Bab 42

78 5 1
                                    

Tap!

Api dapur dibuka. Periuk kecil berisi air diletakkan di atas dapur.

Sebiji mangkuk berisi cream cheese, susu dan mentega diletakkan di atas periuk itu untuk double boiling.

Apron hitam yang tersangkut pada penyangkut diambil dan disarungkan pada tubuh.

Telefon yang bernyala terpapar langkah-langkah mengadun kek. Selepas sahaja selesai menganalisis resepi, telur diambil dari peti sejuk dan dipecahkan ke dalam mangkuk besar lalu kuning telur diasingkan.

Semua bahan sudah siap ditimbang dan disusun rapi.

Sedang tekun mengadun bahan kek, terasa pinggang dipeluk dari belakang.

"Morning abang! Masak apa tu?" Lengan kanan Hud diangkat oleh Nayla lalu diletakkan di belakang lehernya. Nayla berdiri di celah ketiak Hud, ingin melihat kerja yang dilakukan suaminya.

"Morning, sayang. Abang buat Japanese Cotton Cheesecake." Kepala Nayla dicium sekilas.

"Untuk siapa?" Nayla berkerut sambil mendongak memandang wajah Hud.

"Semalam ada orang tu mengigau sampai menangis sebab nak makan kek ni. Itu yang abang buatkan tu. Entah orang tu ingat ke tidak?"

"Nayla ke abang?" Tanya Nayla dengan polos. Rasanya semalam nyenyak sahaja tidurnya. Lagipun dia terasa amat penat kerana seharian membersihkan kafe bersama para pekerjanya. Tidak sedar pula dia membuat drama akasia semalam.

"Tak lah. Janda sebelah rumah yang minta," balas Hud selamba. Tangan bergerak dengan cekap mengadun bahan kek.

Nayla memincing matanya sambil tangan mencubit pinggang Hud. Geram!
Terjerit Hud apabila mendapat cubitan ketam jadian itu.

"Sakit yang!"

"Gatal lagi nak sebut janda sebelah tu."
Nayla menjeling tajam suaminya.

"Bukannya kita tak tahu yang haritu si mak lampir tu datang sini kan?"
Terhenti tangan Hud dari membuat kerja. Air liur ditelan kesat.

"Mana tau?" Api dapur ditutup sebelum menghadap isterinya dengan wajah berkerut.

"Kenapa tak cerita pada Nayla?"

"Tak penting," balas Hud sambil menjungkit bahu.

Sempat mata menilik pakaian isterinya. Comel dan cantik. Nayla memakai maxi dress berlengan pendek separas lutut berwarna maroon. Dengan perutnya yang semaking besar itu. Rambut digayakan dandan.

"Okey," Nayla pusing tubuhnya dan berjalan keluar dari ruang dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okey," Nayla pusing tubuhnya dan berjalan keluar dari ruang dapur. Baru sahaja beberapa tapak diatur, lengan Nayla ditarik lembut oleh Hud.

"Atoto mak buyung abang ni. Nak merajuk lah tu." Ditarik kembali tubuh Nayla mendekatinya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now