Mendengar gelaran Mak itu membuatkan Husna hendak tergelak. Bibir tersenyum sinis. Pandangan beralih ke arah Datin Khadijah yang masih tercegat disitu. Tetap dengan muka konon sedih.

"She doesn't deserve to be my mom." Sindir Husna, tepat matanya menikam tajam ke arah orang tua itu. Seolah-olah sudah memaku ayat itu pada dahinya dalam-dalam. Biar sedar bahawa gelaran Mak takkan sesekali melekat pada Datin Khadijah. Sampai bila-bila!

Dan tanpa berkata apa lagi, terus Husna membawa langkah pergi tanpa menoleh sedikit pun memandang Dato' Idris. Hatinya masih lagi terasa terbakar. Malahan panggilan Dato' Idris yang menyuruhnya untuk kembali langsung diabaikan.

"Husna!" Dato' Idris ingin mengejar, namun Mak Tijah terlebih dahulu menarik lengan orang tua itu. Menghalang.

"Cukuplah, Dato. Jangan tambah masalah lagi. Dia perlu kerja. Nanti terbawa-bawa pula terkanan sampai ke sana."

"Habis? Nak biarkan aje dia terus kurang ajar macam tu? Silap hari bulan, kepala saya pula yang dipijak!"

"Sabar, Dato'. Kejap lagi dia sedarlah apa yang dia buat tu. Mungkin dia tak sedar apa yang keluar dari mulutnya tadi. Biasalah, manusia mana yang tak terlepas daripada kata-katakan?" Kata Mak Tijah. Risau.

"Betul tu, bang. Saya tak terasa pun kalau dia tak minta maaf. Orang muda memang macam itu. Cepat emosi." Sampuk Datin Khadijah. Turut memujuk. Bibir mengukir senyuman nipis. Dia melangkah menghampiri suaminya. Lengan Dato' Idris diurut-urut agar kembali tenang.

"Marilah makan dulu. Lupakan pasal Husna. Abang tu pun bukannya boleh stress sangat. Nanti naik pula darah tinggi." Ujar Datin Khadijah.

Dato' Idris mengeluh perlahan. Dan ketika amarahnya terasa makin berkurangan, barulah lepala diangguk tanda setuju untuk melupakan tentang hal tadi. Kalau darah tingginya naik, lagilah bertambah teruk keadaan sekarang.












                      SEBELAH tangan menari-nari diatas papan kekunci, manakala sebelah lagi sedang memicit kepala. Muka berkerut. Mata fokus melihat ke skrin monitor besar itu. Sibuk melakukan kerja. Fail ini harus dihantar pada Dato bandar petang nanti. Jadi dia harus lebih teliti.

TOK! TOK! TOK!

Pintu bilik diketuk oleh seseorang. Sepatah arahan dikeluarkan. Langsung pintu itu ditolak dari luar. Seorang pekerja wanita muncul bersama fail kerja ditangan sebelum diletakkan di atas mejanya.

"Ini proposal hotel yang Cik Husna minta saya betulkan semalam."

"Hmm..." sedikit sahaja responnya. Langsung tidak memandang wajah staff itu. Tiada mood.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Pamitnya sebelum melangkah ke arah pintu.

Fail yang berada dihujung meja itu ditarik Husna. Ingin periksa. Memastikan semuanya telah diperbetulkan dengan sempurna. Proposal inipun harus dibawa bersama nanti.

Fail dibuka. Baru helaian pertama dibaca, dahinya sudah berlapis. Pen merah yang berada di sebelah kanan laju dicapai. Dibulatkan mana-mana penggunaan perkataan English yang salah dan beberapa ejaan yang tidak betul.

Bukan satu, dua atau tiga...

tetapi lebih!

Otaknya makin kusut. Apa yang dah diperbetulkan kalau begini hasil kerjanya?

"Mei, jangan keluar lagi." Dingin suara Husna memberi arahan.

Semerta mematikan tindakan pekerja wanita digelar Mei itu, yang hampir menyentuh tombol pintu. Tangan ditarik menjauh. Dia menurut arahan, lalu kembali ke arah meja bosnya. Berdiri ditengah-tengah karpet bulu berwarna hitam itu dengan perasaan gemuruh.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now