48: Syahdu

377 9 0
                                    

Rina tersedar dalam keadaan terkejut. Matanya melihat sekeliling, tangan meraup rambutannya yang terburai.

Rina tersedar tudungnya telah elok terlipat disisi katil.cermin matanya juga disitu. Ini semua mesti kerja Adi.
Kerana dia tahu semalam dia tertidur tanpa menanggalkannya.

Langkah lemah diatur ke bilik air untuk merapikan dirinya. Baru Rina sedar, pintu bilik air ini juga bersambung ke ruang tamu. Semalam dia tidak tahu. Pasti Adi menggunakan pintu itu untuk masuk ke bilik yang dikunci.

Kedengaran sayup2 suara lelaki mengalunkan bacaan al-quran. Sangat indah bacaannya menyebabkan Rina mengintai untuk melihat pemilik suara itu. Walaupun kurang jelas kerana Rina tidak memakai mata keduanya, masih dia dapat lihat susuk tubuh lelaki itu. Tiba-tiba perasaan syahdu menyelubungi dirinya. Sepanjang perkahwinan mereka, mereka tidak pernah solat bersama. Dan Rina sentiasa dalam keadaan ragu,mempersoalkan akhlak Adi hanya kerana perbuatannya yang agak bebas bersama kak Mar.

Tanpa Rina sedari, air matanya laju menitik tanpa dapat ditahan. Pantas Rina membuka pili air untuk memastikan bunyi tangisannya tidak didengari. Perasaannya bercampur-baur, gembira, sedih,pilu, syukur dan sebagainya.

Pada zaman kini, mendapatkan seorang lelaki yang mampu mengaji al-quran selancar itu sangat susah, apatah lagi yang sempurna wajahnya dan kerja yang terjamin. Sekiranya perkahwinan ini berdasarkan cinta, Rina merasa dia sangat bertuah memiliki lelaki seperti itu sebagai pendamping. Rina sedar dirinya tidak sempurna.  Imannya tidak tebal. Hatinya sentiasa dicuit hasutan syaitan. Seperti semalam. Dia menghampakan perasaan suaminya, dia membenci suaminya yang tidak bersalah. Dia terpedaya dengan pujukan syaitan atas kata cinta. Sedangkan Rina sedar, cinta itu cuma rasa, kata, dan sesuatu yang abstrak bukan mutlak. Dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Perkataan cinta itu misteri. Perkataan itu mengandungi pelbagai rasa. Bukan hanya satu seperti yang dia inginkan semalam.

Adi mencarinya disini juga satu tanda, bahawa dirinya bukan lagi tidak wujud dalam diri Adi. Dirinya juga telah menghuni benak dan hati Adi walau atas dasar apa sekalipun. Kerana Rina pasti, Adi di sini bukan atas kebencian. Adi ingin mencari kedamaian.

Maafkan akuWhere stories live. Discover now