Bab 11

124 8 0
                                    

Pintu kamar ditutup rapat. Hud menarik lembut lengan Nayla ke birai katil dan melabuhkan punggung di situ. Nayla ditarik duduk disisinya.

Wajah Nayla ditilik. Hanya riak wajah yang kosong tidak berperasaan sahaja yang terpancar. Teringat akan pesanan tokma. Mindanya ligat memikirkan tanggungjawabnya.

Mampukah dia bahagiakan Hud?

Mampukah dia menjadi isteri terbaik untuk suaminya?

"Deena." Nayla mendongak memandang wajah tampan itu. Senyuman nipis diberikan kepada Hud.

Tangan kekar Hud dicapai dan dicium syahdu. Lama. Hud mengusap lembut kepala isterinya.

"Saya sayang awak." ujar Nayla seraya mendongak menikam mata coklat cair itu.

"Saya sayang sangat-sangat. Terima kasih jadikan saya sebagai isteri awak," sambung Nayla lagi dengan penuh perasaan.

"Sayangkan Allah lebih dari sayangkan aku. Sayangkan aku kerana Allah." Hud berkata lembut.

Nayla mengangguk lantas memeluk erat tubuh Hud.

"Janji dengan saya yang awak tak akan tinggalkan saya. Saya hanya ada awak seorang saja, Hud. Izinkan saya menagih kasih dari awak, Hud Haydar." Muka ditekup di dada bidang suaminya.

"InsyaAllah. Selagi aku mampu aku janji aku akan berada di sisi kau. Aku takkan benarkan sesiapa pun sakiti kau."

Hud membalas pelukan Nayla. Cuba menenangkan hati si isteri. Dikucup lembut tepi kepala isterinya. Selawat dibisik ditelinga si isteri.

"Bimbing saya untuk jadi isteri yang diredai Allah dan isteri yang terbaik untuk awak."

"I will. InsyaAllah kita sama-sama usaha jaga rumah tangga ni supaya sentiasa di dalam jagaan dan rahmatNya."

Hud menepuk lembut belakang badan Nayla.

Tubuh Nayla yang berada dalam dakapannya dipeluk kemas dan merebahkan tubuh mereka di atas katil.
Terjerit kecil Nayla, terkejut dengan tindakan drastik Hud.

Mereka membetulkan baringan supaya selesa. Hud menarik Nayla ke dalam dakapannya semula.

Dicium ubun-ubun isterinya. Nayla hanya senyap. Badannya mengeras. Pipi terasa panas. Malu dengan keadaannya yang begitu dekat dengan Hud. Terasa gugup.

"Lajunya jantung kau, sayang." Usik Hud. Jelas terasa degupan jantung Nayla.

Nayla mengeram malu dan menyembam mukanya di dada Hud. Tangannya menjalar ke perut Hud. Jemarinya memicit ketulan di perut suaminya.

"Aipp. Tangan tu." Hud menggenggam tangan Nayla. Sempat aje. Dibawa tangan halus Nayla ke pinggangnya seraya tertawa halus. Gatal!

"Sleep. Goodnight." Hud menepuk belakang badan Nayla lembut sambil bibir membaca doa tidur. Nayla turut terkumat-kamit mengikut bacaan si suami.



Hud menyentuh bulu mata tebal Nayla. Tersengih dia melihat Nayla berkerut-kerut apabila terasa diganggu. Mata masih terpejam rapat. Kemudian jari telunjuk kasar itu turun ke pipi pula. Dicuit dan dicubit lembut. Nayla merengus dan menepis tangan yang mengganggu lenanya.

Beberapa saat tangan Hud merayap lagi di wajah Nayla. Nayla membuka kecil matanya dengan masam mencuka.

"Awakk." Nayla merengek geram. Tangan Hud di wajahnya dipeluk.

"Bangunlah. Dah nak habis Subuh dah ni." Nayla mencelik sepenuhnya mata dia. Hud sudah siap berpakaian solat.

"Awak dah solat ke?" Tangan Hud dilepaskan dan dia bangkit dari baring.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now