55: Penyesalan

263 8 0
                                    

Mardiah P.O.V

Mardiah merasa menyesal meminta perpisahan daripada Adi. Dirinya tidak menyangka  Adi mengalah dengan mudah apabila alasan dirinya telah ditunangkan dengan pilihan keluarga. Bukan perpisahan yang diinginkan. Namun, Mardiah hanya ingin menduga sedalam mana cinta Adi kepada dirinya selepas berkahwin.

Perubahan Adi selepas berkahwin menganggu jiwanya. Firasatnya dapat merasakan dirinya telah kehilangan sebahagian daripada Adi. Walaupun jasad mereka bersama, Mardiah tahu fikiran Adi tidak bersamanya.

Apabila dirinya diperkenalkan kepada isteri Adi, perasaan menjadi semakin tidak tenteram. Rina gadis polos yang memiliki segalanya kecantikan, kepandaian, dan keanak-anakkan. Walaupun daripada luarannya begitu namun Mardiah tahu Rina mempunyai aura yang kuat untuk memikat mana-mana lelaki.

Kerana itu, hatinya bertambah tidak aman. Apatah lagi desakan keluarga yang sentiasa bertanyakan hubungannya dengan Adi merimaskan.
Akhirnya, ibunya mengugut sekiranya Adi tidak mahu masjk meminang falam masa terdekat, pinangan daripada kawan sekolahnya akan diterima.

Mardiah tahu, Adi ingin mengahwininya. Hatinya ingin menerima lamaran Adinya pada malam itu. Tetapi itu juga bermaksud dirinya akan dimadukan. Dia tidak mahu bermadu. Dia tidak mahu berkongsi kasih Adi dengan wanita lain. Dia perlukan Adi sepenuhnya.

Maafkan akuWhere stories live. Discover now