Mia menahan diri daripada tersenyum. Pipinya sudah membahang kemerah-merahan, malu. Act of service betul!

"Siap." Ucapnya setelah siap mengikat dengan ketat.

"Terima kasih, Encik Nathan. Maaf menyusahkan pula..."

"Tak mengapa. Jomlah, masuk resort semula. Hari dah nak gelap. Tak elok anak dara keluar waktu-waktu begini." Ajak Nathan.

Mia mengangguk setuju. Tanpa menunggu lama, mereka pun sama-sama melangkah masuk ke dalam kawasan resort semula. Dan terima kasih kepada angin tadi kerana memberi tiupan yang sangat berguna. 










                 SEKALI geseran sahaja, kayu mancis yang berada ditangannya terus menyalakan api kecil. Sebelum ia terpadam, langsung api itu dicucuh ke petromax lama yang masih berfungsi. Kemudian ditutup dengan penutup kaca agar tiada angin yang meniupnya. Setiap penjuru rumah telah dipasangkan lampu petromax agar tidak ditenggelami kegelapan. Suasana disini tak ubah seperti zaman 90 han dahulu.

"Kenapa tak pakai lampu sahaja?" Soal Husna yang berdiri di belakang. Tangan tak berhenti mengibas-ngibas baju T shirt yang dipakai. Panas betul disini. Sudahlah tiada kipas. Dengan kepala yang cuma tersarung kain batik yang dililit mengikut kreativitinya sendiri sementara menunggu tudungnya mengering.

"Mana nak dapat elektrik dekat tengah-tengah pulau ni..." Balasnya, sinis. Api yang masih bernyala dikayu mancis itu terus ditiup setelah semua lampu sudah terpasang. Kemudian, dibuang ke dalam tong sampah yang berada di penjuru beranda rumah.

Husna tersenyum sinis. Ya, itulah masalah sekarang.  Dah tahu disini susah nak dapatkan elektrik,  mengapa tinggal di tempat begini?

"Kalau dah tahu susah nak dapat elektrik, kenapa tak duduk dekat darat aje? Sekarang dah tahun 2023, bukannya zaman nenek moyang lagi."

"Kau cuma perlu tahu satu saja, tak semua orang senang dalam dunia ni. Walaupun kehidupan dekat sini tak moden macam di bandar, sekurang-kurangnya kami tak mengeluh bila tiada elektrik." Ujar Lanun, pedas ayatnya terasa hingga ke hulu hati. Terus tersentap Husna mendengarnya. Tidak dinafikan, dialah salah seorang yang akan mengeluh apabila elektrik dirumah tiba-tiba terpadam. Walaupun cuma sekejap, dia sudah tidak boleh tahan. Banyak perkara yang susah dilakukan jika keadaan rumah gelap.

Ah, normallah tu!

Orang kampung disini dah terbiasa hidup tanpa elektrik. Jadi tiada masalah.  Manakala dia pula sememangnya sudah biasa dengan kehidupan moden. Mana boleh membanding-bandingkan dua situasi yang berbeza!

"Nah, ini untuk kau." Dia memusing ke belakang. Menyerahkan satu lampu petromax buat Husna..

Lambat-lambat Husna menyambutnya. Adakala dibelek-belek depan dan belakang, jakun sekejap melihat barang antik seperti ini.  Jarang nak jumpa di bandar.

"Letak jauh sedikit dari tilam.  Manalah tahu kau jenis tidur yang ganas, karang tertepis. Tak pasal-pasal rumah aku pula terbakar." Sindir Lanun.

Terus terangkat wajah Husna memandangnya dengan pandangan mengecil. Apa dia ingat aku tak tahu ke nak guna benda alah ni?

"Saya tahulah benda tu!" Husna mendengus. Anak mata dijulingkan ke atas penuh meluat. Lantas, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Meletakkan petromax itu disebelah tilam yang sudah terhampar dilantai.

"Assalamualaikum, Lanun!" Kedengaran seseorang memberi salam mengalihkan perhatian Lanun ke arah tangga rumah. Kelihatan seorang wanita tua berdiri disitu sambil menatang dulang berisi beberapa makanan.

"Waalaikumsalam. Eh, Odu (nenek) rupanya..." langsung dia menuju ke tangga. Dulang yang kelihatan berat itu, terus diambil daripada membiarkan orang tua itu memegang lama-lama. Bau hidangan yang masih panas tetap dapat dihidu biarpun ditutupi dengan tudung saji. Dari aromanya sahaja, sudah membuatkan air liurnya tertelan banyak kali.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now