ENCIK JERK - 1

951 107 66
                                    

Seharian suntuk menghabiskan masa menyiapkan tugasan di dalam kamar. Beberapa helai kertas yang terkenal di tangannya di tatap lama.

Encik Harun memang tak berhati perut. Adakah patut memberinya tugasan bertimbun di atas meja?

"Tolong ya siapkan semua ini, maklumlah awakkan belum berumahtangga lagi. Jadi mesti ada masa terluang."

Senang ajekan? Geramnya aku!

Walaupun Jasmin belum ada sebarang komitmen dia juga mahu berehat dan bercuti seperti orang lain.

Kian hari kian pekat lingkaran hitam di bawah mata. Bagaimana tak muncul kalau dirinya tak cukup tidur. Jasmin menghela nafas panjang. Letih, letih disekelilingi orang-orang yang pentingkan diri sendiri sahaja.

"Jasmin!"Tanpa memberi salam gadis itu selamba sahaja menerjah masuk ke dalam kamarnya.

"Jasmin, Jasmin!"

"Hm, apa?" sahut Jasmin malas.

"Esok kau free tak?" soal Umai.

"Rasanya free kot, kenapa?" tanyanya. Jarang-jarang Umai ambil tahu dia ada masa terluang atau tidak. Kerjanya yang tergendala disambung semula.

"Okey, masih ingat lagi tak fasal abang sepupu aku yang sambung belajar di oversea itu? Nak dijadikan cerita, esok dia balik Malaysia. Dan kami semua memang tak sangka dia graduate awal, jadinya memang tak prepare apa-apa langsung. Memandangkan kau free, aku nak minta tolong kau ambil dia dekat KLIA boleh tak?" jelas Umai dengan panjang lebar.

Lama Jasmin terdiam. Pertama dia sedang Mengantuk, kedua pula dia masih mempertimbangkan kalau-kalau dia boleh membantu rakannya, Umai.

"Fasal upah jangan risau, nanti aku belanja kau makan Marrybrown." Gadis itu seperti tahu-tahu sahaja apa yang terlintas di benaknya. Barulah kelihatan senyuman di bibir Jasmin.

"Serius?"

"Amboi, bab makan laju je kau ya?" Mereka berdua tertawa besar Kalau sebut sahaja tentang makanan Jasminlah orang pertama yang paling teruja.

"By the way nama abang sepupu aku itu Ehsan tau." Umai beritahu siap-siap pada Jasmin. Bukannya apa, jika tak diberitahu karang susah Jasmin nak mencari pemuda itu pula.

Jasmin angguk kepala tanda faham.

"Semenjak dua menjak ini aku tengok kau sibuk benar sampaikan tak cukup tidur, makin risaulah aku dekat kau ni, Jasmin..." Kesibukan gadis itu membimbangkan Umai. Mana taknya, sibuk sangat sampai diri sendiri pun tak terurus.

Mata mengerling ke arah jam dinding. Terkebil-kebil melihat angka jam menunjukkan pukul 2 pagi dan sehingga kini Jasmin masih lagi belum tidur. Tertekan menjadi punca dia tak dapat melelapkan mata.

"Memang, tapi nak buat macam mana... dah nama pun kerja, nak tak nak hadap ajelah. Kalau kau dah mengantuk, tidurlah dulu."

"Hm, kerja-kerja juga tapi kesihatan pun kena jaga sama. Okeylah, selamat malam!" Sebelum beredar sempat lagi gadis itu menitipkan pesan kepada Jasmin. Alahai sayang juga Umai padanya.

Kertas kerja disimpan ke dalam fail. Rasanya cukuplah sampai sini sahaja ia menahan mata menyelesaikan tugasan itu. Sekarang gilirannya pula untuk merehatkan badan.

Sebelum bangkit Jasmin membuka laci meja lalu mencapai sebuah bingkai gambar segi empat sama. Segaris senyuman terukir di bibir.

"Selamat malam," Bingkai gambar tersebut diusap lembut.

"Abah." Air mata mula tumpah dari tasik bundar.


Bersambung...
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now