"Abang saya tu memang selalu cerita pasal kehidupan dekat pulau. Asalkan balik rumah aje, dia akan cakap yang dia rindu pulau. Tak sampai tiga hari balik Kuala Lumpur, dia dah terbang balik ke Sabah semula. Selepas itu dia akan borong makanan segera banyak-banyak dan bawa balik ke kampung arwah nenek. Beg bagasi dia tu bukan berat sebab baju, tapi sebab makanan."

Tergelak Mia mendengar ceritanya. Sedangkan Nathan turut ketawa apabila terbayangkan kembali detik-detik itu.  Kelakar juga abang aku ni...

"Tapi pelik jugakan, saya tak pernah nampak abang Encik Nathan dekat sini? Tapi rasanya masa saya hadir meeting dengan Tan Sri Raqib, nama pemegang Ocean Resort ni ada nama dia juga selain Encik Nathan. Apa ya nama dia? Dika ek?"

Nathan angguk kepala.

"Yeah. Andikha Rafael nama dia. Pernah aje dia datang ke sini. Takkan awak tak perasan? Baru sekejap tadi dia balik, minta berus gigi hotel dekat staff, selepas itu terus pergi."

Minta berus gigi? Berkerut kening Mia mendengarnya. Sanggup balik ke Ocean Resort semata-mata untuk mendapatkan sebatang berus gigi? Kelakar juga apabila difikirkan balik. Tetapi dimana lelaki itu tinggal sehingga boleh ulang-alik balik ke Ocean Resort? Tak penat kah? Rasanya jarak Resort ini hendak ke darat pun ambil masa berjam-jam lamanya.

"Rajin betul dia ulang-alik balik ke sini ya?"

Nathan angguk kepala. "Itulah. Rajin pula dia balik ke resort sejak dua menjak ni. Perangai dia pun pelik. Ada ke patut dia tanya saya ada tudung ke tak?"

Mia tergelak kecil. Mana mungkin lelaki segagah Encik Nathan ada simpan tudung dalam beg bagasi. Tak pasal-pasal fikiran nakalnya terbayangkan muka Encik Nathan mengenakan tudung bawal, makin geli hati dibuatnya. Tanpa sedar lama wajahnya diperhatikan daripada tepi.

Tersenyum bibir Nathan tatkala melihat Mia yang masih ketawa. Akhirnya, dia dapat juga berjumpa dengan Mia yang dia kenali sebelum ini. Seorang yang mudah terhibur dan ceria, bukannya selalu bersendirian meratapi kesedihan seperti sebelum ini. Bila diperhatikan lama-lama, disaat cahaya senja kekuningan menyuluh ke wajah Mia yang sedang bergelak tawa, baru dia tersedar sesuatu...

"Saya rasa saya kena beli cermin mata selepas ni." Kata Nathan secara tiba-tiba.  Masih tepat memandang wajah Mia.

"Kenapa pula? Encik Nathan rabun ke?" Soal Mia, tertanya-tanya.  Dan lelaki itu mengangguk. 

Oh, alamak! Disini mana ada kedai cermin mata. Mungkin balik ke bandar nanti, dia patut hadiahkan lelaki ini cermin mata.

"Rabun sebab baru saya sedar yang awak cantik bila ketawa." Puji Nathan. Terus membuatkan Mia kaku sekelip mata. Gelak tawa dari mulutnya terus terhenti. Dia menoleh memandang wajah lelaki itu, tepat merenung anak mata biru yang masih menatapnya dengan senyuman penuh keikhlasan.  Rasa macam berada di alam mimpi, apabila mendengar kata-kata pujian itu daripada mulut Nathan sendiri.

Dalam masa yang sama, hatinya turut rasa tersentuh.  Mahu menangis pun ada. Dia sendiri tidak pernah terfikir semua itu. Tidak pernah merasa dirinya anggun. Tidak pernah yakin bahawa bakal ada yang menyedari kecantikan disebalik karakternya yang biasa-biasa ini.

Dan tatkala angin tiba-tiba menyapa kuat hingga bajunya bergoyang-goyang, terus Mia menunduk, tangan pantas bergerak menahan bawah bajunya daripada terangkat. 

Aduh, kacau daun betul angin ni!

"Wait." Arah Nathan. Cepat-cepat dia menanggalkan kot biru gelap yang tersarung kemas ditubuhnya. Hanya meninggalkan kameja putih, sebelum dia bergerak menuju ke belakang Mia. Mengikat lengan kot panjang itu dipinggangnya agar blouse yang dipakai wanita itu tidak terangkat.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now