Bab 21

101 5 0
                                    

Sofia dan Fakira fokus membantu Nayla mengadun kek di dapur. Nayla mengajar mereka membuat brownies harini.

Memandangkan Fakira sudah meminta untuk menjadi pekerja sepenuh masa, jadi eloklah dia mengajar serba sedikit membakar kek dan pastri. Sekurangnya Sabiha ada juga pembantu. Sebelum ini, Fakira diberi tugas untuk mengemas dan membasuh peralatan. Sofia pula sudah arif dengan pekerjaan begini. Boleh dia tambah ilmu lebih lagi. Tak rugi pun.

Sambil-sambil mengajar dua orang pekerjanya, Nayla juga turut merakam video. Berkongsi sedikit resepi dan tips membuat manisan itu. Pernah dia mendengar seseorang berkata. Ilmu bukan milik kita. Ilmu milik Tuhan yang diberi kepada kita. Jadi mengapa perlu dia kedekut untuk berkongsi ilmu?

Tak rugi sesen pun untuk dirinya dan perniagaannya. Ada juga dia melihat sesetengah peniaga, bila ditanya resepi, mulalah dikata kalau dikongsi resepi.. Hancur perniagaannya.

Nayla tidak setuju dengan penyataan itu. Rezeki ditangan Tuhan. Kita sebagai manusia dan hamba, siapa kita untuk berkata begitu?

Kitakah yang tentukan rezeki kita?
Rezeki Tuhan itu luas dan tak terjangka. Tak pernah salah alamat pun. Apa yang ada, seeloknya dikongsi bersama. Itu yang dididik kepada dirinya sejak kecil lagi oleh orang tuanya.

Allah maha Adil dan maha Pemurah. Dia akan membalas perbuatan setiap hambanya dengan ganjaran yang sama ataupun lebih.

"First thing first, cairkan butter with a pinch of salt and vanilla essence. Lepastu cairkan dark chocolate. Butter and chocolate tu asing-asing ya. Jangan sekali."

"Butter yang dah melt tu masukkan telur dan gula. Make sure butter tu tak panas sangat. Nanti telur tu masak. Lepastu beat dia. Sofia tolong akak beat."

Sofia memasang bekas mixer dan menekan butang buka mixer besar itu.

"Sampai jadi macam mana akak?"

"Beat dia sampai kembang. A bit thick should be perfect. Then baru masukkan melted chocolate. Nah. Ira masukkan." Fakira menyambut huluran besen yang mengandungi coklat cair itu dan mengikut arahan majikannya.

"Make sure dia mix well baru turn off mixer."

"Lepastu baru masuk bahan last ni eh akak?" Sofia bertanya.

"Ya. Good. Mix well sahaja ya."

Sofia kemudian memasukkan bahan yang mengandungi tepung gandum dan serbuk koko.

"Dah akak." Bekas yang mengandungi adunan brownies itu diberi kepada Nayla.

Nayla kemudian menuang sedikit adunan itu ke dalam beberapa loyang.

"Kat tengah dia boleh letak apa-apa je kan akak?" Fakira soal.

Nayla menjatuhkan kepala. Masih fokus dengan kerjanya.

"Yes. Setengah orang letak peanut butter, nuts or choco chunks. Akak letak choco chunks je. Nak bagi dia jadi fudgy and more chocolatey."

Kedua mereka mengangguk faham.

"Ok siap. Masukkan dalam oven. Suhu macam biasa. 30 minit. Akak nak ke depan pula. Kalau ada tak faham, tanya Biha aje."

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Место, где живут истории. Откройте их для себя