Melihat wajah Husna sahaja sudah buatkan bulu romanya menegak. Namun dia cuba untuk kekal tenang.

"Kau kata dah perbetulkan semuanya tapi kenapa aku masih nampak banyak kesalahan dekat proposal ni? Kau pandai bina ayat ke tak pandai? Ini nak bagi Dato' bandar yang baca bukan nenek kaulah gila!" Terus semua helaian kertas itu dikoyakkan dari fail lalu dikeroyok hingga menjadi bentuk bola sebelum dibaling tepat mengena pada dahi wanita itu. Penuh amarah.

"Aduh!" Dia mengaduh sakit. Sebelah tangan naik menyentuh dahi yang menjadi sasaran tadi.

"Lain kali kalau kau benak sangat dengan bahasa inggeris tanyalah staff yang lain! Bukan main hentam macam ini! Apa? Ingat hotel bapak kau punya? Suka-suka hati nak hantar propasal sampah tu huh?!"

"Maaf, Cik Husna... saya tak sedar ada kesilapan ayat dalam proposal tu." Rayunya. Kepala menunduk menikus ke bawah.

"Tak sedar? Hei, aku yang baru tengok sekilas pun boleh nampaklah! Aku tak kira, aku nak kau buat balik proposal tu dari mula sampai akhir. Selagi tak siap dalam masa satu hari ni, engkau jangan balik. Faham?!" Bentak Husna.

Wajah Mei terus terangkat memandang Husna. Terkejut.

"Ta... tapi, Cik Husna... saya kena jaga mak saya dekat rumah. Dia stroke. Kalau saya tak balik nanti..."

"Kau ingat aku peduli ke mak kau sakit apa? Yang penting sekarang ni proposal tu!"

"Tapi..."

"Pergi siapkan sekarang. Aku tak nak dengar alasan. Kutip balik sampah tu dan keluar!!!" Jerkahnya sambil menunding jari ke arah pintu keluar yang berada di sebelah kanan sana.

Mei terdiam. Kematian kata. Tiada sebarang alasan yang dia boleh beri kepada wanita itu untuk meminta simpati. Dia tahu, Husna bukan seorang yang suka mendengar kata-kata pekerja bawahan sepertinya. Tidak mahu tidak, dia terpaksa menurut. Perlahan-lahan Mei tunduk mengutip propasal yang dibaling tadi sebelum dibawa bersama keluar daripada bilik itu.

Sebaik sahaja pintu ditutup, terus staff yang berada berdekatan ruang itu berlari mendapatkan Mei. Jelas muka masing-masing tertanya-tanya apa yang terjadi. Suara jerkahan wanita itu dengar sampai ke luar bilik. Pasti hal yang besar sehingga wanita muda itu mengamuk.

"Kenapa Mei? Apa lagi Cik Singa tu tak puas hati?" Soal Denny.

"Haah, sampai ke luar dengar. Tak fokus kitaorang nak buat kerja." Celah Maria.

Kemudian mereka diam, memasang telinga mendengar penjelasan.

"Dia suruh betulkan kesalahan perkataan English dalam proposal. Salah sikit aje pun, itupun nak mengamuk bagai nak gila. Macamlah dia tu pandai sangat dan tak pernah buat silap." Adu Mei. Geram pula apabila difikirkan balik.

"Dia tu memang macam itu, minggu lepas aku pun dah kena marah. Hal kecil nak diperbesarkan. Macam dia aje yang betul dalam dunia ni!" Luah Nurul pula.

Denny mengangguk tanda sokong. "Betul tu! Jangan kata silap buat kerja, silap buat air pun dia mengamuk sampai baling cawan. Kita ni kerja uruskan hotel, bukannya uruskan makan minum dia!"

"Kan? Patutlah dia tu single sampai sekarang. Mana-mana lelaki yang kenal perangai sebenar dia pasti tak tahan dengan mulut singa dia tu! Asyik nak cari salah aje. Dato' Idris pun tak cerewet macam dia." Sindir Mei.

"Perangai macam Cik Husna tu takkan boleh berubah kalau tak diberi pengajaran. Elok dicampak ke laut aje, biar dia hidup seorang diri! Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah." Balas Maria.

Baru sahaja Mei hendak membuka mulut ingin mengutuk, tiba-tiba pintu bilik bertanda nama Husna itu ditarik. Kelam-kabut mereka berlari ke meja kerja masing-masing apabila menyedari Husna keluar dari bilik itu. Buat-buat seperti sibuk melakukan kerja. Asalkan tidak bertembung mata dengannya.

Husna berdiri dihadapan pintu sambil anak mata melingas garang ke arah setiap wajah-wajah yang berada disitu.

Apa?

Ingat dia pekakkah?

Satu demi satu suara telah didengar dengan jelas. Kutukan, sindiran dan luahan semuanya dah melekat di kepala.

"Korang kalau nak kerja dekat sini, buat cara nak kerja. Jangan sampai satu demi satu aku bagi surat berhenti kalau dah banyak sangat alasan nak bagi!" Bentak Husna.

Mereka diam. Tidak membalas apa-apa.

"Ingat sikit. Korang tu pekerja bawahan aje! Bila-bila masa aku boleh ambil tindakan. Kalau tak nak rasa hidup merempat cari duit, jadi buat kerja betul-betul. Bukannya merungut macam orang bodoh! Faham?!" Jerkahnya. Kuat sehingga bergema ke seluruh tingkat 50 itu.

Anak mata menjuling ke atas penuh menyampah. Malas dia hendak melihat wajah pekerja-pekerja itu. Buat tambah sakit hati sahaja. Lantas, Husna terus berlalu ke pintu lift. Turun ke tingkat bawah.

Hilang sahaja kelibatnya, mereka kembali mengutuk.

"Ceh, kalau kita berhenti kerja. Dia pun akan melingkup dekat tepi jalan! Perasan bagus!" Sinis Nurul.

"Itulah. Aku bertahan dekat sini pun sebab Dato' Idris. Bukan sebab dia. Kalau ikutkan hati, memang nak berhenti pun. Tak kebulur nak makan duit gaji dekat sini." Sampuk Mei.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now