Bab 32

62 2 0
                                    

Bagasi Nayla dan Dhia disumbat masuk ke dalam bonet kereta Myvi isterinya. Ditutup rapat bonet itu setelah pastikan semuanya lengkap.

Sepasang sepatu tak bertumit dan sepasang selipar diletakkan di bawah kerusi pemandu. Memudahkan isterinya untuk bertukar kasut. Enjin kereta yang sudah panas dimatikan. Kemudian dia menghayun kaki melangkah masuk ke dalam rumah.

Dhia sudah tiba di rumahnya awal pagi lagi. Dia beria-ia mahu ikut kakak iparnya pulang ke kampung. Hud menyuruh mereka bertolak ke kampung pada waktu pagi. Lebih selamat katanya.

Mata meliar mencari susuk tubuh isterinya. Kaki dihayun lagi ke ruang dapur. Semakin dekat dengan pintu dapur, telinga disapa dengan bunyi ketawa. Terlihat Dhia dan Nayla sedang rancak berborak. Tangan Nayla ralit menyuap biskut coklat cip ke dalam mulut. Hud senyum nipis dan mendekati mereka.

"Siap dah ke?" Kedua-dua wanita itu menoleh ke arah Hud.

"Dah. Along dah load barang semua dah ke?"

Balang biskut coklat cip itu ditutup oleh Nayla. Isinya tinggal separuh balang sudah. Dibuatnya untuk si suami tapi dia yang menghabiskan. Mujur ada lebih lagi satu balang. Kalau tak, mahu merajuk encik suami. Biskut kegemarannya habis.

"Dah. Kereta pun enjin dah dipanaskan. Korang nak bertolak pukul berapa?" Hud melabuhkan punggung di sisi Nayla.

"Sekarang pun boleh. Cepat gerak cepat sampai," ujar Nayla. Tangan menepuk-nepuk sisa biskut.

"Dhia pinjam bilik air kejap. Sakit perut." Perut yang terasa memulas itu ditekan sedikit. Laju sahaja kaki melangkah menuju ke bilik air di bilik tetamu. Sengaja mahu memberi ruang kepada pasangan itu.

Hud menarik kerusi Nayla mendekat. Tangan diletakkan di kepala kerusi Nayla. Ditenung wajah cinta hatinya.

Nayla membalas renungan hangat mata coklat cair suaminya. Terasa berat hati mahu berpisah. Bening mata mula terasa hangat. Bibir bawahnya digigit.

Hud senyum nipis dan menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan.
Setiap kali dia perlu pergi bekerja jauh dan lama, pasti Nayla akan buat perangai.

"Kalau abang tak pergi tak boleh ke? Abang ikut Nayla balik kampung. Nanti Nayla mengidam bau ketiak abang macam mana? Nayla teringin masakan abang macam mana? Abang tak payah pergi ya?" Nayla perlahan-lahan naik ke riba Hud. Tidak selesa berpelukan begini. Tangan laju saja naik merangkul erat leher Hud.

"Jangan macam ni sayang. Abang pergi bekerja. Kalau abang tak kerja macam mana abang nak bagi baby besar dengan baby kecil abang ni makan?" pujuk Hud dengan nada yang lembut. Seolah memujuk kanak-kanak kecil.

Nayla makin mengeratkan lagi pelukannya. Seperti tidak mahu dilepaskan.

"Tak nak. Nayla nak ikut abang. Abang jangan tinggal Nayla."

Padahal dia yang akan tinggalkan Hud dahulu. Haihlah isteri. Mula dah perangai dia.

Belakang isterinya ditepuk-tepuk perlahan.

"Deena please... Jangan buat perangai macam ni. Abang janji abang call sayang everyday. Okey, isteri saya?" Bahu Nayla ditolak lembut. Wajah isterinya yang sudah comot dengan air mata dilap kering. Dicekup lembut kedua-dua pipi gebu itu.

Nayla tidak menjawab. Bibir tersebik-sebik. Tudung yang sudah senget sudah tidak dipedulikan.

"Okey?" Kepala Hud disengetkan sedikit. Senyuman manis dihadiahkan kepada Nayla.

"Janji?" Jari kelingking di naikkan. Hud menyambut jari kelingking kecil halus dengan jari kelingkingnya yang besar itu.

"Ya janji. Tak nak buat perangai dah. Nanti pergi check up baby dengan Dhia tau. Abang dah minta dia temankan sayang. Be a good girl." Nayla angguk, faham akan arahan suaminya.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now