ENCIK JERK- 24

214 54 82
                                    

Jasmin masih lagi menekur memandang lantai. Baru sahaja dia mahu melangkah, laluannya dihalang oleh si gerangan itu. Tolonglah, Jasmin benar-benar sudah kesuntukan masa.

"Wait, where do you want to go?" tanyanya. Mengapa gadis itu kelihatan begitu tergesa-gesa mahu beredar tanpa mengucapkan kata maaf terlebih dahulu?

"Awak dengar tak suara baby tengah melalak-lalak dekat ruang tamu sana itu?"

"Dengar, why?" Dia mengangguk perlahan.

"Disebabkan dia dah menangis, saya nak kena bagi dia minum susu. Jadi boleh tak awak jangan halang jalan saya?" pinta gadis itu tanpa secalit senyuman .

"Oh sure, dipersilakan."

Tanpa bertangguh Jasmin meninggalkannya sendirian di situ dan bergegas menuju di ruang tamu.

Kening lebat yang terletak elok itu sudah  terangkat sebelah. Bagai tak percaya, si jelita itu ternyata ada yang empunya. Hakikat yang pahit untuk ditelan. Tanpa ia sedar, kaki tetap melangkah mengekori setiap langkah si jelita.

Jasmin yang sedang menggendong si kecil,  tampak ia begitu berhati-hati menyuakan botol susu ke mulut mungil itu. Dan mujurlah si kecil tak banyak meragam, senang dia nak handle.

Mungkin si comel ini sering bertemu dengan orang asing dan lingkungan baru, jadi ia mudah beradaptasi diri dengan baik.

Sedari tadi jejaka itu hanya memperhatikan tindak-tanduk gadis yang telah menarik perhatiannya. Sifat keibuan gadis itu mula terserlah tika mendodoikan si kecil.

Gelojak di dada menciptakan sebuah rasa yang asing.

Jasmin menghalakan pandangan ke arah si gerangan yang sedang merenung tepat ke arah wajah Jasmin . Matanya tidak berkelip. Kurang selesa dibuatnya.

"By the way, bila saya pandang muka awak secara details. Rasa macam familar lah, kita pernah bertemu ke sebelum ini?" soal Jasmin sekadar mahu memulakan perbualan dengan jejaka itu.

"Nope, i tak pernah lagi tersempak dengan you dekat mana-mana. Maybe sebelum ini you pernah jumpa dengan kembar i kot."

Kembar?

Kemudian barulah Jasmin teringat tentang seseorang yang dikenalinya. Ehsal! Tak hairanlah jika peroman mereka kelihatan serupa. Rupanya-rupanya lelaki itu ialah kembarnya Ehsal.

"Lah, awak ini kembar Ehsal ye? Patutlah nampak macam familar aje!"

Kening spontan terjungkit sebelah bila mendengar gadis itu menyebut nama abang kembarnya, Ehsal.

"Yes, you rapat ke dengan dia?" soalnya ingin tahu.

"Eh tak adalah, tak rapat pun. Cuma kenal-kenal macam itu aje," balas Jasmin. Matanya dihalakan ke arah si kecil, tertutup sedikit matanya. Comel!

"Boleh dikatakan menarik jugalah perkenalan kami berdua, semuanya bermula 5 bulan lepas. Hari awak pulang Malaysia lepas tamat pengajian, adik sepupu awak, Umai. Dia ada minta tolong saya ambil awak dekat KLIA. Nak dipendekkan cerita, saya tertukar ambil Ehsal. Satu family awak marah gila dekat saya, nenek awak lagilah... bukan main mengamuk lagi dia. Hahaha, nak buat macam mana nama kau orang berdua hampir sama..." Cerita Jasmin dengan panjang lebar. Lucu kalau diingatkan semula.

Dia turut tertawa mendengar cerita daripada gadis itu. Kembar monozigot (seiras) jikalau tidak diteliti secara baik-baik, sedikit sukar hendak membezakan di antara mereka berdua

"Ada satu cara kalau nak bezakan kami berdua," jedanya.

"Ye ke, macam mana itu?" soal Jasmin, dia kelihatan teruja mahu mendengarnya.

"Kalau you perasan, Ehsal ada lesung pipit sebelah kiri dan i pula sebelah kanan... like this," Bibirnya mengukir senyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.

Jasmin sedikit terpegun melihat senyuman manis itu.

"I tak mahulah mengepit daun kunyit, tetapi i jauh lebih handsome daripada abang i..."

Cis, dasar menguningkan kunyit sendiri. Jasmin hanya mencebir bibir meluat. Setelah mendapati si kecil sudah lena, perlahan-lahan Jasmin membaringkan tubuh si kecil di dalam buaian.

"Itu anak you ke?" Pertanyaan jejaka itu secara tidak langsung membuatkan Jasmin tercengang seketika.

"Anak? Saya ada anak? Ini bukan anak sayalah, saya cuma tolong tengokkan aje. Saya still single lagi tau!" Laju Jasmin menggeleng kepala. Pasangan pun dia belum punya, tak akanlah dah ada anak pula!

Dia dah salah fahamlah itu.

"Ah, sorry..." Ehsan mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Untunglah siapa yang kahwin dengan you nanti, sudahlah cantik pandai jaga baby pula itu." pujinya menyanjung selangit.

Amboi, amboi. Puji semacam aje, ada makna ke ini?

"Terima kasih, nanti awak pun akan jumpa juga perempuan yang cantik dan  sukakan budak-budak." Jasmin hanya membalas dengan senyuman.

"I don't want someone like you, i want 'you'..."

Erk.

Spontan mati senyuman Jasmin sebaik sahaja mendengar kata-kata tersebut. Selain perbezaan lesung pipit, sifat dan tingkah-laku mereka berdua juga bagai langit dengan bumi. Si abang dingin macam salji kutub utara, si adik pula kasanova!

Runsing memikirkannya.

Hanaf tergopoh-gapah berlari mendapatkan susuk tubuh sasa yang lengkap beruniform biru hitam. langkahnya terhenti sebaik sahaja ia menyedari kehadiran inspektor percubaan, Hanaf. Pemuda itu kelihatan tercungap-cungap mencari nafas.

"Tuan!" sapanya sambil mengangkat tabik hormat kepada Inspektor Ehsal. Jejaka itu tidak terkecuali membalas tabik hormat tersebut.

"Ye, Hanaf. Ada perkara yang penting ke awak nak beritahu saya?"

"Er, tak adalah penting mana tuan. Tapi..." Percubaan Inspektor Hanaf membisikkan sesuatu ke telinganya. Tidak semena matanya terbuntang luas. Tidak hairanlah semasa ia melangkah masuk ke dalam balai polis, mereka melemparkan senyuman nakal padanya.

Gerak mata jatuh memandang sebuah beg kertas yang berada di atas meja.

Dia semakin penasaran ingin melihat kandungan yang berada di dalam beg kertas tersebut. Terdapat dua bekas plastik pakai buang dan juga sebotol jus buah.

"Tadi sebelum tuan sampai, ada seorang perempuan ini. Cantik! Datang cari tuan, kami semua hairan. Siapa dia ini? Setahu kami... tuan mana ada adik perempuan. Jadinya saya tanyalah dia, cik ada urusan penting ke dengan tuan? lepas itu dia cakap, tak ada urusan penting pun  saja nak hantarkan makanan ini untuk tuan, amboi tuan... diam-diam ubi ea?"

Selain itu, si pemberi turut memberikan sepucuk surat padanya. Kornea hitamnya liar menangkap isi surat tersebut.

'Selamat hari jadi yang ke-31 tahun, Encik Jerk.  Maaflah saya terlepas sehari. Saya harap, awak suka. Jangan tak makan pula, kecil hati saya karang... saya ada masakkan untuk awak, nasi lauk ayam masak merah, jus buah markisa dan 5 biji kek cawan. kalau dah sejuk, panaskan okey?

Happy birthday! I hope this day is as special as you are.'

Jasmin, Jasmin.

Gadis itu memang penuh dengan kejutan. Dia mengetap bibir tersenyum.




Bersambung.....
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!
P/s: Jasmin dah mula langkah pertama ke ni🤭

Encik Jerk Where stories live. Discover now