Macam itu sahaja dia curi?

"Sedapnya bau! Pandai Encik Nathan pilih." Puji Mia. Tersengih-sengih apabila dapat bunga.

Husna tersenyum kekok. Alahai, si Mia ni memang tak reti malu sungguh. Dia pula yang harus tebal muka di hadapan lelaki itu.

"Ish, kau ni Mia... itu bunga dialah." Bisikku. Cukup untuk dia sahaja yang mendengar.

"Alah, tadi aku dengar Encik Nathan nak bagi bunga ni pada seseorang. Tapi seseorang tu tak boleh bau bunga. Aku boleh! Jadi maknanya bunga ni untuk akulah. Kan Encik Nathan?" Berkelip-kelip mata Mia serupa masuk habuk. Menanti balasan daripada lelaki itu.

Teragak-agak Nathan hendak mengangguk kepala.

"Ya. Be... Betullah tu. Ambillah." Balasnya. Sesaat kepala Nathan tunduk ke bawah, hujung jari menggosok hidung. Lain orang yang ditarget, lain pula yang terkena panahan.

"Yeay!" Mia bersorak gembira. Pertama kali dapat bunga daripada lelaki. Syok ooo!

Kemudian anak mata Nathan mengecil. Sekejap. Rasanya dia pernah jumpa wanita itu. Kepala cuba memproses memori. Aha! Dia sudah ingat. Tak silap, dia adalah...

"Awak bukan ke yang kerja dekat company Ocean Resort?" Nathan meneka.

Mia terlopong. Luas. Silap-silap lalat masuk pun tak sedar.

"OMG! Encik ingat saya lagi?" Soal Mia. Tak sangka memori tentangnya masih melekat di kepala lelaki itu. Ingatkan dah dipadam. Nampaknya dia masih ada peluang!

Nathan angguk kepala mengiyakannya. Sebelah tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Siapa aje yang lupa pada pekerja yang ramah seperti Mia?

"Yeah, awakkan bekerja dibawah syarikat ayah saya. Tentulah saya kena tau semua pekerja dekat situ, sebab saya bakal bos baru dekat sana."

"Seriously?!" Mia terkejut. Matanya membuntang.

"En... Encik anak Tan Sri Raqib ke?!" Soal Mia serupa tak percaya. Lantas Nathan mengangguk kepala.

Makin terkejut wanita itu melihat pengakuannya. Rasa macam nak pengsan. Dia baru rampas bunga daripada bakal encik bos sendiri? Drama cinta apakah ini?

Husna sudah geleng kepala. Rasanya mereka patut keluar makan tengahari sekarang. Bukannya adakan babak pertemuan cinta di hadapan lift. Dia harus hentikan sekarang.

"Sudah. Sudah. Apa kata kita pergi mana-mana restoran dan makan dulu? Waktu rehat pun bukannya lama mana." Potong Husna. Buat-buat melihat jam di pergelangan tangan. Kononnya mengejar masa.

Nathan mengangguk kepala. Ada betulnya juga kata Husna. Mereka tak patut berlengah disini.

"Boleh juga. Apa kata naik kereta saya? Cepat sikit kita sampai sama-sama." Cadang Nathan.

"Nak!" Laju sahaja Mia menjawab.

PAP!

Tak pasal-pasal tangan Husna mendarat ke lengan Mia. Kot iya pun coverlah sikit perangai tak malu tu!

Mia mengaduh sakit. Tajam jelingannya ke arah Husna sambil sebelah tangan menggosok lengan yang terasa pedih.

"Tak susahkan Encik Nathan ke?" Soal Husna, lembut sahaja suaranya. Ini barulah betul cara nak goda hati seseorang!

Nathan menggeleng.

"Tak. Marilah. Kereta saya parking depan tu sahaja." Ajaknya.

Husna mengangguk setuju. Lantas dia pun melangkah mengekor lelaki itu daripada belakang. Namun, dia tersedar sesuatu yang pelik. Kening berkerut. Sekejap kepala menoleh ke kiri dan ke kanan. Mana si Mia? Bukankah semalam dia yang bukan main hendak ikut?

MR PIRATEWhere stories live. Discover now