ENCIK JERK- 26

208 48 23
                                    

"Barang-barang ini semua nak dibuang ke tong sampah ke Raudhah?" soal Puan Zah kepada Puan Raudhah, jiran tetangganya yang sedang mengemas ruang tamu tersebut. Mata tertala pada karung sampah yang ditunjukkan olehnya. Puan Raudhah mengangguk kecil.

"Aah, lagipun saya memang tak pakai dah barang-barang itu semua..."

Dia berasa sangat bertuah kerana mempunyai jiran seperti Puan Zah. Wanita itu memang terkenal sebagai seorang yang peramah dan baik hati kerana sering menolong dan mengambil berat perihal jiran-jirannya.

Puan Raudhah muncul sambil membawa dulang yang berisi makanan iaitu sepinggan serawa durian  dan juga secawan air kosong. Maklumlah Kak Zah memang tak gemar minuman manis, jaga badan katanya.

"Kamu ni macam tahu-tahu aje Kak Zah mengidamkan serawa durian," bicaranya sambil tertawa kecil. Puan Raudhah senyum sendiri. Musim durian, ramai penjaja kecil menjaja pelbagai jenis buah-buahan di tepi jalan. Penjaja juga menawarkan 'harga runtuh' padanya.

Dia apa lagi, memang borong sakanlah.

"Jemputlah makan, Kak Zah. Tak tahulah sedap ke tidak," ujar Puan Raudhah lembut.

"Eh, apa pula tak sedapnya? Kamu ni suka rendah diri tau, Raudhah! Soal makan ni, Raudhah. Akak memang tak memilih... cuma tolak kayu dan batu aje," seloroh Kak Zah. Sembari mencicip sedikit serawa durian. Pemanis mulut yang dimasak oleh Raudhah memang sedap.

Spontan Puan Raudhah tertawa, geli hati.

"Nanti saya bekalkan serawa durian ini untuk akak ye?"

"Eh, tak payah susah-susah, Raudhah! simpan aje untuk cik abang kamu nanti." tolaknya.

Puan Raudhah menggeleng kecil.

"Suami saya tak ada dekat rumah hari ini, outstation ke luar negeri ada urusan penting katanya. Anak bujang saya pula duduk hostel. Erm... kesudahannya saya seorang ajelah yang makan,"jelas Puan Raudhah. Wanita berusia 50an itu terangguk-angguk tanda mengerti.

"Ha kalau macam itu, Terima kasih banyak ye, Raudhah."

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman lebar.

Tombol pintu dipulas, daun pintu bergerak perlahan-lahan. Sekian lama tidak menjenguk kamar kegemaran anak lelakinya, Arshad. Kelihatan semua peralatan melukis  tersusun begitu rapi sekali.

Biarpun sudah lama tidak memasuki kamar ini, hatinya lega kerana tetap bersih dijaga oleh Arshad sendiri. Jadi tak perlulah ia susah-susah hendak mengemas kamar itu lagi.

Jari-jemarinya perlahan menarik  kain langsir tebal  berwarna coklat cair yang menutupi pandangan. Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik.

"Ibu,"

Kedengaran satu suara kecil sedang menyapanya. Puan Raudhah yang sedang sibuk memasak lauk makan malam terhenti seketika.

Kepala ditoleh ke arah kanan, alangkah terperanjatnya dia ketika itu apabila si anak pulang bersama linangan air mata.  Resah menjamah hati.

Dah kenapa pula ini?

"Ibu..."

"Iya sayang, kenapa? Cuba beritahu ibu," tanya Puan Raudhah dengan nada suara yang lembut. Si kecil tak menjawab malah tangisannya makin pecah.

"Sh, Arshad sayang. Ibu ada ini..." pujuk Puan Raudhah sambil mengusap belakang badan anak tunggalnya itu. Dia mula membuka cerita pada ibunya bersela teresak-esak.

"Berani cikgu cakap macam itu dekat Arshad! Tak apa, tak apa. Esok ibu pergi tadika jumpa cikgu lepas itu ibu bapap cikgu itu okey?"

"Betul ibu akan babap cikgu?" tanya si anak lagi, mahu meminta kepastian. Tangisannya pula sudah beransur redha. Puan Raudhah hanya mengangguk kecil.

"Iya sayang, esok ibu babap cikgu itu okey? Dan sekarang ini ibu nak..."

Cup!

Dua kucupan hangat singgah lembut di kedua-dua belah kelopak matanya. Si kecil terkebil-kebil memandang wajah bening ibunya.

"Arshad, jangan simpan kata-kata itu semua dalam hati, okey? Tak apa kalau gagal sekali, esok Arshad cuba lagi. Jangan putus asa tau, sayang. Ibu akan sentiasa sokong anak ibu yang kacak ini," pujuknya lagi sambil mengusap-usap ubun-ubun si kecil dengan penuh kasih sayang.

Terus didakap erat tubuh si ibu.

"Terima kasih ibu, Arshad sayang ibu!"

Senyuman kecil menghiasi bibir, Puan Raudhah.

"Sama-sama, ibu pun sayang anak ibu juga!"

Sinar gembira mengerlip di matanya saat melihat bingkai kanvas yang melekat di setiap penjuru dinding tersebut. Karya hasil daripada Arshad sungguh mengagumkan.

Bak kata orang, to draw is to express unspoken feelings.

Tapi Puan Raudhah mula menyedari  sesuatu yang tidak kena di sekelilingnya itu. Ada beberapa kanvas dilitupi dengan kain putih. Tapi mengapa? Perasaan curiga mula menyelubungi fikirannya.

Wanita itu semakin penasaran ingin melihat disebalik canvas yang dilitupi dengan kain putih tersebut.

Bahunya ternaik sedikit dek tersentak, niatnya terbantut apabila mendengar bunyi loceng dari luar rumah.








Bersambung.....
Jangan lupa votement( Vote & Comment)
P/s: Hai, rindu saya tak? Bab kalini saja bagi awak2 semua suspen hehe. Okey!Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now