Nayla berdecit perlahan. Cis! Gitu aje?

Dengan perasaan sebal dia bergerak ke arah sofa yang bertentangan dengan meja kerja Hud. Kakinya masih lagi bersisa lenguh siang tadi. Nak minta Hud urutkan, hmm Hud masih marah.

Sudah lah perutnya sudah menghalang pergerakan Nayla untuk tunduk. Jangankan nak sentuh ibu jari kaki, nak sentuh betis dia pun sudah tak sampai.

"Abang. Nayla lenguh kaki." Saja mahu cuba nasib. Saja suara dilunakkan. Cuba meraih simpati si suami.

"Siapa suruh tak dengar kata," balas Hud sinis.

Nayla rasa seperti dihempas ke bumi. Auch! Sakitnya tu di sini di dalam hatiku.

Nayla mencebik bibirnya. Kaki melunjur lurus di atas sofa dan tangan menumbuk perlahan pehanya. Boleh la buat ghaso-ghaso.

"Orang tak jatuh pun. Baby pun selamat aje," omel Nayla perlahan. Hud yang mendengar Nayla menjawab itu menjeling tajam figura isterinya. Mulut itu suka lah menjawab. Geram tahu!

"Kalau jatuh? Kalau awak cedera? Siapa nak tolong?" bidas Hud geram.

"Abang lah," jawab Nayla lagi.

Masing-masing senyap. Masih dengan ego masing-masing.

"Don't talk to me. Go to bed now. I'll sleep here," kata Hud dengan suara datar. Malas mahu berbalas kata dengan Nayla. Sakit hati aje. Tak tahu kot yang kita ni risaukan dia.

"Tak nak! Nayla nak tidur dengan abang! Sampai hati abang halau Nayla! Abang dah tak sayang Nayla!" balas Nayla dengan suara yang sedikit tinggi. Kedua belah tangan terus dilipat ke dada - memeluk tubuh. Wajah sudah masam mencuka.

"Nayla Adeena," seru Hud meleret dengan nada garang. Tanda dia tidak gemar akan tindakan Nayla sekarang. Degil!

"Maaf." Tersebik Nayla apabila Hud menyeru nama penuh dia begitu. Tetapi dia masih tidak berganjak dari duduknya. Tak boleh! Misinya untuk memujuk Hud harus selesai malam ini juga.

Pujuk macam ni ke Nayla? Pujuk bapak Frozen macam ni ke? Ingat boleh jalan lah tu?

Nayla menunduk kepala dengan jemari bermain sesama sendiri. Matanya sudah terkelip-kelip menahan air mata dari luruh.

"Sini," panggil Hud. Nayla geleng kepala sebagai balasan.

"Adeena. Mari sini," panggil Hud lagi dengan suara sedikit lembut. Lemah betul kalau isterinya sudah masuk mode cengeng ini.

Dengan lambat-lambat Nayla turun dari sofa dan mendekati Hud. Langkah diberhentikan di tepi meja kerja. Kepala masih lagi menunduk.

"Closer," arah Hud lagi. Nayla bergerak berdiri betul-betul di hadapan Hud.
Hud sudah menyimpan senyum.
Comel betullah bini aku ni! Dah la jalan macam itik! Nak marah lama-lama pun tak boleh. Tak aci betul.

Pinggang Nayla ditarik sehingga Nayla duduk di atas ribanya. Dipeluk erat tubuh si isteri supaya Nayla bersandar di dadanya. Kepala Hud dilabuhkan di atas bahu Nayla.

"Nak tidur dengan abang tak?" tanya Hud.

Nayla angguk laju.

"Nak kisses abang tak?"

"N-nak." Nayla angguk lagi. Hud mencium pipi tembam isterinya. Nayla sudah mengulum senyum.

"Nak abang peluk tak?"

"Abang dah peluk Nayla," balas Nayla perlahan. Masih tak angkat kepala. Jari sudah bermain-main dengan urat tangan Hud.

Hud tersengih dengan jawapan isterinya. Tengok tu.. Sempat aje nak menjawab.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now