ENCIK JERK- 12

247 57 46
                                    


Selesai juga dia membasuh sehelai pakaian milik Ehsal dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri. Mujurlah tiada ramai orang kalau tak, jenuh nak menunggu. Kereta Viva kepunyaan Jasmin masih belum berganjak dari parking kereta. Badannya disandarkan pada kerusi. Senyuman pula tak lekang menghiasi bibir mungilnya.

"Nanti saya pulangkan jaket awak ini," ujar Jasmin. Jaket tersarung di badannya di hidu sekejap. Bau lelaki itu, wangi semerbak betul. Rasa nak bersin pun ada.

"Macam mana kau nak pulangkan? sedangkan nombor telefon aku pun kau tak ada."

Jasmin terdiam sejenak. Ye tak ye juga kan?Umai sudah tentu tak simpan nombor telefon lelaki itu. Yelah mereka bukannya rapat mana.

"Ha kalau macam itu, apa kata awak bagi nombor telefon awak." cadangnya.

"Taktik ke ini?" Selorohnya sambil mengangkat kening ala-ala penyanyi tanah air, Ziana Zain.

Jasmin tercengang. Taktik apa pula mamat ini?

"Taktik apa? Awak jangan nak fikir bukan-bukan ya, sikit pun tak hingginlah nak mengorat awak. Banyak lagi lelaki kacak dalam dunia ini, antara contohnya Akshay Kumar!" Jasmin mempertahankan diri. Lelaki itu bukan setakat jerk, malah suka syok sendiri!

Meletus ketawa kecil lelaki itu. Marah pun comel. Ketawa pula dia, bagi siku kang!

"Aku belum kata apa-apa lagi, kau yang suka fikir bukan-bukan. Baguslah kalau tak hinggin. Kau bukannya cantik sangat pun." Selamba jejaka itu memulangkan paku buah keras kepadanya. Jasmin tercengang mendengarnya.

"Diamlah, baik bagi nombor awak cepat!"

Wajah gadis masam mencuka itu ditatap lama. Dia kata orang boleh, orang kata dia tak boleh. Perempuan.

"Calm down, jangan marah-marah. Nanti cepat tua..." Katanya sambil menghulurkan sekeping kad  yang tertera nama dan nombor telefonnya di situ. Jasmin menyambut huluran kad itu dengan kasar.

"Lambat lagi ke makanan kita nak siap?" soal Jasmin. Sudahlah lapar lepas itu perlu kena hadap lelaki menjengkelkan itu pula. Makin bertambah sakit hati dibuatnya.

"Sabar okey? Tak lari ke mana pun makanan kau itu."

"Sejak bila pula makanan ada kaki?" tanya Jasmin naif.

"Sejak tadi." jawab Ehsal bersama senyuman nakal. Cis! Main-mainkan kita pula.

Dia cuba menepis-nepis ingatannya terhadap Ehsal tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat begitu. Pipi ditampar berkali-kali untuk menyedarkan dirinya agar tidak sekali-kali melupakan tentang janjinya dengan seseorang.

Bak kata orang, lembu berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janji.

Sedang dia memarahi diri sendiri tiba-tiba telefon bimbit berjenama Oppo miliknya menjerit minta diangkat. Jelas tertera nama si pemanggil iaitu 'Arshad' tanpa teragak-agak terus dia menjawab panggilan tersebut.

"Jas...min..." Suara serak basah itu kedengaran seperti lemah tidak berdaya di corong telefon. Jasmin mula bimbang. Apakah Arshad baik-baik sahaja di sana?

"Kau kenapa ini? Demam ke, Arshad?"

"Hm, ya. Boleh tak Jasmin datang sini? I really need you." pinta pemuda itu. Benar-benar berharap agar gadis itu sudi menjenguknya di rumah.

"Okey, okey. Kau tunggu aku datang, sebelum nak datang biar aku masak bubur kegemaran kau okey?"

Perlahan-lahan Puan Raudhah membuka daun pintu. Secara tiba-tiba,dia dikejutkan dengan kedatangan seseorang. Seseorang yang kian lama tak menjejakkan kaki ke sini selepas peristiwa yang lepas.

Jasmin.

Tubuh kecil itu dipeluk erat. Penyinar hidup umi dah pulang. Rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatinya. Belakang umi diusap lembut. Dia turut merindui wanita itu.

"Umi apa khabar?"

Puan Raudhah tak membalas malah mengucup pipi dan dahi Jasmin bertalu-talu. Melepaskan rasa rindunya pada gadis itu.

"Anak umi dah makin kurus,"

Jasmin rasa sebak. Biarpun wanita itu ibu tiri. Wanita itu tetap ikhlas menyayanginya seperti anak sendiri.

"Mana ada, anak umi tak pernah skip makan. Cuma yelah banyak kerja kadang makan pun lewat. Tapi umi jangan risau okey?" Jasmin cuba mengurangkan rasa bimbang wanita itu.

"Macam mana tak risau, kamu dahlah duduk jauh dari umi, jenguk umi pun tak nak!" Puan Raudhah seakan berjauh hati dengan dia.

Dia dah buat umi sedih.

"Bukan tak nak jenguk, tapi abah tak suka tengok muka anak umi yang cantik ini datang sini." ujar Jasmin lirih. Kalau tak kerana abahnya sudah lama ia menjenguk umi. Setiap hari pun dia sanggup tau! Nak, nak pula air tangan Puan Raudhah tak pernah mengecewakan.

"Jangan hiraukan abah kamu itu, dia terlalu ikutkan hati berbandingkan akal." Puan Raudhah cukup masak dengan sikap suaminya itu. Seorang yang egois dan keras kepala!

"Jasmin nak jumpa abah ke? Kalau nak jumpa abah, abah kamu tak ada dalam dua, tiga hari ini. Pergi outstation dengan Pakcik Hadi."

"Oh ye ke, tak adalah Jasmin datang nak jenguk Arshad, merengek-rengek katanya demam. Itu yang jasmin datang sini." jelas Jasmin memberitahu kedatangannya ke sini. Dahi Puan Raudhah berkerut. Bingung. Arshad demam? Aik, tadi bukan main elok aje bersenam dekat luar.

"Arshad ada dekat atas kan, umi?"

"Ada, kamu pergilah naik dulu." Puan Raudhah mengangguk perlahan.

"Okey, umi." Jasmin mengangguk kecil kemudian melemparkan senyum lebar ke arahnya.

Bertuah punya Arshad! Memang nak kena, Siaplah Arshad nanti, memang Puan Raudhah piat-piat telinga dia sampai jadi capang!

Bersambung...
Happy readings ❤️
Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now