Bab 15

130 6 0
                                    

Ting!

Jari-jemari Hud yang sedang menaip di komputer riba terhenti seketika. Telefon diambil untuk melihat notifikasi.

Sudah seminggu mereka pulang ke rumah. Jenuh Datin Fatima menghalang mereka dari pulang, tapi Hud masih berkeras mahu pulang ke rumahnya. Katanya mahukan privasi. Nak bermanja dengan si isteri. Lagipula mereka perlu mengemas rumah. Alasan!

Sudah seminggu lebih rumah itu ditinggalkan. Mesti berhabuk habis rumah. Datin Fatima hanya pasrah.

unknown : Hud

read,
typing...

Hud : ni siapa ya?

read,
typing...

unknown: ini I, Maisara.

√√seen

Hud menyambung semula kerjanya.

Ting!
Ting!
Ting!

Dia mendengus kasar. Telefon dicapai dengan kasar.

unknown : I nak jumpa you esok boleh?
unknown : di tempat selalu
unknown : please.

read,
typing...

Hud : busy. Please don't disturb me anymore.

*blocked*

Hud melemparkan kasar telefonnya.
Tak serik lagi ke?!

Tok, tok, tok!

Pintu bilik kerjanya dikuak dari luar. Nayla menjengul kepala sedikit ke dalam.

"Abang!" Panggil Nayla dengan suara lunaknya.

Kemudian dia melangkah mendekati meja kerja Hud dengan memakai suit pijama arnab.

Kemudian dia melangkah mendekati meja kerja Hud dengan memakai suit pijama arnab

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"Comelnya baby saya ni!" Hud mencubit geram pipi gebu Nayla.

"Abang! Sakit..." Nayla merengek geram. Pedih tahu! Cubit macam nak cabut pipi orang saja.

Hud mencium sekilas pipi gebu itu.

"Beli mana baju ni?" Isterinya ada saja baju pelik-pelik yang dibeli.

Nayla melabuhkan punggung di atas riba Hud dengan selamba. Pantas tangan Hud memeluk pinggang Nayla. Risau terjatuh saja budak kecil ini. Dah lah buas!

"Shopee. Abang buat apa?" Matanya menjeling sekilas ke komputer riba yang masih bercahaya.

"Kerja." Mata tidak lepas menatap sisi wajah Nayla. Tangannya laju sahaja menutup McBooknya. Tidak mahu Nayla membaca isinya. Rahsia!

"Lusa kita pergi honeymoon kan abang?" Saja mahu berborak dengan Hud. Rindu mahu mendengar suara pujaan hati itu.

"Hmmm."

"Agak-agak abangkan.... Abang agak - agak je... Dekat mana honeymoon kita tu?" Saja mencuba nasib. Sudah banyak kali dia bertanya dan jawapannya juga masih sama iaitu ;

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें