Bab 22

99 5 0
                                    

Punggung dilabuhkan di birai katil. Nayla termenung jauh. Suara Hud memarahinya bergema di segenap fikiran.

Gel aloe vera disapu perlahan pada luka melecur. Tersentak dia dari lamunan apabila botol gel dirampas perlahan dari tangan. Toleh sahaja ke kiri, Hud sudah melabuh duduk di sisinya.

Tangan kanan Nayla dicapai lembut dan Nayla segera mahu menarik semula tangannya. Hud mencengkam kejap tangan itu.

"Biar abang buat."

"Tak apa. Nayla boleh buat sendiri. Sikit aje ni," balas Nayla dengan lembut.

Namun Hud tetap Hud. Berkeras juga mahu menyapu gel pada tangan Nayla. Nayla mengalah. Biarkan saja Hud merawat luka lecurnya.

Suasana hening. Masing-masing diam tanpa bicara.

"I'm sorry." Hud tiba-tiba bersuara. Nayla angkat kepala.

"Kenapa?" Berkerut dahinya.

"Termarah Deena tadi. Abang terkejut dengar sayang jerit, itu yang tertinggi suara tu. Tak ada niat nak marah langsung." Tangan yang sudah siap disapu gel itu dikucup seketika.

"Minta maaf sebab buat abang susah hati." Tangan Hud pula dikucup.

"Fikir apa tadi sampai terlanggar habis kuali leper tu?"

Nayla diam seketika.

"Nayla teringat mama, baba dan abang." Bibir leret senyum tawar. Kepala ditunduk menekur lantai.

"Sedekah Al-fatihah pada dorang. Nanti kita pergi ziarah dia orang. Tak mau sedih-sedih." Nayla angguk.

Nafas dihembus dan bangkit menghadap Hud dengan senyuman. Tangan dihulur. Hud memandang huluran tangan Nayla.

"Jom. Nayla lapar." Senyum lebar ditayang. Hud perlahan-lahan mencantumkan tautan tangan mereka bersama senyum tipis dan menarik Nayla ikut ke dapur di tingkat bawah.

*****

"Adam. Awak tak kerja ke yang melepak kat sini?"

Kerusi ditarik dan duduk di depan Adam Fayyad. Awal Adam datang ke kafe hari ni. Elok saja papan 'buka' dikalih, dia terus berjalan masuk.

"Harini cuti." Mata masih menelaah buku ditangan. Minat baru yang diceburi. Ini kalau ibu di kampung tahu dia suka membaca, mahu dileterinya. Dulu masa zaman sekolah punya liat dia mahu membuka buku. Jenuh dipaksa, diugut. Semua tak jalan.

Sejak bila dia suka membaca pun tak tahu lah. Rasanya aku ni pantang nampak buku ja terus mata berpinar.

"Awak kerja apa?" Saja mahu menyibuk.

"Aku ni kerja nelayan ja."
Sabiha mengecilkan mata tidak percaya akan kata jejaka kacak di depannya itu.

"Tak percaya."

"Suka hati hang lah."

Sabiha mengguling matanya.

"Awak single ke?"

"Muka aku nampak macam bapak orang ka?" Buku ditangan ditutup dan diletakkan di meja.

"Tak lah. Orang tanya tu jawab je lah." Geram sahaja soalannya dibalas soalan.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora