61: First day

105 5 0
                                    

Seusai penyerahan kunci rumah dari agen. Adi terus mengajak Rina ke pasaraya terdekat untuk membeli barang keperluan dan juga barang basah. Rina hanya turuti, bukan dia nak ikut tetapi malas nak bergaduh atas perkara yang kecil. Bukan Rina yang keluarkan duit pun. Lagipun sudah seminggu Rina berhempas pulas menyelesaikan ujikajinya. Niat sebenarnya mahu berjalan-jalan sambil membeli barang-barang keperluan. Dah ada orang sudi bayar buat apa nak ego menidakkan hak yang sepatutnya dia dapat sebelum ni.

Sepanjang mereka di pasaraya, beberapa kali juga Rina melihat Adi menguap dan mengeliat menghilangkan rasa mengantuk. Menyebabkan Rina berfikir apalah yang dibuat oleh Adi sehingga dirinya betul-betul kelihatan penat dan terabai.

Seusai membeli barang-barang keperluan, mereka terus makan tengah hari disitu sebelum pulang ke rumah yang baru disewa.

Adi mengangkat barang- barang yang dibeli sebelum meminta diri untuk membersihkan badan dan berehat. Dirinya benar-benar telah kehilangan tenaga. Walaupun hatinya terasa berbunga ditemani Rina tanpa bantahan, hakikat dirinya tidak cukup rehat dan mengantuk tidak dapat disangkal. Hanya tilam dan bantal bermain difikirannya.

Setibanya Adi di bilik, dia harus membersihkan diri terlebih dahulu sebelum tidur. Cadar tilam juga belum dipasang. Adi mengeluh.

Adi terasa terharu apabila melihat cadar katil sudah siap dipasang, berserta haruman wangi bilik yang berhawa dingin menyapa hidungnya. Rina memang isteri yang prihatin dan bijak.

Selesai bersiap, Adi turun ke bawah untuk mencari kelibat Rina. Bunyi kelentang-kelentung di dapur menarik perhatian Adi. Adi menghala ke ruangan yang telah dilengkapi barang asas. Kelihatan Rina yang sedang memanjat untuk mengambil sesuatu di rak atas kabinet dapur pasang siap itu.

"Sayang nak amek apa tu" ujar Adi lembut tapi tetap mengejutkan Rina.

"Argghh..." Rina yang terkejut dengan sapaan Adi tersalah pijak menyebabkan dirinya yang memegang periuk tidak seimbang.

"Buk".

"Aduh...sayang ok ke? Adi dengan pantas sempat menyambut Rina dengan tubuhnya. Tapi dirinya juga tidak seimbang menyebabkan mereka berdua terbaring di lantai dapur rumah mereka berdua.

"Sorry" apabila Rina sedar dirinya berasa diatas Adi dengan pantas dirinya memcuba untuk bangun...Namun pegangan tangan Adi dipinggangnya menghalang dan menyebabkan tindakan inertia berlaku. Mereka hampir bercium.

" are you ok?" Adi merenung wajah Tina yang mula berubah. Sedikit kelat.

" i am fine, let's me go".Adi yang mendengar nada Rina tzng sediiit tinggi dan tegas terus melepaskan tangannya tinggi mengisyaratkan Rina untuk bangun.

Dengan pantas Rina bangun dan duduk bersila disebelah Adi.
Adi bangun perlahan- lahan, belakang terasa sedikit sakit.

Suasana sepi menyelubungi mereka berdua.

Sayang..panggil Adi sedikit sayu

Eem..

Bibir mungil Rina dikucupnya dengan penuh rasa rindu.

Kesakitan dan kepenatan terus dilupai...

Maafkan akuWhere stories live. Discover now