ENCIK JERK- 27

219 43 95
                                    

Usai mencuci dan memotong sayur lobak putih, ia masukkan ke dalam wadah kemudian disimpan ke dalam peti sejuk.

"Aik, ibu belum tidur lagi?" tegur Dahlia dari arah belakang.

"Belum lagi, ibu baru selesai potong sayur lobak putih ni ha... cadang nak masak sup esok, ini semua Facebook punya fasal... duk
belek-belek telefon tiba-tiba keluar video orang daripada China mukbang sup panas-panas," balas Puan Zarina.

Dahlia tersenyum nipis. Pantang nampak resepi baru. Ada aje nak dicubanya.

"Lia," Namun, di wajah Puan Zarina bergayut setompok kebimbangan. Entah fasal apa yang dirisaukan oleh ibunya itu.

"Ya, ibu... ada apa?"

"Kakak kamu ada call tak hari ini?" tanya Puan Zarina. Anak gadisnya menggeleng kecil.

"Tak adalah pula, last dia call pun semalam aje. Mungkin busy kut," ujar Dahlia. Dia kemudiannya menuangkan air dingin ke dalam cawan plastik. Air dingin diteguknya perlahan. Alhamdulillah, lega.

"Ibu bukannya apa, tiba-tiba teringatkan kakak kamu pula..." Puan Zarina mengeluh panjang.

"Insya-Allah, Dahlia yakin akak baik-baik je dekat sana. Ibu jangan risau ye? Nanti selepas mandi Dahlia cuba call akak," ujar Dahlia. Dia menghampiri ibunya sambil mengusap lembut kekura tangan Puan Zarina.

Puan Zarina yang dalam pusang hati hanya tersenyum tawar. Harapnya begitulah.

'Ya Allah, lindungilah dimana pun anak-anakku berada.'

Dia menoleh memandang ke arah Umai yang seperti cacing kepanasan. Tanda-tanda nak pergi tandaslah itu.

"Ha, Umai... kau dah kenapa?" soal Jasmin.

"Erm, tiba-tiba rasa rasa nak terkucillah pula, aku pergi toilet sekejap tau. Kau pergilah simpan barang-barang ini semua di dalam kereta dulu..."

Kan dah kata.

"Ha pergilah... nanti aku tunggu dalam kereta," ujar Jasmin sambil menunjukkan jari 'okey'.

"Okey, thanks weh!"

Walaupun duduk sembumbung tapi jarang-jarang sekali mereka berpeluang keluar berdua. Memandangkan barang dapur telah habis, mereka putuskan untuk membeli barang dapur basah dan barang dapur kering bersama-sama di pasaraya.

"Hai, cik adik. Seorang aje ke?"

Cis, kura-kura dalam perahu! Dah tahu, tanya lagi. Jasmin mengambil keputusan untuk mengabaikan sahaja.

"Amboi sombongnya, janganlah sombong sangat..."

Jasmin kematian langkah taktala sekumpulan lelaki bertubuh gempal mula berani mendekatinya. Dia mula cuak.

Tangan kanan menyeluk saku dan mencapai sebotol penyembur lada sebagai tanda berjaga-jaga.

Jangan dibuat main, penyembur lada sentiasa dibawa kemana-mana sahaja ia berada untuk dijadikan senjata.

Dia mengamati satu persatu mereka yang kini berada di hadapannya. Kesemua mereka didapati bermata kuyu dan berbau busuk yang menyengat. Mabuk agaknya.

"Awak semua nak apa, ha?" Takut-takut Jasmin menyoal kepada mereka.

"Kami tak mahu apa-apa pun, saja nak temankan cik adik. Sayanglah cik adik tak ada peneman. Mesti sunyi, kan?" ujarnya bersama senyuman nakal, memperlihatkan giginya yang kuning pekat.

"Cis, saya lebih selesalah jalan seorang-seorang. Yang tak selesanya bila ada langau-langau menghadang jalan saya!" sindir Jasmin pedas. Tak kuasalah nak layan.

Encik Jerk Where stories live. Discover now