ENCIK JERK - 2

364 80 45
                                    

"Malaysia airlines in-flight landing announcement."

Penumpang pesawat masing-masing mula mencelikkan mata taktala mendengar corong pembesar suara sedang berbicara.

"Tuan-tuan dan puan-puan, kita telah mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Bagi tujuan keselamatan, anda dikehendaki berada di tempat duduk sehingga isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan dan pesawat berhenti sepenuhnya. Berhati-hati ketika membuka ruang penyimpanan di atas. Pastikan semua barangan kepunyaan anda telah diambil. Anda dibenarkan memasang telefon bimbit selepas tanda isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan. Waktu tempatan 9:00 pagi, hari Isnin. 8 Mac dan suhu 28 darjah celcius. Kepada semua pelawat, kami ucapkan selamat datang ke Malaysia. Dan kepada warganegara , selamat pulang ke tanah air. Malaysia airlines in-flight landing announcement."

"Nanti sampai KLIA kau nak tumpang sekali tak?"

"Tak apalah tuan, saya balik dengan bini saya." ujar pemuda itu sambil menggeliat kecil. Nampak benar lelaki itu tidur dengan begitu nyenyak sekali. Berjam-jam lamanya berada di dalam pesawat sehingga tak sedar yang mereka telah tiba di Semenanjung.

Kalau dah dia kata macam itu, tak mengapalah.

Beg dompet berwarna hitam dikeluarkan dari poket seluar. Matanya memandang sekilas ke arah sekeping gambar Azham dan juga isterinya, Zulaikha.

"Macam mana dengan kandungan isteri kau, okey ke?" tanyanya sekadar ingin tahu.

Kelihatan senyuman lebar menghiasi bibir Azham. Memang senyuman bapak-bapak sangat.

"Alhamdulillah sihat, orang rumah saya cakap semenjak semester ke 6 ni anak saya banyak menendang. Entah-entah bila besar nanti nak jadi pemain bola sepak agaknya!"

Dia turut terhibur mendengar lawak selamba pemuda itu. Ada-ada aje. Jujur dia rasa senang dapat bekerjasama dengan Azham. Tak kering gusi dibuatnya.

Kesesakan di pintu masuk antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyebabkan gadis bertubuh kecil terpaksa berjengket-jengket mencari seseorang.

Ehsan,

Dia perlu cari Eshan.

Katanya lelaki itu akan sampai di lapangan terbang lebih kurang pada 10.00 pagi.

Dia lambat ini pun semua angkara kereta Myvi Umai tiba-tiba buat perangai. Dah satu kerja pula kena panggil abang pomen bawa kereta itu ke tempat mekanikal.

"Kau sure tak nak tengok gambar dia lagi sekali?" soal Umai seperti kurang yakin dengan Jasmin.

"Umai, aku ini Jasmin anak Rafizi tau? Walau cuma sekilas pandang je daya ingatan aku ini kuat tau!"

Umai mencebik bibir.

"Ye, ye je kau. Karang kalau kau silap...
Jangan kata nak burger Marrybrown, burger gummies pun tak dapat!"

Rasa kesal pula kerana terlalu yakin pagi tadi. Kalau tersilap orang macam mana? Aduh, Jasmin sudah mula resah bila memikirkannya.

Majoriti di hadapannya tinggi lampai kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Bibir diketap. Macam mana ya? Mungkin dia harus juga berusaha menyelit di antara celah-celah orang.

Alah, main redah jelah.

"Tumpang lalu." Ia berusaha meminta laluan daripada mereka. Asalkan dapat bawa pulang Ehsan ke pangkuan keluarganya.

"Seronok dapat bekerjasama dengan tuan. Banyak pengalaman yang boleh saya pelajari. Harapnya kita dua boleh bekerjasama lagi ya, tuan?" Azham kelihatan berpuas hati. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. Puji melambung betul Si Azham ini.

"Terima kasih lagi sekali, tuan!"

"Ya, Sama-sama. Baik-baik bawa kereta." Usai berjabat tangan, Azham terus beredar meninggalkan dia seorang diri di situ. Untunglah orang ada bini, pulang sahaja dari kerja dah ada orang sambut.

Kita yang masih 'single' ini? Mampu tersenyum ajelah.

Satu pesanan ringkas (sms) terpapar pada skrin telefon pintarnya. Dengan segera ditutup. Tiada apa yang penting. Hanya pesanan daripada telco Maxis.

Bibir mungil itu terkumat-kamit seperti sedang membaca sesuatu tanpa memerhatikan sekeliling.

Sekumpulan lelaki warga asing tergesa-gesa mendekati kaunter pertanyaan sehingga merempuh badan kecilnya. Dia hilang keseimbangan lalu dipejamkan mata dengan rapat. Seolah-olah dia sedang pasrah.

Sedang ralit menyimpan telefon pintar ke dalam poket seluar secara tidak sengaja badannya dilanggar oleh seseorang. Matanya membulat tika melihat seorang gadis bakal rebah di atas lantai.

Jasmin buka mata perlahan. Perkara pertama yang ia lihat kini susuk tubuh tegap sedang merangkulnya erat. Persoalannya, dari manakah ia muncul?

Sumpah, ia kaget.

Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt