ENCIK JERK- 22

190 51 109
                                    

"Ladies first,"

Spontan bibir mungil itu mengukir senyum saat Arshad menarikkan kerusi  untuknya. Untunglah siapa yang jadi isteri kau nanti, Arshad.

Jika yang tak mengenali mereka berdua pasti akan menganggap dia dan Arshad ialah pasangan yang ideal.

Pasangan yang ideal? No way!

Mana mungkin dia mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki yang telah dianggap seperti adiknya sendiri.

"Terima kasih," ucap Jasmin seraya melabuhkan punggung.

"Kasih diterima..."

Cis! Dasar bermulut manis. Jasmin menjuih bibir. Malas mahu melayan.

"Erm, Jasm..." Percakapannya terhenti taktala telefon pintar milik Jasmin berdering. Arshad mengerling ke arahnya.

"It's okay, angkatlah dulu," ujar Arshad. Setelah mendengar itu dia melemparkan senyum nipis. Jasmin meminta diri seketika, mungkin orang yang mereka nanti-nantikan sudah pun tiba.

"Assalamualaikum, awak dah sampai ke?" Dia melekapkan telefon ke corong telinganya.

"Waalaikumussalam, dah." balas si pemanggil dengan nada mendatar.

"Saya dah tunggu dekat depan pintu kedai ini,  awak dekat mana?" soal Jasmin sambil matanya membelingas ke kanan dan ke kiri mencari kelibat seseorang.

"Ada ini," jedanya.

Dahi Jasmin berkerut. Sebaik sahaja panggilan itu dimatikan. Kot ye pun nak tutup, kasi habiskan ayat itu dulu!

"Dekat belakang kau."

Kus semangat! Nasib telefon tak terpelanting. Kalau tidak, mahu pecah telefonnya itu. Persoalannya, macam mana mamat ini boleh tiba-tiba muncul di belakangnya?

"Ish, awak ini! Terperanjat saya dibuatnya.  Kalau saya pengsan macam mana?" bebel Jasmin sambil mengurut dada.

Mata melirik ke arah Ehsal dan memperhatikan  pakaian yang dipakainya pada hari ini, baju kasual berwarna putih. Menambahkan lagi aura maskulin dan dominan padanya.

"Tch, taktik lapuk. Sengaja pura-pura pengsan supaya lelaki handsome macam aku ini dukung kau kan?"

Jasmin tercengang.

"Buat pengetahuan awak, Encik Ehsal. Saya pun tak hingginlah nak awak dukung saya. Dan lagi satu, awak ini memang spesis 'masuk bakul angkat sendiri' ea?" Jasmin bersuara membela diri.

"Terpulanglah kau nak label aku macam mana sekali pun, tapi setahu aku... dulu kau pernah minat dekat aku kan? Hm, jangan-jangan sekarang pun masih minat lagi tak?"Ehsal jungkit kening bersela senyuman sinis dibibirnya.

Jasmin berdecit. Aduh, dia ini memang sengajakan mahu mengungkit kisah lama!

"Bak kata orang putih, what done is done.  Jadinya dulu lain, sekarang lain. Dan awak tak payah nak perasan sangatlah, berlambak lagi jejaka hot dekat luar sana tu!"

"Dah habis cakap ke belum? Kalau belum, aku boleh suruh pekerja restoran ini ambilkan meja dan kerusi letak dekat sini," sindirnya siap menayangkan wajah bosan. Kecik besar, kecik besar aje aku tengok kau ini! Getus hati Jasmin.

"Saya dah habis cakap, puas hati?"

"Hm, okey. Kalau dah, shall we go now?"

Jasmin terpaksa memaniskan wajah beserta anggukan kecil. Padahal sudah berbakul-bakul sumpah seranah diungkapkannya di dalam kepala.

Encik Jerk Where stories live. Discover now