Bab 30

105 5 0
                                    

Dress paras buku lali berlengan pendek berwarna hijau emerald disarung kemas. Rambut yang separa kering dibiar bebas. Minyak wangi disembur seluruh tubuh. Kegemaran suaminya.

Setelah itu Nayla mengemas serba sedikit katil. Suaminya sudah perbetul cadar, cekang. Dia hanya menepuk bantal-bantal tidur dan disusun kemas. Bilik disembur sedikit pewangi. Siap saja, dia keluar dari bilik tidur, mahu mencari encik suami yang sedari tadi lagi sudah menghilangkan diri.

"Abang!" Laung Nayla di ruang tamu. Tak menyahut pun.

"Abang?" Dia ke ruang dapur. Masih tiada kelibat orang. Mata teralih ke meja makan. Tudung saji dibuka. Bersinar mata melihat hidangan di bawah tudung saji itu. Nasi lemak! Ada ayam goreng!

Ditutup semula makanan itu. Kena cari Hud dulu baru boleh makan. Tukang suap tak ada. Hiks!

"Abang! o abang!" Pintu bilik kerja Hud dibuka dan dijengul sedikit kepala. Gelap aje. Kepalanya digaru. Dia ke bilik piano pula. Gelap juga. Kemudian Nayla kembali ke ruang tamu.

Kedua-dua kunci kereta masih tersangkut elok di penyangkut berdekatan pintu masuk. Mana encik suami ni?

Tangan mencekak pinggang. Pelik betul. Rumah tak ada lah sebesar rumah mentuanya tapi susah betul nak cari keberadaan Hud.

Tiba-tiba telinga menangkap bunyi suara orang berborak.

Kaki dihayun ke pintu rumah bahagian taman kecilnya. Terlihat Hud sedang berborak dengan jiran sebelah. Nayla kembali ke ruang tamu dan menyarung tudung setelah rambut diikat ala kadar dan berlalu ke luar rumah. Sempat mata diguling ke atas. Payah juga dapat suami yang jenis peramah ni. Kata tak peramah dengan perempuan? Ini apa ni?

"Itulah. Dia dah tak nak semua benda tu. Itu yang saya bagi aje pada akak," Ujar Hud dengan sopan.

"Abang." Panggil Nayla perlahan. Ditarik hujung lengan baju Hud beberapa kali. Hud tunduk memandang Nayla dengan senyuman lebar.

"Eh. Sayang. Siap dah?" Nayla angguk. Bahu Nayla dipaut merapati sisinya.

"Akak Milah," Sapa Nayla sopan.

"Terima kasih, Nayla. Banyak betul aiskrimnya. Semoga murah rezeki ya," Kata Kak Milah, janda anak satu jiran sebelah rumahnya. Mulut sebut Nayla, mata pandang Hud.

Bukan dia tak perasan mata Kak Milah tu meliar-liar di tubuh Hud yang memakai t-shirt berwarna kelabu dan seluar track separas betis. Ada tompokan peluh di belakang dan dada suaminya. Mesti baru habis bersenam ni.

"Sama-sama. Akak bagi pada anak akak ya. Banyak saya beli tu. Tak terhabis nak makan," Kata Nayla saja berbasa-basi. Dia bukanlah seorang yang beramah mesra seperti suaminya.

Menyesal pula dia menyuruh Hud memberi aiskrim kepada jiran sebelah. Lupa jiran sebelah merupakan janda anak satu. Janda gatal lebih tepat. Patutnya dia yang beri sendiri.
Bukan hari ni dia baru nampak cara pandangan Kak Milah terhadap Hud. Sudah dua tiga kali juga.

"Nanti senang-senang jemput datang rumah akak. Boleh akak hidang serba sikit. Boleh kenal-kenal jiran akak ni. Ya, Hud?" Hud angguk sekali tanpa memberi kata putus. Nayla sudah cacing kepanasan dah di sisinya. Ini sudah lebih ni. Sampai ajak ke rumah bagai. Sudah lah tu. Diajak suaminya sahaja. Dada Nayla sudah berapi.

"Abang. Laparrr." Suara dimanjakan. Baju Hud ditarik-tarik. Pandangan menjengkelkan dari Kak Milah diabaikan.

"Kita orang minta diri dulu. Isteri saya dah lapar." Pamit Hud hormat sebelum menarik lembut lengan Nayla masuk ke dalam rumah. Nayla teleng ke belakang sambil kaki mengikut langkah Hud.

Mata sempat menangkap Kak Milah yang tak berkelip memandang belakang tubuh Hud. Laju saja dia berjalan betul-betul di belakang tubuh Hud, menghadang pandangan Kak Milah.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now