Bab 25

92 4 0
                                    

"Abang. I'm sorry. Nayla bergurau je. Nayla tak ada skandal dengan sesiapa pun. Abang je skandal Nayla." Tangan Hud dihayun lagi.

Hud masih senyap. Dia buat tak tahu saja. Kaki menghayun buaian ke depan dan ke belakang dengan santai. Telinga dipekakkan. Saja mahu menguji Nayla.

"Abanggg. Cakap la dengan Nayla. Jangan la senyap macam ni."

Pisang goreng yang terakhir disuap ke dalam mulut. Tangan ditepuk-tepuk membuang sisa yang melekat. Tenang angin sepoi-sepoi menampar lembut wajah pasangan itu namun tidak bagi Nayla. Dia berasa resah tika ini. Angin petang tidak lagi mendapat perhatiannya.

"Abang." Hatinya mula terasa sebal.

Hud tidak pernah melayannya sebegini.
Pasti Hud terasa hati sungguh dengannya.

"Abang. I'm sorry. Maafkan Nayla."

Dada mula terasa sesak. Tubir mata terasa panas. Melihat Hud masih diam tidak berkutik, hatinya sakit. Tidak suka dilayan begitu.

Tanpa berfikir panjang, terus sahaja dia naik ke pangkuan Hud.

Hud yang tidak menyangka tindakan drastik Nayla itu laju saja tangan memaut pinggang si isteri.

"Careful lah. Memang suka buat saya susah hati ke? Tahulah tak sayang saya pun. Sayang diri sendiri tu. Kalau jatuh macam mana?" Garang sahaja suaranya. Tak reti berhati-hati lah isterinya seorang ini. Hampir terkeluar jantungnya kerana terkejut dengan tindakan Nayla.

Tiada lagi 'abang' 'sayang' meniti dibibir itu.

Tersebik bibir Nayla. Hud marahkan dia.
Hud mana pernah memarahinya apatah lagi naik tangan padanya. Nayla sentiasa dimanjakan Hud tapi tidak kali ini.

"Abang. Nayla minta maaf. Jangan lah marah." Nayla memaut leher Hud.

Air mata menitis satu per satu. Muka sudah memerah menahan tangisan. Bibir sudah melengkung tersebik.

"Nayla sayang abang sorang je. Abanggg. Sorry sorry sorry."

Seluruh wajah Hud diciumnya. Habis air matanya melekat di muka Hud. Mata hazelnya menikam mata coklat cair Hud. Pandangan Hud kosong. Riak wajahnya dingin.

Hud masih sama. Tiada respons. Bibir Nayla mula bergetar.

Esakan Nayla terlepas. Laju sahaja juraian air matanya. Kepala disembamkan di bahu Hud. Terhinjut-hinjut bahunya.

"A-abang. Sorry la. Nayla isk Nayla janji Nayla tak buat lagi dah. Abang isk janganlah layan isk layan Nayla macam ni. Nayla minta isk maaf abang. Isk. Nayla janji tak buat lagi. A-abang isk cakap la dengan isk Nayla." Tersedu-sedan dia dibuatnya.

Nafasnya terasa sesak. Dia cuba mengatur nafasnya semula.

Hud mula cemas mendengar nafas Nayla yang sudah tidak teratur itu.

Pantas dia mendongakkan kepala Nayla.
Dada Nayla berombak laju.

"Shhhhh. I'm sorry. I'm sorry. Abang maaf kan sayang. Shhh."

Belakang tubuh Nayla diusap perlahan. Cuba menenangkan Nayla. Air mata yang mengalir tak henti-henti itu disapu.

"A-abang.." Nayla memegang dadanya yang terasa sesak itu.

"Shhhh. Stop talking and stop crying sayang. Take a deep breath. Slowly." Tegas nadanya. Dalam nada tegas terselit kerisauan dan pujukan dalamnya.

Nayla patuh. Dia mengikut Hud menarik nafas perlahan-lahan dan dilepaskan perlahan-lahan.

"Again sayang. Follow me." Beberapa kali mereka berulang.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now