♡❀Special Chapter II❀♡

6.4K 200 119
                                    

LAMA Hessa memerhati muka adiknya. Bibirnya jangan di tanya, asyik tersenyum apabila melihat muka adiknya yang terlena di atas katil. Teruja apabila sudah bergelar kakak. Tangan kecilnya mengusap lembut pipi tembam adiknya.

Widelia yang baru saja selesai mandi menghampiri katil di mana kedua anaknya berada. Bibirnya menguntum senyuman kecil apabila melihat Hessa ralit menjaga Mikhayl.

"Hessa, mana baba?" tanya Widelia sebaik saja dia duduk di biral katil.

Hessa segera mendekatkan jari telunjuknya dekat bibir.

"Shh... perlahan sikit mama. Adik baru je tidur." Hessa melarang mamanya bersuara kuat.

Widelia ketawa perlahan. Eh over betul budak Hessa ni.

"Baba ada dekat sana," jawab Hessa perlahan. Jadi telunjuk di tunjuk ke arah balkoni bilik.

Widelia memandang ke arah yang di tunjuk Hessa. Dia mengangguk mengerti apabila melihat kelibat Hayyan tengah bercakap melalui telefon.

"Hessa dah makan ke?" tanya Widelia lembut. Rambut anaknya di usap perlahan.

Hessa menggeleng.

"Belum lagi ma, tadi nenek ajak makan tapi Hessa tak nak makan dulu."

Berkerut kening Widelia.

"Kenapa pula?"

"Hessa nak jaga adik sekejap." Hessa tersengih sehingga menampakkan gigi cantiknya tersusun rapi.

"Hessa pergi makan dulu dengan nenek. Nanti lepas makan Hessa jaga adik lagi okey?" pujuk Widelia.

"Yalah." Hessa mengangguk lalu turun dari katil.

Widelia hanya menghantar langkah Hessa keluar dari bilik dengan pandangan mata. Ibu dan abahnya bermalam di rumah mereka. Ibunya beria-ria mahu menjaga dirinya berpantang. Sanggup bermalam di rumahnya semata-mata mahu menjaganya.

Sebaik saja menampatkan panggilan telefon. Hayyan menghela nafas berat. Lama tak turun kilang, banyak benda terjadi dekat sana. Hari ni dia cuti tetapi terpaksa turun kilang kerana ada masalah dekat sana. Banyak stock pengeluaran mereka kena curi. Mahu atau tidak dia terpaksa pergi.

Dengan langkah malas dia masuk ke dalam bilik. Dia menghampiri katil di mana isterinya tengah menyusukan Mikhayl. Dia melabuhkan punggung di biral katil.

Berkerut dahi Widelia melihat wajah kusut suaminya.

"Abang ada masalah ke?" tanya Widelia prihatin. Tangannya menyentuh lengan Hayyan lembut.

"Abang kena pergi kilang. Ada masalah sedikit dekat sana," ujar Hayyan. Dia duduk menghadap isterinya.

"Abang pergi sekarang ke?"

Hayyan mengangguk.

"Tak apalah, abang uruskan kerja abang dulu. Lagi pun pekerja abang perlukan abang." Widelia hanya senyum. Mengerti dengan kerja Hayyan.

"Tapi..." Keluhan berat terbit dari bibir Hayyan.

"Tapi kenapa?" tanya Widelia hairan.

"Abang rasa tak sedap hatilah," adu Hayyan perlahan.

Widelia terdiam. Entahlah, dia juga begitu.

"Abang jangan risau. Semuanya baik-baik je. Haizel doakan urusan abang di permudahkan." Widelia senyum terpaksa.

"Yalah, abang pergi bersiap dulu." Hayyan bangun dari duduk mahu bersiap pergi ke kilang.

Widelia hanya menghantar langkah Hayyan pergi ke dress room dengan pandangan mata. Dia menunduk, wajah Mikhayl di pandang.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now