Bab 23

87 6 0
                                    

"Hati-hati drive. Betul ke boleh pergi sendiri? Betul tak nak abang hantarkan?" Tangan Nayla digenggam kemas.

"Ya, abang. Lagipun siapa yang nak bawa kereta Nayla balik rumah nanti?" Kekura Hud dielus dengan ibu jari.

"Kenapa sayang nak pergi sendiri? Sebelum ni okey je abang hantarkan. Abang ada buat salah ke?" Risau juga dia kalau-kalau ada tersilap di mana-mana ke. Kelakuan isterinya pelik seminggu dua ini. Semuanya dia mahu lakukan sendiri.

"Tak ada lah abang. Nayla okey je. Abang pun tak ada silap mana-mana pun. Nayla nak kena gerak dah. Nanti lewat sampai" Kaki dijengket sedikit dan pipi Hud dicium kedua-dua belah. Hud pula membalas dengan mencium dahi Nayla.

Pintu kereta Audi A6 itu dibuka dan dia melolos keluar.

Hud menunggu sehingga kereta Nayla mula bergerak baru dia mula menekan minyak ke lapangan terbang.

*****

"Kau dah kenapa beku aje ni?" Air kopi Starbucks disedut. Mata tak lepas tenung wajah sahabat di depannya yang jauh mengelamun.

"Entah lah, Faris. Aku cuma pelik." Straw di dalam cawan plastik tinggi itu dikacau-kacau.

"Pelik?"

"Kalau perempuan tu tiba-tiba dia nak buat semua benda sendiri, tu tanda apa? Padahal sebelum ni semua benda aku buatkan untuk dia. Lately ni Adeena tak nak aku buatkan apa pun dekat dia. Masak, nak masak sendiri. Pergi kerja pun nak pergi sendiri. Jenuh dah aku perah otak ni cari punca dia apa. Kau rasa sebab apa ya?" Luah Hud. Rambut diserabaikan.

"Mungkin dia rasa dia jadi beban dekat kau kot. Tak pun kau ada main kayu tiga tak belakang dia?" Tersedak Hud dengar ayat terakhir Faris.

"Agak lah kau ni. Sorang cukup lah. Huru-hara dah hidup ni. Nak tambah lagi satu memang tak lah. Mahunya si Adeena tu lari rumah. Tak sanggup aku bantal peluk aku tak ada."

"Tapi tu lah. Macam aku cakap tadi. Mungkin dia rasa dia tu beban pada kau. Itu yang dia nak independent tetiba. Kau terlalu pampered dia ke, Hud?"

Hud garu kening sambil mendesis.

"Tapi itu memang tugas aku dah. Dia tak pernah bebankan aku pun."

"Nayla kau tu perempuan bro. Kau kena faham perempuan ni. Tetiba aje boleh jadi overthinking tak tentu pasal. Tetiba aje dia boleh rasa dia tu membebankan.
Complicated. Dia orang ni, benda yang tak penting pun boleh jadi macam masalah negara." Hud diam. Berfikir kemungkinan yang sahabatnya katakan itu betul.

"Aku kena buat apa?" Tanya Hud polos. Faris mendengus kasar.

"Kau bengap ke? Sejak bila biul ni?" Setepek dia bagi. Geram pula. Otak Hud seperti tak berjalan. Hud menjeling tajam.

"Kau tenangkanlah dia. Assure her. Betulkan persalahfahaman dalam otak dia. Itu pun nak kena ajar ke?"

Hud angguk mendengar cadangan Faris. Dia perlu pulihkan overthinking Nayla. Bukan dia tak kenal Nayla tu macam mana. Semuanya nak dipendamkan.

"Jom. Dah tiba masanya, kapten." Ajak Faris sambil bangkit bersama cawan plastik tinggi ditangan kanan dan beret pilot dikepit dicelah lengan kiri.

******

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now