"Sorry but... saya sampai sini dulu." Kata Husna.

"Jadi?" Dia menyoal, mengejek. Sebelah keningnya naik ke atas.

"Jadi maknanya encik kena oder kek yang lain."

"Eh, kenapa pula? Apa kek tu ada tulis nama kau ka? Aku dulu yang nampak dari jauh sana."

Eh, Eh mamat Sabah ni... dia tak nak mengalah pula. Mulalah hati ini terasa panas. Elok tadi sejuk mandi laut, kini membahang pula. Lantas, Husna memusing tubuh menghadap lelaki itu.
Kepala terdongak sedikit.

"Memanglah tak ada tulis nama saya. Tapi saya pun nampak kek tu dari jauh jugak. Ingat Encik seorang sahaja yang ada mata huh? Apa? Istimewa sangat ke mata encik tu sampai boleh claim kek tu encik punya huh?"

"Aishh... sumandak (awek) semenanjung ni main mata pula..." giginya terkacip-kacip geram. Lantas dia turut memusing menghadap Husna.

"Apa masalah kau dengan mata aku?" Soalnya tidak puas hati.

Ah, sudah. Tak pasal-pasal mereka berdua bertikam lidah dihadapan kaunter. Pekerja disitu pula yang terpinga-pinga hendak membetulkan keadaan. Tanpa sedar, pergaduhan mereka berdua mengalih perhatian mata-mata yang berada di kafe itu.

Namun apa Husna peduli. Bibir dijuih penuh sinis. Salah orang lelaki ini nak ajak gaduh. Mulut aku ni boleh tahan pedas juga bila berkata-kata.

"Apa? Saya salah cakap ke?" Soal Husna, mencabar.

"Macamlah kau punya mata tu cantik sangat. Mata pun macam buaya betina." Ejeknya selamba.

Jatuh rahang Husna mendengarnya.  Berani dia kata mata aku macam buaya betina? Eh, biarpun mata ni biasa-biasa sahaja, Sekurang-kurangnya dia tidak berselindung disebalik kaca mata hitam seperti lelaki itu.

Nampak sangat mata dia lebih teruk daripada mata buaya betina seperti aku!

"How dare you say like that to me! Oh, kalau mata saya ni macam buaya betina, encik pula apa? Kalau dah pakai cermin mata tu, mesti nak selindung sesuatukan? Selalu lelaki kalau pakai macam ni tak lain tak bukan mata keranjang!"

"Kalau aku mata keranjang sekalipun, bukannya aku suami kau! Suka hati akulah nak pakai macam mana?!"

"Tak, sekarang ni saya nak beli kek aje. Kenapa kita kena gaduh pasal mata?"

"Manalah aku tahu, kau yang mulakan dulu!"

"Mana ada! Encik yang mulakan dulu!"

Pekerja dikaunter itu sudah mula garu kepala. Apa yang patut dia buat sekarang? Mungkin dia boleh menasihati mereka berdua agar berhenti bergaduh.

"Err, maaf Encik dan Cik tapi ini kaunter..."

"Awak diamlah!"

"Kau diam dulu, bah!"

Serentak mereka memotong.  Tak semena-mena pekerja kaunter itu pula yang kena tempiasnya. Dan akhirnya kepala menunduk ke bawah. Tidak berani untuk masuk campur.

"Hei, pendek!" Bahu Husna ditolak sedikit. Mengalihkan perhatiannya mendongak memandang lelaki itu. Sekali lagi mulut Husna melopong. Bahu yang ditolak tadi disentuhnya. Berani dia sentuh hahu aku?

Sudahlah tadi digelar mata buaya, sekarang kena ejek pendek pula. Memang cari nahas betul mamat gunung Kinabalu ni!

"Berani encik sentuh bahu saya?!" Husna mengetap bibir. Geram betul dia kali ini.

"Ambik balik!" Giliran Husna pula membalas dendam. Sebelah bahu lelaki itu ditolaknya. Namun apalah sangat tangan kecil ini memberi kesan. Jangan dikatakan jatuh, berganjak pun tidak.

MR PIRATEOnde as histórias ganham vida. Descobre agora