Bab 35

7.9K 334 38
                                    

BALIK dari kerja terus Widelia masak makan malam. Tetapi sebelum masak dia solat maghrib terlebih dahulu bersama Hayyan. Tadi dia menyuruh anak buah suaminya stay sekejap. Dia mahu mengajak mereka makan semua bersama mereka berdua. Balik dari kerja tadi dia tersenyum puas apabila meja makan bersih tanpa sebarang kotor. Bagus Farok,  dengar kata. Makin rajinlah dia akan masak untuk mereka semua nanti.

Malam ini dia hanya masak kari ayam dengan sotong goreng celup tepung sahaja. Itu saja yang terlintas di fikirannya sekarang. Ayam yang sudah di basuh sehingga bersih di ambil lalu di masukkan ke dalam kuali. Di gaul ayam sehingga rata.

Hayyan yang baru sampai di dapur melangkah ke arah isterinya yang sibuk memasak. Kembang kucup hidungnya mencium bau kari dari dapur.

"Banyaknya Haizel masak? Kita berdua je kan?" Hayyan bertanya dengan wajah hairan.

"Haizel masak untuk anak buah abang sekali. Haizel tak bagi dia orang balik tadi. Haizel nak masak untuk dia orang sekali. Abang tak kisah kan?" Widelia menoleh ke arah suaminya yang masih berdiri di sebelahnya.

Dia sengaja nak masak banyak kerana dia yakin semua anak buah suaminya itu akan makan di luar. Jadi apa salahnya dia ajak dia orang makan bersama mereka. Adalah juga rumah diorang riuh.

"Abang tak kisah. Abang lagi suka kalau Haizel masak untuk dia orang. Thank you sebab masak." Hayyan menggosok lembut kepala isterinya yang di tutupi tudung.

"Sama-sama." Widelia hanya tersengih suka apabila kepalanya di gosok oleh suaminya.

Hayyan memerhati isterinya yang sibuk memasak. Bibirnya tersenyum melihat tingkah isterinya yang sibuk memasak. Dia bersyukur di kurniakan isteri yang tidak berkira dengan sesiapa. Semua kerja di lakukan isterinya. Tidak sekali pun dia menyusahkan dirinya dan juga pembantu rumah yang di upah Hayyan. Hayyan hanya mengupah pembantu rumah mengemas rumah di siang hari saja. Mengemas apabila mereka pergi kerja.

"Abang pergilah duduk lepak dengan dia orang dekat ruang tamu sana. Kalau dah siap Haizel panggil abang dengan yang lain." Halau Widelia apabila suaminya masih berdiri di tepinya.

"Malaslah abang, dia orang tu kalau dah berjumpa asyik nak bertekak. Dari abang layan dia orang baik abang teman Haizel dekat sini. Adalah juga pahala tenung isteri setiap masa," kata Hayyan lalu ketawa apabila Widelia mencebik kerana mendengar kata-katanya.

"Mengada je lebih," kutuk Widelia.

Makin kuat ketawa Hayyan apabila di kutuk isterinya.

"Haizel nak abang tolong buat apa?" Hayyan bertanya kepada isterinya sekiranya isterinya itu perlukan bantuan darinya.

"Abang bancuh air sirap jelah. Haizel nak goreng sotong." Widelia menoleh ke arah suaminya.

Dia menyuruh suaminya membancuh air sirap sementara dia mengoreng sotong celup tepung. Minyak di panasnya terlebih dahulu. Sotong yang sudah di toskannya tadi di gaul dengan telur. Tepung bestari yang berada di dalam bekas di tuang ke dalam mangkuk kosong. Sotong yang sudah gaul dengan telur tadi di celupnya ke dalam tepung bestari sedikit demi sedikit agar tepung bestari betul-betul melekat dekat sotong.

Setelah memastikan minyak betul-betul panas baru dia menggoreng sotong yang sudah di celupnya.

Hayyan hanya memerhati isterinya yang tidak kekok memasak. Makin jatuh cintalah dia terhadap isterinya. Serba serbi boleh. Hidupnya selepas menikah semuanya berubah. Biasa sarapan pagi dia tidak makan makanan berat tetapi setelah menikah dia sudah bersarapan pagi dengan makanan yang berat. 

"Woii Alipp! Itu aku punya!" Kedengaran suara Farok menjerit dari arah ruang tamu.

Hayyan mengeluh penat. Baru Farok belum lagi di campur Raes dengan Wais. Nasib baik Wais dengan Raes tiada di sini. Kalau tidak, boleh luruh semua bulu hidungnya kalau melayan mereka bertiga.

 𝓗𝓪𝓲𝔃𝓮𝓵: 𝓜𝓼 𝓐𝓼𝓽𝓻𝓸𝓹𝓱𝓲𝓵𝓮Where stories live. Discover now