"DUA mangkuk cendol siap!" Ucap pak cik itu, meletakkan dua mangkuk cendol di atas meja. Melihat ais yang menggunung itu, buatkan tekaknya terus terasa dahaga. Langsung Mia menarik satu mangkuk cendol kearahnya.

"Wah, dah lamanya saya tak rasa cendol! Kalau Encik Nathan nak tahu, gerai pak cik nilah Cendol paling tersedap dekat sini." Ujar Mia, siap promot lagi. Kalau tak laku juga, tak tahulah. Lantas dia menyuap ais cendol ke dalam mulutnya. 

Yeah, seperti yang dikatakan. Memang sedap! Apatah lagi makan diwaktu-waktu panas terik begini. Memang menghilangkan rasa dahaga.
Sedang dia menyuap ais cendol  sehingga tinggal separuh, baru dia sedar lelaki itu masih belum menjamah pesanannya.

Bahkan riak wajah Nathan juga nampak kurang berminat.  Adakala anak matanm birunya meliar ke segenap kawasan gerai tepi jalan itu. Terdedah. Tiada privasi seperti restoran lima bintang.  Malah kain meja juga dibeleknya. Serupa pihak kementerian kesihatan datang memeriksa kebersihan kedai.

"So... ini ke kedai yang awak cakap sedap sangat tu?"

Mia mengangguk kepala.

"Haah. Kenapa? Cubalah rasa dulu. Nah sudu!" Satu sudu diserahkan kepadanya. Lambat-lambat Nathan mengambil. Dia mengulangi tindakan yang sama. Membelek sudu itu depan dan belakang.

Tergeleng-geleng kepala Mia melihatnya. Nak makan cendol pun payah ke?

"Meh, sini sudu tu!" Terus sudu yang berada ditangan lelaki itu dirampas. Sehelai tisu ditarik keluar dari kotak yang berada di atas meja. Lantas dilap pada sekitar sudu itu sehingga bersih.
Nasib baik aku tak bawa botol pembasmi kuman, kalau tidak aku sapukan sekali di atas sudu ini.

Nathan tidak berkata apa. Malah keningnya makin berkerut melihat perbuatan Mia.

"Nah, cuba rasa! Aaa..." satu sudu cendol disua ke arah lelaki itu.  Serupa mak hendak suap anak pun ada.

Teragak-agak Nathan hendak membuka mulut.  Namun dia tidak mahu Mia menyua sudu itu lama-lama. Aduh, dia terlalu takut untuk menelannya. Macam mana kalau selepas telan dia akan sakit perut? Ah, redah sajalah!

Mata dipejam. Mulut dibuka. Tak tunggu lama Mia terus menyuap cendol ke dalam mulut lelaki itu. Buat beberapa minit Nathan cuba memproses rasa yang bermain di lidah. Dan kemudian, kelopak matanya terbuka. Ada riak terkejut jelas diwajah. Sebelah tangan naik menyentuh bibir.

"Macam mana? Sedapkan?" Mia menyoal. Siap angkat sebelah kening lagi.

Terangguk-angguk Nathan mengiyakan kesedapan ais cendol itu. Lebih sedao daripasa makan aiskrim di restoren lima bintang. Penuh dengan rasa lemak manis santan. Setelah ditelan, rasa macam nak lagi.

"Sedap! I should not judge before trying this. It's good!"  Komen Nathan. Dah macam orang luar negara pertama kali mencuba cendol. Hendak tergelak Mia dibuatnya. Lantas mangkuk cendol itu ditolak ke arah Nathan, membiarkan lelaki itu menikmati hidangannya..

"Aiyoyo, adik manis... you punya baby banyak manja sama you. Mau suap dulu baru makan ka?" Tegur pemilik gerai itu. Tersenyum-senyum melihat ke arah mereka berdua.

Mia pantas geleng kepala. "Ini bukan baby sayalah uncle. Ini bucuk asyem saya." Kata Mia dengan nada bergurau.

Tersedak Nathan mendengarnya. Tak pasal-pasal tersembur cendol yang dihirup tadi. Mia tersentak. Cepat-cepat dia menarik satu tisu lalu dihulurkan ke arah Nathan yang sedang terbatuk-batuk. Habis mulutnya comot.

Aish... comot-comot pun kacak, payah ni!

"Maaf, encik Nathan. Saya gurau aje tadi."

"Tak apa..." Balasnya perlahan. Bibir yang comot dilap. Merah wajahnya menahan malu apabila sedar ada mata-mata yang memandang.

MR PIRATEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora