ENCIK JERK- 15

210 53 35
                                    


Semenjak peristiwa Jasmin ditampar oleh isteri Encik Jefril, rata-rata mereka yang lain mula menjauhkan diri serta memandang serong terhadapnya. Kononnya, mereka gusar bakal mendapat nasib yang sama jika berkawan rapat dengan Jasmin. Melampau betul!

Tetapi kontroversi seperti itu berlaku sebaik sebelum Puan Bella bertandang di pejabat buat kali kedua untuk menemui Jasmin.

Dia menyangka wanita itu mahu terus-menerus mencari salahnya. Ternyata bukan. Kedatangan Puan Bella sebenarnya mahu memohon maaf atas kesilapannya kerana terlalu bertindak terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Mengakui sebuah kesalahan dan meminta maaf bukanlah hal yang mudah untuk dilakukan. Lagi-lagi dengan orang yang memiliki ego yang sangat tinggi.

Agak terperanjatlah juga Jasmin pada ketika itu. Teringat kata-kata umi, dia pesan buang yang keruh ambil yang jernih. Enggan memanjangkan cerita, Jasmin menerima permohonan maaf itu dengan hati yang terbuka.

"You should say thanks to him," katanya.

Jasmin agak terpinga-pinga. Ucapkan terima kasih kepada siapa pula?

"Saya kurang mengertilah, puan. Siapa yang puan maksudkan ini?" tanya Jasmin.  Wanita itu tidak menjawab malah hanya melemparkan senyum. Memang nak suruh Jasmin jawab teki-teki itu sendiri ke?

Sudah genap dua minggu, khabar angin seperti itu juga sudah beransur redha. Kini kehidupan Jasmin ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.

"Min, tak turun rehat ke?" soal Kak Mariam sambil mengetuk meja gadis itu dengan hujung jari. Tersentak Jasmin apabila wanita lengkap berbusana kurung Kedah itu sedang berdiri tegak di hadapannya.

"Ha, dah rehat ke, kak?" tanya Jasmin dengan wajah terpinga-pinga.

"Min, min. Kamu ini bertuah betullah. Sekarang dah office hour. Yang lain semua dah turun bawah...tinggal kamu seorang aje dekat atas." ujar Kak Mariam sambil menggeleng-geleng kepala. Kalau dia tak naik atas ambil barang, mungkin sampai sekarang gadis itu asyik dengan dunianya sendiri.

Mata Jasmin meliar memandang sekeliling. Semua kerusi kosong.

"Dah, dah. Lekas turun bawah dengan akak. Kita makan sama-sama dekat kafe." ajaknya. Kak Mariam ini memang baik sungguh! Jasmin tidak menolak malah menerimanya dengan senang hati. Laju dia mencapai tas tangan dan membontoti langkah wanita itu.

Beberapa ketika semua mata tertumpu ke arah Jasmin. Sedari tadi gadis itu hanya diam dan termenung jauh.

"Er, kenapa semua pandang saya ini?" Jasmin kurang rasa selesa dirinya menjadi tumpuan.

"Kamu itulah, diam je hari ini. Ada masalah ke?" Naik risau pula Kak Mariam menengoknya. Gadis itu tampak sedikit lesu. Macam tak cukup tidur pun ada.

"Aah, makanan pun tak terusik. Kalau ada apa-apa kongsilah dengan kami, manalah tahu kami boleh bantu apa yang patut..." celah Kak Suhaila pula.

"Encik Harun," jeda Jasmin.

"Ha, kenapa dengan orang tua botak itu?"

Bukan sahaja Kak Suhaila yang tidak menyukai Encik Harun malah beberapa di antara mereka yang lain juga turut tidak menyukainya.

"Dari bulan lepas saya mohon cuti, adakah patut dia tolak macam itu aje!"

Ingatkan fasal apalah tadi, rupanya fasal permohonan cutinya ditolak oleh Encik Harun membuatkan gadis itu merasa kecewa.

"Orang lain elok je bercuti sana-sini, Bila sampai giliran saya, cuti nak balik kampung pun susah nak luluskan." Jasmin mengomel bersama wajah masam mencuka. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia hantar surat resign! Tapi, nanti susah pula nak mencari kerja kosong.

"Alahai, adik kesayangan Kak Yam seorang ini. Okey tak apa, serahkan pada Kak Yam ye? Nanti pandai-pandailah Kak Yam bercakap dengan Encik Harun itu..."

"Kau kena bercakap, Yam. Aku risau juga buatnya Jasmin kena burnout lagi sekali. Macam mana?" bicara Adriana pula. Tahun lepas, dia sendiri pernah melihat dengan matanya sendiri, Jasmin mengalami burnout yang sangat teruk sehinggakan kondisinya serupa zombie. Langsung tak ada motivasi nak buat apa-apa.

Kak Mariam hanya mengangguk kecil. Sudah semestinya dia akan tolong.

"Dalam seminggu waktu bekerja, elok pula Encik Harun luluskan permohonan cuti si ulat bulu itu...sampaikan dua hingga tiga hari! Tak adil sungguh!" Jasmin menjuih bibir, rasa sebal mengenangkan sikap Encik Harun yang suka berat sebelah itu.

Tambahan pula Dina jenis manja orangnya, memanglah Encik Harun miang keladi itu suka.

Huh, Meluat!

"Sabar okey, nanti Kak Yam tolong kau." ujar Adriana yang mengusap lembut bahu Jasmin. Keluhan kecil dilepaskan. Kemudian dia mengukir senyuman nipis.

Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz