"Tuan rumah ni tak ada buat-buat apa-apa kepada Mak Timah?"

"Ish, kalau mereka ada buat benda tak elok, tak adalah Mak Timah bertahan kerja dekat sini. Kamu jangan risaulah. Mak Timah baik-baik sahaja." Bohong Mak Timah. Sekadar tidak mahu lelaki itu risau tentangnya. Dia pandai jaga diri sendiri.

Tatkala melihat kereta Mercedes yang dipandu Husna masuk ke halaman rumah. Langsung Mak Timah tunduk mengutip penyiram air yang jatuh tadi.

Selesai parkir dengan cantik, Husna keluar daripada perut kereta. Kemudian dia memusing memandang Mak Timah dengan pandangan penuh sinis.

"Waktu kerja pun boleh berbual sakan ya? Tak sangka dah tua-tua pun menggatal lagi. Kalau nak bercinta, jangan dekat halaman rumah bapak aku. Nanti apa pula orang cakap, kan?" Ejek Husna.

Mendengar sindiran dari bibir wanita itu, buatkan hati Raf tercabar. Amarahnya terasa menaik. Hendak sahaja dia membalas semula kata-kata wanita itu dengan makian, namun Mak Timah terlebih dahulu menghalang. Lengan Raf dipegang daripada memusing memandang Husna. Dia tidak mahu timbulkan masalah di rumah Dato' Idris.

"Maaf, Cik Husna. Mak Timah takkan buat lagi." Rayunya.

Husna tidak membalas apa-apa. Sebaliknya menjeling penuh menyampah sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Sempat juga anak matanya melirik ke atas dan kebawah, memandang sisi lelaki memakai helmet itu dengan penuh jijik.  'Entah apa-apa cita rasa lelaki zaman sekarang' ejeknya di dalam hati.

Hilang sahaja kelibat Husna, terus tangan Mak Timah ditepis perlahan oleh Raf.

"Siapa perempuan tu? Kenapa kurang ajar sangat mulut dia? Dan kenapa Mak Timah kena tunduk pada dia?"

"Janganlah cakap macam itu, Raf. Dia tu anak Dato' Idris. Mak Timah tak nak kamu cari pasal dengan dia. Nanti Mak Timah juga yang kena buang kerja." Keluh Mak Timah.

Raf menjuih bibir. "Mak Timah kalau nak kerja, Raf pun boleh bagi kerja kepada Mak Timah. Tak perlu bekerja dengan orang-orang macam tu."

"Mak Timah suka kerja dekat sini. Ayah dia baik sangat. Mungkin Cik Husna tu ada masalah dia sendiri. Kamu janganlah risau ya? Sudahlah. Mak Timah nak kena masak makanan petang untuk mereka. Kamu baliklah dulu. Ada masa nanti, kita jumpa lagi."

"Mak Timah..."

"Jangan risau pasal Mak Timah. Dah nama pun kerja, ada banyak ujiannya. Mak Timah minta diri dulu. Assalamualaikum." Pamitnya sebelum melangkah ke arah pintu utama yang terbuka. Penyiram air diletakkan ke tepi pasu bunga. Tatkala Raf hanya memerhati sehingga figura itu hilang dari pandangan mata kasarnya.










                    
                       HARI berganti malam, usai mengeringkan rambut yang basah. Husna bangun dari meja solek, menuju ke arah birai katilnya. Dengan mengenakan baju tidur satin berlengan pendek warna hijau, dia rebahkan tubuh ke situ. Merenung siling putih dengan pandangan kosong.


"En... encik faham maksud perkataan tu?"

"Tahu. Arwah nenek saya orang dusun. Dah lama saya tak dengar perkataan dusun sebab dibesarkan dekat Kuala Lumpur. Rindu pula bila dapat dengar balik."

Tiba-tiba wajah lelaki bermata biru itu muncul difikirannya. Kata-kata yang keluar dari bibirnya kembali berlegar-legar di kepala. Terlalu banyak persamaan dia dan Mr.Blue yang pernah menjadi penyelamat suatu ketika dahulu.

Benarkah dia orangnya?

Ting!

Satu mesej masuk. Terus melenyapkan lamunan Husna. Dia menoleh ke tepi. Memandang telefon berskrin retak yang berada di sebelahnya. Langsung Husna mencapai. Kening automatik berkerut saat melihat nombor tak dikenali terpapar di skrin.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now