje yang berani hadap lautan seorang diri."













                     HABIS dikorek isi seekor ketam goreng sehingga kosong, Husna berniat untuk mengambil lauk itu lagi. Dan ketika anak mata terhala ke arah tangan Lanun yang hendak menceduk satu-satunya ketam goreng yang tertinggal, untuk diletak ke atas pinggan miliknya. Pantas sahaja Husna bertindak menampar tangan lelaki itu. Terkejut punya pasal, spontan tangan Lanun melepaskan sudu.

"Apahal kau ni?"

"Jangan ambil! Itu saya punya!"

Ternganga Lanun memandang Husna yang dengan selamba mencapai sudu, mengambil ketam terakhir letak ke atas pinggan yang penuh dengan cangkerang kosong itu.

Ya Tuhan...

Kepala Lanum tergeleng-geleng.  Ini manusia ke hantu ketam? Habis tiga ekor ketam goreng yang Odu masak, semuanya masuk ke dalam perut minah itu. Secubit isi pun dia tidak dapat merasa. Cis! Menyesal betul aku setuju bawa dia makan sekali di rumah Odu.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now