Husna pusing ke belakang. Lah!

Rupa-rupanya wanita itu masih tercegat dihadapan lift dengan muka cemberut.

"Kau tak nak ikut ke?" Soal Husna.

"Dia macam ajak kau seorang aje." Rungut Mia.

Nathan turut berhenti melangkah. Dia menoleh ke belakang. Lupa pula ada minah lagi seorang!

"Awak pun, jemputlah tumpang sekali." Ulang Nathan, kali ini mengajak Mia sekali. Automatik bibir wanita itu tersenyum seperti kerang busuk. Tak tunggu lama, Mia terus berlari ke arah mereka berdua. Tak sabar nak naik kereta sama-sama! Yang pasti, dia mahu cop seat di sebelah pemandu.












                     KINI mereka tiba disebuah restoran lima bintang. Hidangan yang dipesan sudah tersedia di atas meja. Tak ramai pelanggan disini. Cuma ada beberapa golongan orang kaya sahaja yang menjamu selera di meja hujung sana. Mungkin kerana restoran ini buka pada orang yang telah membuat tempahan. Hiasan pada meja pun memang kemas. Dah macam temu janji dengan pasangan. Bezanya ada seorang lelaki dan dua orang wanita.

Pasti orang akan ingat mamat ni kahwin dua!

"Sedap betullah makanan dekat sini. Untung ada orang belanja. Dapat juga merasa makanan mahal-mahal." Ujar Mia sambil memotong daging steak sebelum disuap ke dalam mulut. Sengaja dia pesan makanan yang sama dengan lelaki itu. Nampak sepadan. Acewah!

Manakala Husna pula sekadar memesan pencuci mulut. Semangkuk aiskrim dipenuhi buah-buahan segar.

Nathan tersenyum kecil. Baguslah kalau mereka suka. Dia pun memang selalu datang ke sini.

"Sedapkan? Saya memang selalu makan dekat sini."

"Dengan girlfriend?" Potong Mia. Telinga dipasang luas-luas.

Nathan tergelak kecil. Dia memandang Mia yang duduk di hadapan.

"Saya tak ada girlfriend." Balasnya.

Mia mengemam bibir. Menahan diri daripada tersenyum. Lampu hijau dah terpasang, dah boleh jalan. 'Tahan Mia, tahan! Jangan tunjuk sangat suka tu.' Bisiknya kepada diri sendiri. Tiba-tiba tangan ini rasa lemah pula nak potong daging. Sudah cair dengan Encik mata biru.

"And you?" Pandangan Nathan beralih ke arah Husna.

Tatkala Husna yang sedang menyuap aiskrim, terpinga-pinga. Kurang jelas mendengar pertanyaan lelaki itu.

"Huh?"

"Awak dah ada boyfriend?" Nathan mengulangi soalan. Dia berhenti menyuap steak. Tumpu kepada wanita itu.

Sedar tona wajahnya berubah merah jambu, Husna menunduk kepala memandang mangkuk aiskrim itu. Dan dengan perlahan kepala digeleng.

"Belum. Sebab saya tengah tunggu seseorang." Balas Husna. Automatik bayangan Mr.Blue muncul di kepala. Ya. Dialah lelaki yang ditunggu-tunggu selama ini. Adakah... Encik Nathan orangnya?

"Oh..." sedikit sahaja respon lelaki itu. Mukanya tampak berubah.

Kening Mia berkerut. Wajah Husna dan lelaki itu dipandang silih berganti. Apa dia tunggul ke dekat sini?

"Encik Nathan tak nak tanya saya ke single ke tak?" Soal Mia dengan muka tak malunya. Mana adil kalau tanya Husna seorang sahaja!

"Takpalah. Makan steak awak." Balas Nathan. Dengan selamba menyuap steak ke dalam mulut.

Terasa seolah-olah ada angin kosong lalu di hadapan muka. Sunyi. Sepi. Begitu sahaja dia dipulaukan? Tak mengapa, jangan cepat mengalah! Mia berdehem membetulkan suara. Sambil tangan buat-buat menghiris daging di pinggan.

"Encik Nathan ada berapa adik beradik?" Soal Mia. Dia memandang lelaki itu. Entah mengapa tiba-tiba sahaja ingin mengenali Encik Nathan dengan lebih dekat. Husna yang duduk disebelah turut melangut muka memandangnya. Dia pun tertarik hendak tahu.

"Sebenarnya ada dua aje. Saya dengan abang saya. Tapi Tan Sri Raqib ada ambil anak angkat kembar tiga. Jadi limalah semuanya. Empat lelaki dan seorang perempuan." Ujar Nathan.

Mulut Mia melopong. Kagum. Kening Husna turut terangkat. Tak sangka keluarga lelaki itu ramai juga.

"Tapi kalau Encik Nathan ada abang, kenapa encik Nathan yang bakal ambil alih Ocean Resort? Bukan selalu ayah akan turunkan pangkat tu pada abang sulung ke? Maaf, saya bukan tak suka malah terlebih suka! tapi cuma tertanya-tanya." Soal Mia lagi.

"Abang saya tu tak minat dengan kerja-kerja ni. Dia lebih suka hidup dekat pulau . Balik sini pun jarang. Asyik melekat di kampung kesayangan dia."

"Encik pula? Tak suka pulau?" Baru kali ini Husna bersuara. Alang-alang sudah membuka topik tentang pulau. Inilah masanya untuk menguji sama ada lelaki itu Mr Blue atau bukan?

"Suka. Sebab itu saya cadang pada Tan Sri Raqib untuk buka Resort atas pulau. Supaya semua orang boleh rasai pemandangan yang indah yang tak boleh dapat dekat mana-mana tempat. Abang saya pun memang dah sebati dengan pulau dekat situ. Jadi lagi banyaklah tempat-tempat cantik yang tersembunyi orang tak tahu. Itulah keistimewaan Ocean Resort." Ujar Nathan. Tersenyum-senyum bibirnya saat bercerita sambil membayangi betapa indahnya pemandangan di resort itu.

"Selain daripada keindahan pulau, tak ada apa-apa lagi yang menarik minat awak untuk buka tempat tu?" Soal Husna.

Kening Nathan berkerut tidak faham. "maksud awak?"

"Maksud saya... encik bangunkan Ocean Resort untuk teringat pada seseorang? Tanda kenangan?"  Soal Husna lagi. Mata lelaki itu ditenung dalam-dalam.

Nathan diam seketika. Memproses maksud yang Husna cuba sampaikan. Untuk teringat kepada seseorang? Maksudnya...

"Maksud Cik Husna ni... Encik Nathan pernah tak jumpa seseorang wanita yang lemas selepas itu Encik Nathan terjun selamatkan dia, selepas itu Encik Nathan pandang mata dia, dan dia cakap rupa encik macam bidadara syurga yang jatuh ke bumi sebab kacak sangat dan encik pun hihihi! Gelak. Jatuh cinta dan buka resort atas pulau sebab nak ingatkan pertemuan indah diantara Encik dan Cik tersebut dan bla bla bla. Itulah maksudnya!" Sampuk Mia. Lambat pula nak tunggu lelaki itu faham.

Terus Husna menyiku lengan Mia yang berada disebelah. Kurang asam punya kawan! Kantoilah nanti.

"Oh, tentang tu..." bawah dagu berjambang halus itu disapu seketika. Cuba untuk ingat.

Mia dan Husna memasang telinga. Masing-masing menarik kerusi rapat ke meja. Kena dengar jelas-jelas! Kalau betullah dia Encik Blue, rasa macam nak terus keluarkan cincin dan lamar. Eh? Macam cerita Cinderella pula.

"Rasanya macam pernah..."  belum sempat dia menghabiskan kata, tiba-tiba deringan telefon mencelah. Terus mengalihkan perhatian Nathan ke arah telefon canggih yang berada diatas meja. Melihat nama Papa tertera diskrin, langsung telefon canggih itu dicapai. Dia bangkit dari kerusi.

"Sekejap ya." Pinta Nathan sebelum melangkah menjauhi meja makan mereka. Inginkan privasi. Meninggalkan Mia dan Husna disitu.

Serentak mereka berdua mengeluh. Mia sampaikan tepuk meja kerana tidak puas hati. Leceh betullah! Baru sahaja nak dengar pengakuan tadi.



MR PIRATEWhere stories live. Discover now