Bab 62

5.2K 244 37
                                    

RAMAI sanak saudara yang datang ke majlis persandingan Wais dengan Hudna. Hari ini merupakan majlis persandingan Hudna dengan Wais di adakan. Wais dengan Hudna kelihatan sungguh menyerlah apabila mengenakan busana songket berwarna purple muda.

Wais dengan Hudna bersiap di rumah Nek Timah yang hanya selang sebuah rumah saja. Mereka sekarang tengah berarak pergi ke rumah Hudna di iringi oleh ahli  kompang yang telah di upah Nek Timah. Bunyi paluan kompang mengiringi langkah mereka.

Hudna merangkul lengan Wais erat. Wais hanya senyum kepada Hudna bahawa semuanya akan baik-baik saja. Mereka berdua duduk di atas pelamin yang berada di luar rumah. Pelamin kedua yang di gunakan untuk majlis bersanding hari ini.

"Mekar berseri bunga kesumba,
Semerah di tangkai delima merekah;
Mempelai di nanti telahpun tiba,
Menuju mahligai santun melangkah."

Raes memberi dua rangkap pantun apabila ketibaan kedua mempelai.

"Kedua pengantin kita sudah sampai. Pengantin lelaki bukan main segak lagi manakala pengantin perempuan cantik sangat bak bidadari. Bak kata pribahasa, bagai pinang di belah dua." Puji Raes dengan senyuman. Dia menawarkan diri menjadi pengacara majlis Wais dengan Hudna.

Wais dengan Hudna hanya tersipu malu apabila menjadi perhatian semua orang yang datang ke majlis bersanding mereka.

Farok mendekati Raes. Dia ada pantun mahu di beri untuk Wais dengan Hudna.

"Boleh saya bagi pantun untuk pengantin lelaki?" Farok meminta izin kepada Raes.

"Eh boleh." Raes segera menyerah mikrofon kepada Farok.

"Assalamualaikum semua. Izinkan saya bagi pantun untuk kedua pengantin lelaki." Pinta Farok dengan senyuman.

Ehem! Ehem!

Farok berdehem beberapa kali sebelum memberi pantun untuk kedua mempelai.

"Pergi ke kedai membeli belacan,
belacan di beli tiada pula.
Wahai Tuan pengantin, tak takut ke tak boleh keluar lepak malam-malam?" Farok ketawa setelah memberi pantun kepada Wais.

Wais mencebik.

"Lawan pengantin lawan!" Pinta tetamu yang hadir sambil menjamu selera.

Wais menyengih. Ini Waislah, pantang anak muda tak jawab. Wais berdiri dengan lagak bongkak. Hudna hanya menggeleng kepala melihat Wais sudah bersedia melawan pantun Farok.

Raes menghulur satu lagi mikrofon kepada Wais.

"Jarang saya nak menolak apabila di suruh lawan pantun." Wais mendabik dada.

Nek Timah yang memerhati Wais terus  mencebik bibir apabila melihat wajah belagak Wais.

Ehem! Ehem!

Wais turut berdehem.

"Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama  si kucing belang.
Apa nak di risau, beras kita beli.
Kita keluar jelah mat." Balas Wais pula.

"Argh sakit! Sakit!" Wais meringis sakit apabila pinggangnya di cubit Hudna.

Hudna senyum miring.

"Oh beras kita beli ya?" Hudna menarik tangan Wais supaya duduk.

"Sebelum saya masak awak sekali dengan beras baik awak duduk diam je." Ugut Hudna geram.

Riuh suara orang ketawa apabila melihat tingkah kedua pasangan tersebut.

"Keluar dah perangai ting tong si Wais di tu!" Kutuk Nek Timah sedas.

Encik satar ketawa mendengar kutukkan dari isterinya.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now