ENCIK JERK- 13

212 57 58
                                    

Seorang jejaka bersandar di katil, segera membuka televisyen yang selama ini cuma hiasan. Nasib tak berhabuk saja. Itu pun sebab umi selalu mengemas kamar. Kornea mata memandang ke arah luar jendela.

Sunyi, rasa sunyi menjamah hati. Bibir diketap kuat. Dia tak sukakan perasaan ini.

Ketika mendengar seseorang memulas tombol pintu dari luar menikam lamun panjang, membawa dia kembali ke dunia realiti.

Dilihatnya seorang gadis menatang dulang berisikan semangkuk bubur, secawan air kosong dan bersama beg plastik kecil ditangannya. Pantas jejaka itu pura-pura memejamkan mata. Dalam diam senyuman mula terlakar dibibir.

Sayang juga kau dekat aku, kan my cinta hati?

Jejak sahaja kaki ke kamar Arshad kesejukan menerpa ke tulang hitamnya. Macam manalah demam nak kebah kalau pasang penghawa dingin serupa duduk dekat negara Antartika!

Dulang diletakkan di atas meja berdekatan lalu suiz penghawa dingin ditutup. Hanya dibiarkan kipas sahaja terpasang.

"Arshad," Panggilan Jasmin terbantut taktala matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil. Dilihatnya bibir Arshad mengeletar kesejukan.

"Arshad, bangun..." Pipinya ditepuk lembut. Dahi Arshad disentuh. Suam-suam kuku.

Kemungkinan jejaka itu sudah pun memakan ubat. Syukurlah kalau demamnya beransur pulih.

"Hm," rengek Arshad.

"Aku bawakan bubur kegemaran kau, tak nak rasa sikit ke?" Sebut sahaja tentang bubur terus segar-bugar mata Arshad. Eh, eh. Bukan main laju lagi.

"Mana bubur?" tanya Arshad seperti tidak sabar.

"Ada ini, kau nak makan sendiri or nak aku suapkan?"

Arshad menyimpul senyum. Bukan selalu dapat peluang macam ini.

"Hm, kalau boleh nak cinta hati suapkan, sebab Arshad rasa letihlah. Sampaikan nak pegang sudu pun tak larat. Bolehkan?" ujar dia manja, matanya sengaja dikerdip-kerdipkan.

"Gelilah, Arshad." Loya tekak Jasmin dibuatnya. Walaupun begitu Jasmin tetap turuti kemahuan adik tirinya itu. Yelah, sayang adiklah katakan.

Jasmin dari tadi asyik menggeleng kepala saat terus-terusan dipuji oleh Arshad yang makan dengan begitu selera sekali. Melihatkan mangkuk itu sudah kosong lalu diletakkan ke atas dulang.

"Iye, Arshad sama-sama. Lain kali aku masakan lagi untuk kau okey?" Jasmin turut senang jika orang menghargai makanan yang dimasak olehnya. Setelah mendengar itu bukan main happy lagi si dia.

"Dengar cerita dekat kolej ada ramai perempuan  berkenan dekat kau, betul ke?"

Bagaimana pula cerita ini boleh sampai ke pengetahuan gadis itu?  Tak lain tak bukan, ini mesti Naufal punya kerja.

"Hm memang ada, tapi semua anggap macam kawan je." jawab dia malas. Lagipun apa nak hairan, cukuplah Jasmin sahaja. Dia tak mahu yang lain.

"Kalau ada pun, okey apa. Kau bukannya ada ramai kawan sangat." ujar Jasmin bersahaja.

Tiada secebis rasa cemburukah? Arshad sedikit mengharapkan agar gadis itu merasa iri. Namun, sangkaannya meleset sama sekali.

"My cinta hati pun dah cukup jadi kawan Arshad."

Erk. Jasmin kurang selesa dengan renungan mata itu.

"Jangan nak mengarut!" Tangan Jasmin laju menjentik dahi Arshad membuatkan pemuda itu mengaduh kesakitan. Dia punya jentikan berbisa betul!

Tapi dia tak main-main, Arshad benar-benar maksudkan itu.





Bersambung...
Arshad ingat sikit, Jasmin itu kakak tiri kau tahu😭 Jangan lupa votement( Vote & Comment) Stay tuned untuk bab yang seterusnya!

Encik Jerk Where stories live. Discover now