Bab 17

93 5 0
                                    

Usai solat Subuh berjemaah, Hud mengajak Nayla membaca Ma'thurat. Katanya supaya mereka sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Nayla hanya turuti tanpa membantah walaupun mata terasa sangat berat.

Tersengguk-sengguk dia ketika membaca. Selesai sahaja membaca, dia terus merebahkan kepala di atas riba Hud. Dia membenam wajahnya di perut keras Hud.

"Mengantuk ya?" Hud membelai lembut kepala Nayla yang masih dibaluti telekung.

"Hmmm" Mata terpejam rapat.

"Jom. Abang nak pergi ke pekan kejap lagi. Nak beli cenderahati untuk dia orang kat Malaysia." Hud menepuk perlahan punggung Nayla.

"5 minutes, suami." Dia menggesel hidung di perut Hud.

"Sekarang lah. Nanti dah nak bersiap ke airport pula. Takut tak sempat je. Wake up baby. Hmm?" Sudah hari terakhir mereka berada di sini. Cepat betul masa berlalu.

"Nak dukung." Tangan di angkat tinggi.

"Isteri siapa ni? Gedik!" Kutuk Hud sambil tangan bergerak mendukung Nayla.

Nayla sengih tidak bersalah. Nayla mengucup pipi Hud lama.

"Isteri Hud Haydar la. Siapa lagi. Thank you suami."

"Anything for you." Bibir comel Nayla di kucup sekejap.

Mereka kemudian bersiap untuk ke pekan.

Nayla mengenakan maxi dress navy blue dengan tudung bawal berona kelabu.
Hud pula mengenakan tshirt lengan pendek berona biru tua dan seluar slack berona kelabu.

"Abang, okey tak outfit Nayla?" Dis memusingkan badan beberapa kali di hadapan Hud.

Hud menilik dari atas ke bawah.

"Handsocks and socks?" Nayla menepuk dahinya.

"Lupa. Kejap." Dia berlari anak ke dalam closet dan kembali semula.

"Done, abang. Cantik tak Nayla?" Mata dikedip-kedip.

"Isteri Hud Haydar mestilah cantik. Jom!"
Beg tangan isterinya digalas dibahunya dan dia memimpin tangan halus Nayla.

"Abang nak beli apa? Nayla nak beli ball yang ada snowman dengan glitter tu boleh?"

Hud senyum.

"Boleh. Abang nak cari handbag untuk bonda dan Dhia."

"Nayla nak handbag juga lah abang." Hud angguk mengiyakan permintaan isterinya. Apa-apa sahaja untuk sang isteri.

********

"Beratnya buku ni!" Rungut Sabiha sambil berjalan mengusung buku yang tinggi. Tinggi separas kepalanya.

Rasa otot lehernya sudah tegang kerana berjalan dengan kepala senget. Perjalanannya juga sedikit terhuyung-hayang. Silap langkah saja boleh jatuh tersembam ke bumi.

Tiba-tiba terasa ringan buku yang diampu.

"Eh eh!" Sabiha cuba menstabilkan bukunya.

Pandangannya menjadi jelas. Dihadapannya terhidang seorang jejaka tinggi lampai berpakaian kasual.
Dia mendongak sedikit untuk melihat gerangan yang mengambil bukunya itu.

"Eh Encik Adam."

"Nak bawa ke mana buku-buku ni?"

"Ke kafe." Mereka berjalan beriringan ke kafe.

"Letak je kat sini. Nanti saya susun." Sabiha meregangkan otot-otot lehernya.

"Terima kasih, Encik Adam."

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now