ENCIK JERK- 7

251 72 35
                                    

Jasmin tak melepas pandang ke arah pelekat nama yang melekat elok di bahagian kanan baju seragam polis jejaka itu.

Ehsal.

Tak disangka mereka bakal bertemu buat kali kedua. Pertemuan kali ini sedikit berbeza. Dan bertambah rasa malunya lagi bila gaya Jasmin kini serupa macam homeless!

Aku harap sangatlah dia tak cam muka aku ini.

"Cik, ini resit kompaun yang cik perlu jelaskan." Sehelai kertas disuakan ke arah gadis itu. Jasmin cepat-cepat menyambut. Seketika matanya membulat.

Jasmin dikenakan kompaun sebanyak Rm300 atas kesalahan tidak memakai topi keledar semasa menunggang.

Pokai, pokai.

"Lain kali make sure pakai topi keledar masa naik motor. Pakai tali pinggang masa bawa kereta. Dan yang paling penting sekali, jangan lupa bawa kad pengenalan dan lesen memandu ke mana-mana sahaja cik nak pergi. Itu semua pun atas kebaikan diri cik juga." Lelaki itu memberi nasihat panjang berjela kepada Jasmin.

Terkebil-kebil mata bulat itu memandangnya. Seriously. Dia punya membebel dah serupa ibu saudaranya di kampung, Kuala Kangsar Perak.

"Er, okey." Sebenarnya Jasmin dah tak senang duduk selepas mengetahui identiti sebenar lelaki itu. Rasa nak dipulas aje motornya ini.

"Saya dah boleh pergi ke, encik?"

"Nope."

"Tapi kenapa?" Jasmin mengerutkan dahi. Difikirkannya selepas selesai mendapat resit saman dia boleh beredar. Ternyata masih belum!

"Cik kawan kepada Umairah, right?"

Uhuks!

"T...ak, mana ada! Saya bukan kawan Umairah. Eh siapa itu? Tak kenallah pula!" Sejurus itu, dia melarikan pandangan.

Maafkan sahabatmu ini, Umai. Terpaksa menipu sunat.

"Jerk, ingat? Kau pernah panggil aku jerk masa dekat rumah puaka itu." Jangan harap gadis itu boleh pura-pura tak mengenalinya. Sedari tadi lagi dia sudah perasan tentang gadis itu. Cuma sengaja buat-buat tak tahu.

"Oh, hahah! Awak ke Encik Jerk? M...aaflah tak perasan pula." Wajahnya sengaja dimaniskan. 

"Berani kau tak perasan?"

"Yelah, encik bukannya orang penting pun untuk saya ingat." Selamba Jasmin menjawab.

Ehsal sedikit terkedu.

"Not now, but soon." Satu renungan yang sukar ditafsirkan. Jasmin menelan ludah. Scary betul.

"Inspektor Ehsal!" Satu suara mengetuk gegendang telinga, Ehsal menoleh ke arah kanan melihat rakan sekerjanya Encik Hanaf yang tercungap-cungap mencari nafas setelah penat berlari.

"Ada apa Hanaf?" soal jejaka itu senada. Ada berita tergempar ke?

"Ops, sorry. Tak sangka pula ada orang. Tak apa, nanti kita berbincang di depan sana ya?" Setelah sedar ada orang lain selain mereka berdua Encik Hanaf meminta maaf.

Jasmin hanya melemparkan senyum nipis.

"Alright, kau tunggu dekat depan dulu. Nanti aku datang." ujarnya mendatar. Encik Hanaf mengangguk kecil. Kemudian beredar dari situ.

Sekarang dia mula memberi fokus kepada gadis kecil molek itu.

"I need to go now. Kali ini aku biarkan kau terlepas. Next time, jangan harap. Itu pun kalau kau memang sengaja nak jumpa akulah." ujarnya bersama senyuman nakal. Lantas melangkah meninggalkan Jasmin yang sedang terkebil-kebil sendirian di situ.

Oxygen, dia perlukan oxygen!

Debar jantungnya memukul dada. Punyalah gementar berhadapan dengan lelaki jerk itu.

'Itu pun kalau kau memang sengaja nak jumpa akulah.'

Ew, please?

"Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Kalau dia tak sudi. Aku pun tak hingginlah!"

Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now