47: Love

502 6 3
                                    

Do you love me?

Persoalan Rina menghentikan langkah Adi.

Wajah Rina yang sugul direnung.

Adi pasti rasa sayangnya pada Rina telah terbit semenjak malam pernikahan mereka. Dirinya cuba membunuh rasa itu namum tidak berjaya. Rina gadis biasa, auranya terlalu biasa namun kuat. Semakin didekati semakin kuat aura yang menarik dirinya. Seperti magnet.

Tidak pernah sekalipun Rina berusaha mengodanya. Namun, setiap yang dilakukan Rina membuatnya tergoda dan terpesona.

Keinginannya pada Rina membuak-buak. Kejantanannya menjerit melihat Rina. Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Adakah ini hanya nafsu berahinya atau kerana perasaan cinta lahir di sudut hatinya.

Bolehkah rasa sayang itu dikatakan cinta.

Perasaannya pada Rina berbeza dengan perasaannya pada Mardiah. Kepada Rina perasaannya lebih kepada ingin menakluki Rina..dia ingin memiliki Rina...dia ingin Rina memanjai dirinya. Manakala perasaan lebih senang kepada Mar. Adi selesa bersama Mar. Setiap kemahuan Mar cuba untuk dipenuhi. Dirinya tidak pernah perlu berfikir dan berlawanan dengan nafsunya. Bersama Rina jiwanya resah, hatinya membuak..ingin dibenci tetapi tidak mampu. Rina tiada dosa padanya. Lama-kelamaan Adi juga semakin keliru. Sehingga perasaannya dapat dirasai oleh Mar.

Mar menyedarkannya untuk mengakui perasaannya. Mar tahu perasaannya pada Rina lebih dari sekadar benci seperti yang sentiasa diucapkannya apabila bersama. Buat pertama kalinya Mar merasa Adi adalah insan yang penuh emosi.

If I am? Adi cuba meneka

"It cannot happen.. I don't love you. I don't think i can..we.."

"Shush".Adi menghentikan kata-kata yang bakal menyakitkan hati dituturkan oleh Rina. Hatinya kecewa.

"You can sleep on the bed... don't worry...I will sleep on the couch."

"Don't think much..just sleep...ok?"

"We can talk later"

Adi menarik Rina ke katil. Kemudian dia melangkah keluar bilik..sebelum menutup pintu bilik.

"You can lock the door if you don't believe me"

Sebaik sahaja Adi menutup pintu. Rina segera bangkit dan mengunci pintu.

Hati Adi pilu apabila mendengar bunyi pintu dikunci. Rina benar-benar tidak percayakan dia.
Adi merebahkan diri di couch.

Dirinya penat...sedih...dan kecewa...

Maafkan akuWhere stories live. Discover now