ENCIK JERK- 31

168 21 40
                                    

"Lately kan, you dah lama tak melukis... you okey ke, Arshad?" soal Juliana. Dia bukannya apa, dia cuma bimbang melihat keadaan lelaki itu sekarang.

"Saya okey."

"I tahu you bohong, Arshad. Ketara sangat yang you tengah tak okey, kebiasaannya you tak macam ini tau?" Juliana masih tidak berpuas hati mendengar jawapan dari lelaki itu. Mulut dan hati sangatlah berbeza. Kadang mulut kata A, hati pula kata B.

"Entahlah Julia, saya pun tak faham dengan diri saya sendiri..." Dia meraup wajahnya dan mengeluh kecil.

"Tapi i akan cuba fahami tak kira apa pun masalah yang you hadapi," tutur Juliana lembut.

"Thanks but no thanks, Julia. Kita tutup topik fasal ini okey? Actually saya okey aje cuma stress sikitlah... awak sendiri pun tahu kan saya pelukis komik, jadi deadline dia minggu ini. So dalam masa minggu ini jugalah banyak cabaran, dah siapkan beberapa pages tiba-tiba boleh pula editor kata ada setengah part tak masuk akal... dah jadi satu kerja kena perbaiki semula, kesudahannya saya jadi tertekan. Makan tak lalu, tidur pun tak cukup..." luah Arshad pada Juliana. Setelah mendengar cerita dari jejaka itu Juliana jadi kasihan.

"Kesian you, patutlah lately ni muka you nampak pucat dan tak bermaya aje... rupanya you kurang tidur dan tak lalu makan. Ha apa kata selepas kelas kita makan dekat rumah keluarga i? My mom ada masak lebih... sebab kakak i dari London balik Malaysia hari ini," laju Juliana memberikan cadangan pada Arshad. Sambil-sambil itu, inilah kesempatannya makan bersama dengan jejaka kesukaannya!

Arshad berfikir sejenak, memandangkan dia sudah mengenali keluarga gadis itu lagipun tiada masalah jika dia turut meraikan kepulangan kakak Juliana. Dan lama sedikit pun dia mengangguk.

Juliana mengigil teruja.

"Yes! i sayang you, Arshad!" Spontan itu yang keluar dari sepasang bibir merah jambu milik Juliana. Dia dengan perasaan gembira merangkul lengan jejaka itu dengan erat.

Seketika matanya terbuntang luas setelah menyedari apa yang dia baru sahaja katakan.

Opss!

Arshad mula ketawa perlahan. Dia dengan tersipu-sipu melepaskan rangkulan lalu berpura-pura membetulkan rambutnya.

Jasmin pun membuka langkah seribu. Si jejaka terus mengejarnya dari arah belakang. Sudah dibilang tiada apa yang perlu dibicarakan lagi. Yang dah berlalu, biarkan ia berlalu. Tak perlu dikenangkan lagi.

"Encik Ashraf, tolonglah jangan ganggu saya lagi!"

"Saya tak ganggu awak pun, saya cuma nak bercakap dengan awak aje. Tapi awak asyik-asyik mengelak dari saya..."

Jasmin menghentikan langkahnya, wajah jejaka itu ditatapnya bosan.

"Saya bukannya nak mengelak, tapi saya pun ada kerja yang perlu diuruskan. Saya ini makan gaji, Encik Ahsraf. Dan bukannya duduk goyang kaki macam Encik Ahsraf itu," sindirnya pada lelaki itu.

Encik Ashraf kemudian menarik nafas yang panjang sambil memandangnya lembut. Sikit pun ia tak ambil hati dengan apa yang gadis itu perkatakan padanya.

"Min, saya betul-betul nak bercakap dengan awak... tapi sini bukan tempat yang sesuai, apa kata kita bercakap dekat tempat lain?"

Tampaknya jejaka itu masih tidak kenal erti putus asa. Tidak lama kemudian Jasmin membuka mulut.

"Okey saya tak ada masalah nak ikut awak, tapi ada satu syarat..."

Mendengar jawapan daripada gadis itu membuatkan dahinya berkerut sehinggakan kedua-dua belah kening kiri dan kanannya hampir bertemu.

"Jadi apa syaratnya, Min?"

Encik Jerk Where stories live. Discover now